Ramadan ISMA di bumi GAZA

Presiden Ikatan Muslimin, Ustaz Abdullah Zaik sedang berucap dihadapan umat Palestin. Dikanan beliau ialah Perdana Menteri Palestin, Al-Akh Al-Mujahid Ismail Haneeya. Dikiri beliau ialah dua orang JK Pusat ISMA Pusat, Zaim Shaari dan Abdul Rahman Md Dali.

Diantara hikmat Ramadan ialah berpuasa, bersedekah dan merasakan kepayahan hidup mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Oleh kerana itu juga Zakat Fitrah difardhukan didalam bulan ini menjelang Aidil Fitri. Ia adalah manifestasi sifat rahmah umat Islam terhadap golongan lain yang tidak seperti mereka. Bantuan dihulurkan agar sebahagian umat Islam turut merasa gembira meraikan Hari Raya yang mulia. Kehadiran pimpinan pusat Ikatan Muslimin Malaysia di bulan Ramadan ke bumi Gaza baru-baru ini bukan sahaja memberi bantuan barangan makanan dan ubat-ubatan berjumlah USD150,000 kepada umat Islam Palestin, namun hakikat yang lebih mendalam dari bantuan yang zahir itu ialah kebersamaan dan persamaan Ikatan Muslimin Malaysia dan rakyat Malaysia itu sendiri bersama didalam perjuangan umat Palestin dan Dunia Islam  diseluruh aspek fikrah, ruh, hati dan jiwa. Rombongan pimpinan pusat Ikatan Muslimin diketuai oleh Presiden sendiri, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Abdul Rahman Mohd Dali dan AJK Pusat, Zaim Shaari.

Adalah tidak benar orang menyangka bahawa Ikatan Muslimin hanyalah sekadar memberi tumpuan kepada ibadat khusus dan zikir seperti halnya banyak tarikat-tarikat sufi. Para Sahabat ra tidak mengenali Islam seperti bentuk itu. Akan tetapi mereka beriman kepada Islam sebagai akidah dan ibadah, tanahair dan warganegara, akhlak dan material, pengetahuan dan undang-undang, toleransi dan kekuatan.

Adalah tidak benar orang mengatakan bahawa Ikatan Muslimin tidak mengendahkan tanahair dan kecintaan terhadanya. Akan tetapi orang-orang Islam adalah orang yang paling ikhlas terhadap tanahairnya dan paling berkorban untuk memerdekakan tanahair-tanahair yang dijajah seperti Palestin dan seumpamanya. Dikala ramai penyeru-penyeru kebangsaan hanya terbatas dalam sempadan negaranya sahaja, Ikatan Muslimin percaya sebagai suatu akidah yang tegas bahawa sebarang tolak ansur terhadap penjajahan dimana-mana bahagian bumi dan tanahair Islam seperti Palestin dan seumpamanya adalah merupakan satu jenayah yang tidak diampunkan sehinggalah Penjajah mengembalikannya kepada umat Islam.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyah yang berpusat di Gaza, Palestin. Gaza yang dikepung dan disekat telah menunjukkan kepada dunia dalam perang tahun lalu bahawa umat Islam mempu mengalahkan Israel dan Kuasa-kuasa Besar Dunia yang mendokongnya asalkan mereka berpegang teguh dengan panduan Allah swt di dalam Al-Quran.

Tidak tepat mereka yang menyangka Ikatan Muslimin adalah pendakwah yang malas dan cuai sedang mereka menyatakan bahawa seseorang Islam itu sebenarnya mesti menjadi pemimpin dalam setiap perkara. Mereka tidak redha melainkan memimpin, bekerja, berjihad dan kedepan dalam tiap perkara termasuk ilmu, kekuatan, kesihatan dan material.

Adalah silap orang yang menyangka bahawa Ikatan Muslimin bekerja untuk kepentingan diri sendiri akan tetapi mereka bekerja untuk matlamat yang telah digariskan Allah swt. Matlamat mereka juga adalah demi kepentingan Islam dan umat Islam disetiap zaman dan tempat.

Diatas kaedah-kaedah tetap dan ajaran-ajaran Islam yang mulia tersebut, Allah swt mengajak kita bekerja, berlepas diri dari semua fikrah dan ideologi yang tidak bertepatan, menafkahkan semua tenaga demi akidah kita. Jika kita menyahutnya, maka ia adalah kebaikan untuk kita di dunia dan Akhirat. Allah akan memberi kejayaan kepada kita seperti Dia telah memberi kejayaan kepada generasi-generasi Islam terawal.

Semoga Allah swt menerima ibadah kita dibulan yang mulia ini, meringankan bebanan umat kita diserata pelusuk dunia dan mengembalikan umat Islam yang lalai kepada ajaran-ajaranNya yang mulia. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

2 Respons

  1. shukran ustaz!
    ( olahan yg menarik terhidu sedikit bahasa Al-Banna,)

  2. […] Presiden Ikatan Muslimin, Ustaz Abdullah Zaik sedang berucap dihadapan umat Palestin. Dikanan beliau ialah Perdana Menteri Palestin, Al-Akh Al-Mujahid Ismail Haneeya. Dikiri beliau ialah dua orang JK Pusat ISMA Pusat, Zaim Shaari dan Abdul Rahman Md Dali. Diantara hikmat Ramadan ialah berpuasa, bersedekah dan merasakan kepayahan hidup mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Oleh kerana itu … Read More […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: