SIRAHMUZIKAL Sabtu 8-11pm 9 Okt, Putrajaya

Semua pengunjung INIJALANKU adalah dijemput untuk menyaksikan konsert Islam SIRAHMUZIKAL yang akan diadakan seperti butir-butir di bawah. Disamping memberi sokongan kepada hiburan Islam, kita sebenarnya dalam masa yang sama memberi tentangan terhadap hiburan Barat berunsur hedonisma yang merosakkan umat Islam di serata dunia yang sedang membarah di dalam negara kita Malaysia. Konsert ini juga mendidik anak-anak kita yang hadir secara hidup mengenai Sejarah dan Tamaddun Islam yang gemilang yang sedang kita usahakan sekarang untuk mengembalikannya sekali lagi di zaman moden ini.

Maklumat Program

Tarikh : 9 Oktober 2010 / Sabtu
Venue  : Dewan Auditorium D8, Parcel D, Precint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Masa    : 7 malam – 11.30 malam

Sasaran Pengunjung
Hampir 1300 orang pengunjung

Era Nubuwwah: Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam. Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku?

Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.

Era Khulafa’ Ar-Rashidin: Pengukuhan

Era bermula pada 633 hingga 661 Masihi.

Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Perlantikan di Tsaqifah Bani Saadah (disertai oleh Umar dan Abu Ubaidah)
Pemerintahan beliau berlangsung selama 2 ½ tahun

Menyelesaikan masalah murtad dan keengganan untuk membayar zakat. Beliau mengutuskan 11 batalion askar untuk memerangi golongan-golongan ini.

Perang Yarmuk (diketuai Khalid Al-Walid): Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom.

Umar Al-Khattab r.a.
Menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Ketua Tentera.

Syam(Rom) : Abu Ubaidah Al Jarrah. Khalid dibawah Abu Ubaidah menawan Palestin. Peristiwa penyerahan kunci kepada Umar Al-Khattab.

Iran (Parsi) : Cubaan pertama – Abu  Ubaid b Mas’ud gagal, Cubaan kedua – Saad Abi Waqas berjaya (Perang Qadisah 636 M).

Mesir : Amr Al As. Beliau juga menawan sebahagian Palestin.

Islam telah berkembang daripada Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia.

’Uthman Al-Affan r.a.

Islam telah sampai ke Iskandariah dan berkembang lagi di Armenia.
Afrika: Telah berjaya sampai ke Tripoli. Kemudian cuba memasuki Gregory tetapi gagal.

Cyprus dan Rhodes: Misi pembukaan menggunakan jalan laut pada 28 atau 29 H. Ini adalah sebahagian usaha untuk menakluki Constantinopole.

Usaha mengadakan Mushaf ’Uthmani untuk menyelesaikan perbezaan dari segi bacaan Al-Quran.

Ali Abi Talib r.a.

Mengalami konflik dalaman mengenai isu pembunuhan ’Uthman r.a.

Mengalami konflik dengan Muawiyah dalam isu kepimpinan.

Dalam keadaan ini, tentera Kristian cuba ambil kesempatan ingin menyerang umat Islam tetapi Muawiyah menulis surat kepada maharaja Kristian itu: ”Kau jangan tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, kau akan dapati orang pertama mara menghukummu di bawah Ali adalah Muawwiyah.” Akhirnya, tentera Kristian itu mundur ketakutan.

Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era Umayyah: Perluasan

Era bermula pada 661 hingga 750 Masihi

Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan. Bermula era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam. Antara tokoh pemerintah dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran:

Misi ke Constantinople
Tahun 48 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang pertama dihantar oleh Muawwiyah ke Constantinople (diketuai oleh Sufyan bin Auf). Usaha ini tidak berjaya. Antara sahabat yang pergi adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Husain bin Ali dan Abu Ayyub Al-Ansari r.a. (syahid dan dikebumikan di tepi tembok kota itu).

Misi ke Afrika Utara
Tahun 50 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh ’Utbah bin Nafi’ memulakan misi perluasan kuasa ke kawasan utara Afrika. Usaha ini berjaya sampai ke Maghribi. Beliau kemudiannya turun ke Laut Atlantik bersama kudanya sehingga kudanya hampir lemas dan berkata: ”Sekiranya aku tahu di hujung sana masih tanah, aku akan teruskan.”

Tetapi masalah murtad dan pemberontakan timbul selepas itu kerana kurangnya pentarbiyyah kepada masyarakat setempat.

Musa bin Nusair menyambung usaha ini dan melakukan perluasan kuasa yang lebih perlahan dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini timbul melalui pentarbiyyahan kepada masyarakat setempat. Lahirlah Tareq bin Ziyad yang merupakan bekas hambanya yang berbangsa Baybar (Afrika Utara) bersama Musa untuk menawan Andalus.

Misi ke Andalus

Misi ini dilakukan oleh Musa bin Nusair dan juga Tareq bin Ziyad pada tahun 92 – 94 Hijriyyah.

Dengan itu, Islam telah sampai ke Eropah dan juga menguasai pintu masuk Perairan Mediterrenean. Tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Andalus (Tetapi Islam dihalau pada tahun 892 H bersamaan 1492 M).

Misi ke Sempadan India

Berlaku pada tahun 50 H.

Dalam era ini, tumpuan utama umat Islam adalah untuk menyebarkan Islam dan memperluaskan penguasaan kerjaan Islam. Abdullah Ibn Al Mubarak (seorang ahli hadith) mengutuskan surat kepada kawannya, Al-Fudhail bin Iyadh (seorang ahli ibadah yang zuhud dan ahli hadith):

“Tidak akan aku temui debu kuda pada seseorang dengan asap neraka yang menyala.”

Era Abasiyyah: Tamadun Islam

Sasaran: Menyatakan perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah. Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam sebagai sumber rujukan.

Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan.

Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika:

Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China.

Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi.

Tentera Islam di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqi mara hingga ke selatan Perancis. Beliau mengalami kekalahan di Touluse dan kempen peperangan ini dikenali sebagai Balad Syuhada’.

Raja Tibet menganut Islam ketika Zaman Abassiyyah.

Terutamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813  hingga 833 Masihi.

Sistem yang diperkenalkan:

1.       Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah.

A.     Buku buku dikumpul dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Parsi, India dan China untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Penterjemah-penterjemah buku diberikan ganjaran emas atau perak seberat buku yang diterjemahnya.

B.     Kesannya, lahir tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam sesuatu bidang ilmu contohnya Ibn Batuttah yang mahir dalam ilmu Geografi (1304 hingga 1369 M).

C.      Di bidang astronomi, orang Islam Berjaya mengira ukur lilit bumi sebelum manusia pernah membuat ekspedisi mengelilingi bumi.

D.     Ibnu Nadhir pada kurun ke 3 hijrah menulis buku Fihrasat: Senarai buku-buku di Baitul Hikmah.

E.      Dengan adanya teknologi pembuatan kertas (794 M) dari China, ilmu dapat disebarkan dengan mudah dan murah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: