Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat

Setiap kali cuti musim panas berakhir dan pengajian hendak bermula, muslimat Turki akan menuntut hak dan kebebasan untuk memakai hijab (tudung) di universiti dan premis-premis kerajaan.

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Muslimat Turki menuntut kebebasan memakai Hijab di premis-premis awam di Turki, sebuah negara umat Islam diperintah oleh orang Islam. Kelihatan beberapa lelaki Turki bertopeng hitam, menggambarkan masyarakat kulit hitam ditindas di Amerika pada Kurun ke 18 sebagai golongan kelas kedua dalam negara.

(Foto kiri : Perdana Menteri “I.s.r.a.e.l” berbual dengan Mahmud Abbas, “Presiden Palestin” (yang telah tamat tempoh) dalam “Sidang Damai” di Washington baru-baru ini).

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan. Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar. Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di belakangkan. Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri. Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa. “Lalu kamu melihat oranag-orang yang ada penyakit di dalam hati bersegera (merujuk dan melutut) kepada mereka (Yahudi dan Kristian) dengan berkata, “Kami takut ditimpa bencana”. Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan atau sesuatu perkara dari sisiNya, lalu mereka menyesal terhadap apa yang mereka sembunyikan” (Surah Al-Maidah). Kita bukan sahaja mengajak mereka menginsafi agenda mereka yang salah hanya dengan asas keimanan dan menggunakan nas-nas Quran dan Hadis. Malah kita mengajak mereka supaya melihat contoh-contoh yang telah dan sedang berlaku di dunia yang menguatkan pandangan dan hakikat ini. Lihat negara China yang membangunkan rakyat dan ekonomi mereka tanpa perlu tunduk kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar. Lihat umat di Gaza, Palestin yang mempu mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan mereka dalam Perang 22-hari dua tahun lalu tanpa perlu melayani tekanan dan kehendak Barat dan Kuasa-kuasa Besar. Lihat sesetengah pemimpin umat Islam yang lantang menolak agenda dan kehendak Barat dan Kuasa-kuasa Besar sedang mereka masih ditampuk pemerintahan dengan dokongan rakyat yang tidak berbelah bagi.

Pada tahun 2010 ini, muslimat di Kosovo, Eropah masih berusaha menuntut hak dan kebebasan memakai tudung. 90% rakyat Kosovo (merdeka tahun 2008) beragama Islam dipimpin oleh orang Islam.

Kesan dari merujuk dan melutut kepada agenda dan kehendak Barat dan Kuasa-kuasa Besar dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat dari golongan cerdik pandai maupun masyarakat biasa yang sedar dan mengamatinya, walaupun dalam banyak perkara di sesetengah negara, ia cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata, diantara fenomena tersebut ialah :


Muslimat Turki menuntut hak dan kebebasan individu dalam memakai Hijab (tudung) sempena cuti musim panas yang akan berakhir dan penggal persekolahan yang akan bermula. Perlembagaan Sekular Turki melarang sebarang amalan yang bertentangan dengan prinsip Sekular Kamal Ataturk.

PERTAMA : Melarang pemakaian Hijab (tudung menutup aurat wanita) di berbagai premis dan keadaan. Ini bukan sahaja mencabar Agama, tetapi sangat bertentangan dengan hak kebebasan manusia yang disanjung tinggi oleh sistem Demokrasi itu sendiri yang dimaklumi bertunjangkan kebebasan mengundi, memilih, berfikir, menyuarakan pendapat apatah lagi memakai hijab !! Adalah suatu yang menghairankan apabila Hijab dilarang oleh pihak berkuasa orang Islam di negara umat Islam sedang hampir di semua negara Barat seperti di Amerika, England, Australia, Germany dan sebagainya, Hijab langsung bukan merupakan satu isu bagi mereka !!

Konsert Alken SUNBURST 2009 di Kuala Lumpur dan banyak lagi seumpamanya dibenarkan. Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke arah itu. Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN. Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda musi mereka terjebak di dalam Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

KEDUA : Memberi kebebasan Budaya Kuning (Barat) yang merosakkan untuk menjalar dan membarah di dalam masyarakat Islam. Ini dibenarkan bermaharajalela melalui internet, televisyen, media massa lain seperti akhbar, majallah, iklan di tempat awam dan lebih raya dan sebagainya. Begitu juga dalam acara-acara seperti konsert ala-Barat, arak, judi dan lain-lain. Tanya kepada para ibu bapa Islam siapakah yang suka anak-anak muda mudi mereka dimomok dan dipengaruhi oleh budaya yang merosakkan ini, nescaya mereka tidak menyukainya, bahkan telah banyak nasihat, tunjuk ajar, bimbingan yang telah mereka curahkan untuk anak-anak mereka dalam berdepan dengan budaya yang menyerang ini. Saya sering merenung, alangkah beruntungnya professional bukan-Islam yang sepenuh masa mereka boleh digunakan untuk cemerlang dalam profession (karier) dan perniagaan masing-masing, sedang ramai golongan professional Islam seperti saya yang hanya suku masa saya boleh ditumpukan kepada bidang professional yang saya ceburi dan 3/4 masa, fikiran dan tenaga yang berbaki terpaksa dicurahkan untuk menyelamatkan anak-anak saya, masyarakat dan umat dari serangan Budaya Kuning yang sedang rakus melanda negara saya !

Setelah memohon untuk memakai tudung selama 24 tahun sejak tahun 1984 disepanjang era pemerintahan Dr Mahathir, akhirnya pada tahun 2008 di era Abdullah Badawi, Radio dan Televisyen Malaysia membenarkan Hamidah Hamzah memakai tudung, iaitu setelah 62 tahun penubuhan RTM.

TIGA : Menggunapakai peraturan yang mentadbir masyarakat Islam berupa Perlembagaan dan Undang-undang yang banyak tidak selari dengan agama Islam itu sendiri !! Sekali lagi di sini saya sering merenung melihat umat dan bangsa di seluruh dunia. Pengalaman pernah tinggal di Australia selama 5 tahun, di Mesir selama 8 tahun dan mengunjungi banyak negara serata dunia menyedarkan akan satu hakikat bahawa umat-umat selain-Islam di dunia dapat hidup ditadbir oleh kehendak dan sistem ideologi mereka seperti Kristian, Kapitalis, Komunis dan lain-lain, sedangkan umat Islam hidup ditadbir oleh kehendak asing dari Agama mereka dan jauh dari ideologi Rabbani yang mereka anuti.

EMPAT : Para pemimpin masyarakat Islam sentiasa mengelak untuk berpakat, sedang Allah swt menyuruh kepada kesepakatan di dalam banyak ayat di dalam Al-Quran seperti firmanNya bermaksud, “Berpegang teguhlah kamu dengan tapi Allah dan jangan kamu berpecah belah …”. FirmanNya lagi bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan RasulNya, jangan kamu bertingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (At-Taubah). Saban hari saya melihat masyarakat Islam di akar umbi tak kira dari parti dan pertubuhan mana mereka berdaftar, boleh berjumpa, bermesyuarat dan berpakat di surau, masjid, sekolah dan sebagainya dalam banyak kenduri kendara, keselamatan dan pengurusan kampung dan perumahan serta banyak isu masyarakat setempat,  sedang para pemimpin mereka pula langsung tidak boleh bermesyuarat dan berpakat bersama walau dalam satu dua perkara demi kepentingan Agama dan bangsa. Para cendikiawan dan cerdik pandai, bila melihat fenomena ini akan mengamati untuk siapa pemimpin ini berkhidmat, kepada Rakyat atau kepada Barat ??!!

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada berkhidmat kepada Barat. (Foto: Israel, Palestin, Mesir dan Jordan dipanggil ke White House, Washington untuk menguatkan tekad kearah meningkatkan tekanan terhadap gerakan-gerakan pembebasan Palestin yang didokong oleh majoriti Rakyat Palestin).

Umat Islam semakin ramai yang sedar dan kembali menghayati Islam. Bilangan dan peratus mereka seperti itu bertambah dari hari ke sehari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Saya sentiasa ingat kata-kata yang sering diungkap oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, “Kesedaran dan penghayatan Islam dikalangan umatnya yang bertambah dari hari ke sehari, berbanding zaman kegelapan (kejahilan) yang lalu adalah umpama matahari yang sedang naik di waktu subuh dan pagi. Siapakah yang boleh menghalangnya dari terus terbit, menukarkan kegelapan malam kepada cahaya siang yang akhirnya terang benderang”. Benarlah kata-kata beliau. Namun hakikat yang begitu mudah ini, tidak atau seolah-olah tidak difahami oleh ramai pemimpin negara umat Islam. Mereka sering mencanang di merata-rata tempat dan majlis bahawa negara mesti seiring dan jangan ketinggalan dari kemodenan dan teknologi semasa, namun mereka sendiri ketinggalan dalam bersama penghayatan Islam yang semakin meningkat bukan sahaja di dalam negara, bahkan dalam masyarakat Islam antarabangsa.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wordpress.com

8 Respons

  1. Mantap! perlu dikongsi ni…

  2. […] Setiap kali cuti musim panas berakhir dan pengajian hendak bermula, muslimat Turki akan menuntut hak dan kebebasan untuk memakai hijab (tudung) di universiti dan premis-premis kerajaan. Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa- … Read More […]

    • ust halim: ana sgguh rse brsyukur n bertuah krn kita (bebas utk m’amalkn islam dgn rse tenang) cth akhwat dpt pkai tdung tnpa hlgn ..
      nk dbndingkn dgn negara turki y sblgn bsar pmimpinnya msih rmai dipaksa mnjd ‘anjing’ @’tali brut” yhudi mgamalkn sistem sekular ~

      alhamdllh mga muslim2 di m’sia n slruh ngra islam trus taat dlm agma ini, agr Allah trus mncucuri raHmatnya..

  3. Assalamualaikum wbt. Us Halim… mohon copy utk sebarkan kpd sahabat2 rapat saya.

  4. Salam ustaz,
    Mabruk, ana terdidik membaca tulisan ini. Sungguh, inilah akibat mata hati yang telah tertutup. Minta hidayah agar Allah izinkan kita melihat kebenaran, memahami, menghayatu, mengamal dan memperjuangkannya. Teruskan dakwah dan jihad ustaz.

  5. jazakllh khaira ust.~ moga ust skeluarga trus diberi kudrat -nukilan,tazkirah dll.- demi deenul Allah
    n berkat dlm khdupan.. amin

  6. […] Pelawat humaira adawiyah on Foto wanita kejam bunuh k…syakir najib on Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat…syakir najib on Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat…nabil syakir najib on Foto-foto hari takziah […]

  7. […] Kerajaan berkhidmat kepada Rakyat atau kepada Barat […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: