Ikhwan boikot Pilihanraya Mesir pusingan ke 02

Penipuan dalam pilihanraya di negara-negara umat Islam menguntungkan Kuasa-kuasa Besar Dunia secara langsung dan tidak langsung yang sentiasa memusuhi Islam.

Setelah penipuan dan gengsterisma terang-terangan berlaku dalam Pilihanraya Parlimen pusingan 01 pada Ahad 28.11.2010 yang lalu, gerakan Ikhwan Muslimin memboikot pusingan ke 02 pada Ahad 5.12.2011 ini. Dari pengalaman pilihanraya kali ini dapat dirumuskan bahawa :

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohd Badiek ketika mengumumkan keputusan memboikot Pilihanraya peringkat 02 semalam.

  1. Objektif utama penyertaan Ikhwan di dalam Pilihanraya telah tercapai iaitu meniup semangat yang positif ke dalam jiwa masyarakat di Mesir untuk bersama-sama terlibat menentukan masadepan Islam dan negara. Sesungguhnya ketidakesahan dan kekecewaan adalah 2 penyakit yang besar yang menghinggapi banyak umat Islam yang mesti dibenteras.
  2. Menarik mandat rejim yang sedang bermaharajalela di Mesir ketika ini dari pemberi mandat yang hakiki iaitu umat itu sendiri. Dengan penipuan yang telah dilakukan dan pemboikotan Umat terhadapnya, bererti ia tiada lagi mempunyai mandat hakiki, dan Dewan Parlimen 2010-2015 tidak lagi mewakili dan mencerminkan kehendak rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, regim yang ada dipenggal selepas ini adalah perampas kuasa, menipu hasrat dan pilihan umat dan berterusan dalam keditatoran dan membuat kerosakan di mukabumi.
  3. Regim yang tidak dipilih dan diboikot adalah regim yang semakin terpencil dari rakyatnya.
  4. Pemboikotan kali ini tidak bermakna lari dari prinsip penglibatan dalam pilihanraya secara umum atau dimasa akan datang. Pilihanraya adalah sebahagian dari wasilah dan manhaj Dakwah.
  5. Penipuan yang berlaku juga jelas menguntungkan agenda musuh-musuh Islam terutamanya Kuasa-kuasa Besar yang tidak mahu pemimpin Umat menjalankan agenda Umat sebaliknya menjalankan agenda mereka secara terterusan. Begitu juga regim yang terpencil dari umatnya akan melemahkan negara dan mudah diserang oleh musuh seperti kekalahan Iraq dibawah diktator Saddam Hussein oleh tentara Amerika.

Kita berdoa kepada Allah agar Dia membaiki keadaan umat ini kearah penghayatan Islam yang sejati, memilih dari kalangan mereka pemimpin yang merahmati mereka dan takut kepadaNya serta menguatkan azam dan saff gerakan Islam untuk merubah kehinaan umat kearah keagungan. Ameen.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Advertisements

3 Respons

  1. salam ustaz..ana nak bertanya,,penipuan bagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan mesir dalam pilihanraya tersebut..masih kurang faham..jzzk

    • Wsm ww
      1- Undian ialah dengan memangkah nombor calon di kertas (bukan nama atau parti calon). Di banyak tempat, nombor calon2 Ikhwan ditukar dengan nombor lain yang pengundi tak tahu.
      2- Ada kawasan yang bilangana undi yang diterima oleh calon Ikhwan ialah 0 (kosong), iaitu tiada langsung orang yang memilih sedang kawasan2 tersebut kubu2 kuat Ikhwan.
      3- Banyak kawasan yang penamaan calon Ikhwan tidak diterima langsung tanpa sebab.
      4- Banyak kawasan yang para pengundi yang nampak Islamik (pakaian, keperibadian dsb) tidak dibenarkan mengundi.
      5- dsb.

  2. salam ustaz,

    bolehkah rakyat Mesir memberontak dan menggulingkan pemimpin mesir yang ada sekarang ni?
    kerana banyak ketidakadilan dan penindasan yang tidak boleh diterima..terutamanya berkaitan isu negara jiran palestin.. halalkah perbuatan mereka dan adakah dikategorikan jihad kerana Allah?

    kerana saya pernah terdengar hadis yang kita tidak boleh melawan pemimpin selagi mereka menunaikan solat

    Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: