Kebangkitan Tunis jatuhkan Presiden Zainal Abidin

Kebebasan umat diperjuangkan oleh sesebuah umat itu sendiri untuk mendapatkannya, bukan dihadiahkan oleh sesiapa.

Semalam Jumaat 14/1/2011, setelah 24 tahun ditindas, kebangkitan rakyat Tunis akhirnya melucutkan kuasa Presiden Zainal Abidin b. Ali yang cabut lari bersama ahli keluarganya meninggalkan negara. Setelah Perancis enggan menerima kedatangan beliau, kini beliau dalam buangan di Saudi Arabia. Begitu hina. demikian Allah mempergilirkan manusia. Disatu ketika seseorang dilihat mulia, namun diketika yang lain, seseorang itu dihambat hina, merempat di mana-mana. Kita mengajak semua kekuatan-kekuatan di dalam negara Arab dan Islam agar berada dibarisan bersama-sama rakyat Tunis dalam berjuang mendapat kembali hak mereka sepenuhnya sebagai umat dan penduduk yang mulia dan bermaruah, setelah sekian lama selama hidup ditekan dibawah pemerintahan kuku besi. Dalam masa yang sama kita berasa kagum dan gembira dengan kemenangan yang diraih rakyat Tunis dalam pusingan pertama mereka berjuang mencapai kebebasan dan kemuliaan setelah sekian lama hidup dibawah pemerintahan yang zalim.

Menjatuhkan diktator mungkin telah sempurna, tetapi membangunkan umat dan negara masih baru bermula.

Sungguh rakyat Tunis berjaya menunjukkan kemampuan mereka dalam mengukir sejarah apabila mereka teguh dan terus menerus bangkit yang akhirnya menyebabkan Zainal Abidin lari meninggalkan negara dengan dia sendiri dibiarkan sebegitu tanpa pertolongan oleh sekutu-sekutunya di dalam maupun di luar negara. Kini, inilah masanya untuk dunia khususnya negara-negara umat Islam mendengar suara rakyat Tunis yang sebenar yang rata-rata mereka menuntut kebebasan dan demokrasi yang menjamin kestabilan hakiki, pertumbuhan ekonomi yang adil, keamanan yang melata dibawah sistem Islam yang sejati. Setelah berjayanya kebangkitan ini, hendaklah kita dan khususnya pemimpin negara-negara umat Islam mendengar pandangan dan pendirian dari golongan rakyat Tunis yang ikhlas dan berkelayakan, ini termasuk cendikiawan dan pimpinan gerakan Islam di Tunis seperti Asy-Syeikh Abdul Rashid Ghannushy dan mereka yang seangkatan dengannya. Dunia Islam tidak sepatutnya memberi ruang kepada golongan orang-orang munafik yang ramai kedapatan dibawah naungan sistem lama sebelumnya maupun yang terkemudian yang cuba memaparkan dengan cantik akan amalan mereka yang jelek. Janganlah pula dunia mendokong golongan sedemikian dalam memusuhi dan menzalimi sekali lagi rakyat Tunis. Disamping itu hendaklah disuburkan budaya perbincangan dan kebebasan, bukan berinteraksi dengan orang lain atau rakyat sendiri dengan kediktatoran yang tidak akan membawa ke mana-mana selain kacau bilau dan huru hara.

Rakyat Perancis (Presiden Sharkozy di kiri) dapat hidup dalam sebuah negara bebas dan demokrasi, namun ia mengajar dan mengarahkan boneka-bonekanya mencengkam rakyat dan menjalankan sistem kukubesi dan diktator (Presiden Zainal Abidin di kanan). Walaupun negara Tunis telah diisytihar “merdeka” beberapa dekad yang lalu, Perancis masih menjajah Tunis secara halus menerusi boneka-bonekanya mencengkam aspek ekonomi, budaya, ketenteraan dan pendidikan. Setelah Zainal Abidin b. Ali jatuh, Tunis akan jatuh ke riba siapa pula ? Dapatkan sistem Islam mengisi kekosongan atau pihak lain yang akan merebut peluang ?

Kiya menyeru rakyat Tunis agar terus menyempurnakan fasa-fasa kebangkitan mereka yang bersejarah ini. Pastikan pimpinan baru mereka nanti terdiri dari golongan yang sangat bertanggungjawab. Pastikan keamanan terus dikecapi dalam negara dan kepentingan penduduk terpelihara. Pastikan juga kemenangan ini tidak diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam dengan meletakkan calon-calon mereka yang bakal memerintah negara selepas kemenangan dari kebangkitan ini. Memang fasa negara yang lalu penuh dengan haru biru dan kejelekan apa yang didakwa Presiden sebagai kononya “undang-undang” dan “keselamatan”. Oleh itu kita mengharapkan fasa perubahan dan peralihan ini berjalan dengan licin dengan fasa lalu digantikan dengan fasa baru, stabil dibawah naungan perlembagaan yang baik yang menjamin kebebasan, demokrasi, keadilan sosial, kehakiman yang bebas lagi bersih, agar pilihanraya yang bebas daan bersih supaya sebuah parlimen yang bebas dapat dibentuk dan presiden baru dapat dipilih dengan penuh kebebasan.

Kebangkitan seumpama ini menuntut penglibatan dari semua dan segenap pihak dalam masyarakat.

“Katakanlah Allahlah yang memiliki kerajaan. Dia memberi kerajaan kepada siapa yang dikehendakkiNya. Dia mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendakkiNya. Dia memuliakan siapa yang dikehendakkiNya. Dia menghina siapa yang dikehendakkiNya. DisisiNya kebaikan. Sesungguh Engkau Maha Berkuasa atas tiap sesuatu …” (Al-Quran).

Foto Atas : Zainal Abidin b Ali dihari-hari dia memegang kuasa di tangannya. Foto Bawah : Tunis hari ini setelah Zainal Abidin cabut lari memohon suaka politik di Saudi Arabia.

5 tahun saya tinggal di Australia, salah sebuah negara Barat, tidak pernah nampak foto kekal ketua negara di jalanraya. Begitu juga apa yang saya lihat di negara-negara Barat yang lain. Sebaik dipilih rakyat, mereka berfikir untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk diserahkan hasil-hasilnya kepada pimpinan berikutnya yang akan dipilih rakyat dalam pilihanraya bebas akan datang. Oleh itu kita lihat di Barat, pimpinan mereka silih berganti dan negara semakin maju. Kekadang boleh dibuat kesimpulan, negara yang meletakkan foto-foto ketua negara dijalanan menunjukkan mereka mahu terus memegang kuasa. Untuk itu mereka menguasai media serta kebebasan berfikir dan memilih rakyatnya. Membantutkan fikiran rakyat akan membantutkan negara dan menguntungkan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan musuh-musuh Islam.

Moga Allah swt menyedarkan umat-umat Islam yang masih lena dan leka, kearah membebaskan diri mereka dan pemimpin mereka dari kuasa dan pengaruh asing yang lumrahnya memusuhi Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong dan pejuang agamaNya demi menyelamatkan umat Islam dan manusia sejagat di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat. Ameen.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

Advertisements

3 Respons

  1. Allahuakbar! moga islam mendapat kemenangan.

  2. Assalamualaikum wbt
    W/pun rakyat Tunisia bebas dr cengkaman boneka orientalis, namun apakah sistem alternatif yg menjadi pilihan mrk selepas ini? Setelah sekian lama hidup dlm sistem kuffar, bukan sedikit pengorbanan yg dicurahkan sehingga ada yg disiksa, gugur syahid dan dizalimi seteruknya namun apalah erti kalau masih sistem yg sama tetap berdiri megah cuma hanya bertukar tangan sahaja. Dimanakah sistem hak milik Islam (awam, daulah dan persendirian) yg menjadi keperluan asas hidup manusia sehingga hari qiamat? Surah Al`Araaf:32قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِ‌ۚ قُلۡ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً۬ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ
    Selagi tidak direbut kembali hak milik yg menjadi tonggak asas kepincangan hidup umat islam masa kini. Selagi kita tidak bersedia utk memerintah sebagaimana Rasulullah saw membina kembali daulah islamiah, selagi itulah Allah SWT berfirman,`وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّتِى نَقَضَتۡ غَزۡلَهَا مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ أَنڪَـٰثً۬ا تَتَّخِذُونَ أَيۡمَـٰنَكُمۡ دَخَلاَۢ بَيۡنَكُمۡ أَن تَكُونَ أُمَّةٌ هِىَ أَرۡبَىٰ مِنۡ أُمَّةٍ‌ۚ إِنَّمَا يَبۡلُوڪُمُ ٱللَّهُ بِهِۦ‌ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah [perjanjian]mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain [2]. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu. Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu. Wallahualam

  3. Assalamualaikum wbt

    saya tertarik dengan petikan mengenai foto kekal pemimpin negara pada penghujung entri blog ustaz kali ni. mungkin ada betulnya juga kan apa yang ustaz katakan tu.. budaya memaparkan foto kekal pemimpin/ketua negara juga diamalkan di negara kita Malaysia. hurm..
    wallahu ahlam. sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.
    namun,kita sebagai manusia yang diberikan akal juga boleh berfikir mengenai perkara2 di sekeliling kita~

    akhir kata, mari sma2 terus doakan agar Allah kuatkan hati rakyat Tunis 🙂

    Allahu ahlam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: