Medan At-Tahrir, Kaherah menjadi Medan Asy-Syuhadak

Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu tanda) medan tersebut dipanggil “Mujammak”. Protes aman tidak sepatutnya dibalas dengan peluru hidup. Namun sekiranya cara aman tidak dimengerti, Allah mengajar umat Islam hidup dengan kekuatan untuk memenangkan Kebenaran dengan ganjaran yang besar.

Kini medan perkarangan terpenting di Kaherah, Maidan At-Tahrir dipanggil Maidan Asy-Syuhadak. Masjid kecil di medan tersebut, Masjid Ibadur Rahman, setakat jam 3.00 pagi tadi ditempatkan 13 orang yang syahid dan 83 orang yang cedera ditembak polis Mubarak. Teruskan membaca