MESIR : Rakyat ke Istana Mubarak, ke pusingan separuh akhir

Istana Presiden di Abdeen, Cairo. Tidak mampu ditembusi rakyat sejak puluhan tahun yang lalu. Adakah Jumaat 11Feb2011 ini akan berlaku sejarah besar dan baru ? Rakyat yang marah sedang menuju kesana untuk mengepungnya.

Khamis 10 Feb 2011 ini, Persatuan Peguam-peguam Mesir akan memimpin perarakan raksasa Rakyat menuju ke istana Mubarak. Ini petanda Pusingan Akhir hampir menjelang. Dalam mana-mana kebangkitan Rakyat, apabila rumah Pemimpin ditawan, kemudian Kementerian Dalam Negeri nya ditawan yang melumpuhkan jentera keselamatannya dalam negara dan Stesen TV ditawan untuk diumumkan kemenangan Rakyat kepada seluruh rakyat jelata di seluruh pelusuk negara, selalunya pihak tentera yang mesra rakyat akan akur kehendak majoriti rakyat lalu Kebangkitan Rakyat mencapai kemenangan menjatuhkan sesebuah regim. Jika Mubarak tidak segera cabut lari menyelamatkan diri ke luar negara, dia akan diadili sekeras-kerasnya oleh Rakyat, bukan sahaja atas kekejamannya sepanjang pemerintahan Daruratnya (dia melaksanakan Sistem Darurat sejak 1981 hingga hari ini), akan tetapi sekurang-kurangnya dia bertanggungjawab atas kematian 300 orang penunjuk perasaan aman sejak ianya bermula Jumaat 28 Jan 2011 yang lalu.

Bersiap untuk bergerak dari Medan Tahrir ke Istana Presiden, ke pusingan separuh akhir dalam Pertarungan Akhir Zaman.

Jika dilihat dari Malakut Samawati Wal Ardh, langit tinggi, nampak kerdilnya seorang pemerintah, hingga tak nampak di dalam peta, dan betapa luas dan kuatnya Rakyat atau umat dalam sesuatu negara. Rupanya selama ini dan sepanjang sejarah golongan yang kecil menakutkan golongan yang ramai. Apa yang diperlukan ialah usaha menghilangkan sifat Takut di dalam jiwa, mengajar jiwa erti keberanian, merdeka dan keagungan, tidak tunduk kepada sebarang taghut (kekuatan yang melampau batas-batas Allah) walaupun Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Kasih sayang membawa kepada Kesatuan. Kesatuan pula membawa kepada kekuatan. Ini adalah sunnah alam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. “Dan kamu tidak akan dapati perubahan dalam sunnah Allah” (Al-Quran). Sunnah alam bukan sahaja meliputi manusia yang bangkit bersatu mengalahkan sesebuah regim dalam negara, akan tetapi ia juga meliputi kerbau, haiwan dan segala jenis makhluk yang diciptakan Allah swt.

Jika Mubarak letak jawatan hari ini atau beberapa hari lalu, membubarkan dewan rakyat dan dewan negara yang dibentuknya secara penipuan dalam Pilihanraya Umum Nov 2010 lalu, beredar dengan baik keluar negara, dia mungkin masih boleh berpeluang untuk menikmati kehidupan mewah di rumah-rumah yang telah dibelinya di London, New York, Dubai dan 4 bandaraya lain di seluruh dunia. Jika dia masih mengikut kehendak Amerika, Israel dan Kuasa-kuasa Besar Dunia yang mahu dia menumpaskan Rakyatnya secara kekerasan dengan tindakan tentera, dia mungkin tersilap percaturan dalam menilai kekuatan Rakyatnya berbanding dengan diri dan tenteranya.

Syaitan Israel dan kuncu-kuncunya akan sedaya upaya cuba memperlihatkan kepadanya bahawa dia masih memiliki kekuatan tentera. Akan tetapi apabila detik-detik kekalahannya tiba, dikala itu Kuasa-kuasa Besar yang berdekad-dekad mendokongnya dari jauh diseberang laut akhirnya akan berlepas diri dari menolong dirinya dimamah kemarahan Rakyatnya, seraya berkata “kami berlepas diri dari kamu. Kami memahami keadaan apa yang kamu tidak memahaminya …”. Kini kakitangan-kakitangan pendokong-pendokong Baratnya telah pun meninggalkan Mesir apabila seramai 1200 warga Amerika telah dibawa pulang sejak Kebangkitan Rakyat bermula Jumaat 28Feb lalu. “Dan apabila Syaitan memperlihat indah kepada mereka akan amalan-amalan mereka seraya berkata ‘Tidak ada orang dari kalangan orang ramai yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini dan sungguh aku adalah pelindung bagi kamu. (Namun) apabila kedua-dua pihak (yang bertarung) saling lihat melihat (berdepan antara satu sama lain), Syaitan cabut lari ke arah belakang seraya berkata ‘Aku berlepas diri dari kamu. Aku melihat apa yang kamu tidak lihat. Sungguh aku takut kepada Allah. Dan Allah sangat keras siksaanNya” (Surah Al-Anfaal : 48).

‘”Tidak ada orang dari kalangan orang ramai yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini dan sungguh aku adalah pelindung bagi kamu …”

Jika Mubarak dan Umar Sulaiman meletakkan jawatan segera, pertumpahan darah antara Rakyat berdepan tentera dapat dielakkan. Ketua Majlis Ulamak Islam Antarabangsa, Dr Yusof Al-Qardhawy mengeluarkan fatwa agar semua Ulamak Al-Azhar turun ke Intifadhah untuk meminimakan pertumpahan darah tersebut. Jika berlaku sebaliknya, semoga Allah swt mencukupkan bagi orang-orang beriman tanpa berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

9 Respons

  1. ameen insyaAllah akan beroleh kemenangan

  2. “……dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka,…..” al hashr:3

    macam lebih kurang je kisahnya…

  3. Allahuakbar!! Mubarak akan menerima pembalasan akibat perbuatannya dulu!!

  4. semoga kita diberkati

  5. Ni masa perang Badar ni…

    “Dan apabila Syaitan memperlihat indah kepada mereka akan amalan-amalan mereka seraya berkata ‘Tidak ada orang dari kalangan orang ramai yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini dan sungguh aku adalah pelindung bagi kamu. (Namun) apabila kedua-dua pihak (yang bertarung) saling lihat melihat (berdepan antara satu sama lain), Syaitan cabut lari ke arah belakang seraya berkata ‘Aku berlepas diri dari kamu. Aku melihat apa yang kamu tidak lihat. Sungguh aku takut kepada Allah. Dan Allah sangat keras siksaanNya” (Surah Al-Anfaal : 48).

  6. ameen,,smoga beroleh kemenangn,,mohon kongsi link ini di blog saya =)

  7. amin…semoga rakyat mesir beroleh kemenangan.. mohon share di blog saya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: