MESIR : Mubarak turun, Majlis Tertinggi Tentera ambilalih

Umar Sulaiman mengumumkan negara ditadbir oleh Majlis Tentera.

Akhirnya Mubarak melepaskan jawatan Presiden Mesir dan mewakilkan Majlis Tertinggi Tentera untuk mentadbir negara. Pengumuman ini dibuat oleh Naib Presiden yanag baru 2 minggu dilantik, Umar Sulaiman distesen televisyen resmi negara. Kata beliau, “Dalam suasana getir yang dilalui oleh negara pada ketika ini, Presiden Husni Mubarak mengambil keputusan melepaskan jawatan Presiden. Beliau telah memberi mandat kepada Majlis Tentera untuk mentadbir negara”.

Mubarak melepaskan kuasa pada hari Jumaat11Feb yang ketiga selepas meletusnya Revolusi pada Jumaat25Jan yang pertama. Peristiwa ini benar-benar sebagai pengajaran bahawa apabila Allah swt mentakdirkan jatuh bangun kuasa sesebuah kerajaan, diantara penyebab utamanya ialah Rakyat adalah penentu masadepan mereka sendiri.

Kesungguhan dan pengorbanan mereka tidak sia-sia. Rakyat Mesir hari ini telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka boleh memaksa kehendak dan agenda mereka mengatasi kehendak dan agenda Kuasa-kuasa Besar Dunia, terutama Amerika.

Walaupun jalan kearah mewujudkan masyarakat Islam dan Negara Islam yang kita cita-citakan masih banyak yang perlu mereka lakukan, namun difasa kejayaan ini, kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Mesir. Sesungguhnya usaha mencapai kemerdekaan dan kebebasan yang mereka tanam dan bajai, disirami dengan darah para Syuhadak dan mereka yang tercedera, telahpun menampakkan buahnya pada hari-hari ini. Kita juga mengucapkan tahniah kepada para Syuhadak ditempat persemadian mereka. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak sia-sia di Akhirat, bahkan mendatangkan hasilnya di dunia lagi. Perginya Mubarak dengan kesudahannya seperti ini adalah suatu kegembiraan yang tidak terperi kepada rakyat Mesir khususnya kepada mereka yang telah berjuang demi keagungan Islam, Mesir dan umatnya sejak dahulu hingga kini. Apatah lagi mereka telah berjaya mengusir Mubarak dikala seluruh kekuatan di dalam dan luar negara Mesir mendokong beliau dan cuba memastikan kekuasaannya berterusan dalam menekan rakyatnya. Umat Mesir benar-benar telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah umat yang memang layak mempunyai tamaddun dan sejarahnya yang tersendiri dan gemilang.

Mantan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan mereka menjatuhkan regim Mubarak yang sekian lama menekan rakyatnya dan menghisap kekayaan negara.

Cabaran dihadapan pula ialah memastikan kemenangan dan kejayaan ini dilengkapi dengan satu bentuk pemerintahan rakyat, demokrasi, adil dan mengurniakan kebebasan kepada rakyatnya. Ini adalah faktor-faktir penting dalam menentukan halatuju kebangkitan umat dan negara Mesir difaza dan zaman dihadapan. Apa yang dihajati oleh Rakyat sebelum ini ialah Mubarak dan semua regimnya meletak jawatan, Dewan Rakyat dan Dewan Syura (Negara) dibubarkan, demokrasi dan pilihanraya dijalankan dengan penuh telus dan adil. Kenyataan Ikhwan Muslimin melalui jurucakapnya, Dr Mohd Mursi seminggu yang lalu ialah sebaik semua tuntutan-tuntutan Rakyat dilaksanakan, negara Mesir akan dipimpin secara sementara oleh Ketua Hakim Negara sehingga selepas pilihanraya yang adil dan telus dilaksanakan dibawah seliaan sepenuh dan sesempurnanya oleh Badan Kehakiman Mesir.

Pergi kabus, terbit matahari. Puluhan tahun Ikhwan Muslimin diburu, dipenjara dan ada yang dibunuh. Namun semua penzalim ada kesudahannya. (Foto: Pimpinan Ikhwan Muslimin ditangkap suatu masa dahulu oleh pihak Kerajaan dan dibicara di Mahkamah Tentera, bukan mahkamah awam/sivil seperti yang sepatutnya).

Naib Mursyid Am, Dr Mahmud Izzat, ketika dalam tahanan dan perbicaraan dua tahun lalu.

Persoalannya juga adakah Rakyat akan menamatkan Intifadhah 25 Januari 2011 ini hanya selepas sekadar mendengar Mubarak meletakkan jawatan, atau mereka terus teguh meneruskan Intifadhah ini sehingga terjamin dan pasti Pilihanraya Umum telah dijalankan dengan sebaik, sesempurna dan secepatnya ? Yang paling selamat dan berjaya ialah mereka menuntut Pilihanraya dilakukan sesegera yang boleh, hingga terlantik dan terbentuk kesemua Dewan Rakyat (Majlis Asy-Sya’ab), Dewan Syura (Negara) dan Kerajaan Mesir. Jika ini berlaku, maka peralihan dari kerajaan dibawah Majlis Tentera kepada kerajaan dibawah pilihan Rakyat akan benar-benar berlaku dan mencipta sejarah yang gemilang kepada Mesir dan rakyatnya.

Sesungguhnya objektif Ikhwan Muslimin disimpulkan kepada dua perkara, pertama umat dan negara kembali kepada Sistem Masyarakat Islam, dan kedua membebaskan diri sepenuhnya dari sebarang kuasa asing. Adapun cara Ikhwan ialah meyakinkan masyarakat dan menyebarkan Dakwah melalui setiap teknik dan cara sehingga pandangan umum (public opinion) masyarakat memahami dakwah mereka dan menolong memenangkan dakwah mereka ini dengan asas aqidah dan iman. Ikhwan kemudian mendidik individu-ndividu yang baik agar mereka menjadi tunggak yang teguh bagi perjuangan ideologi ini. Kemudian Ikhwan bertarung dalam arena Perlembagaan sehingga suara Dakwah ini berkumandang dipentas-pentas resmi yang menyebabkan kerajaan mendokong dan menjayakannya [Imam Hasan Al-Banna, Januari 1941]

Jika pilihanraya akan dilaksanakan, adakah Ikhwan Muslimin akan dibenarkan oleh Majlis Tentera untuk terlibat sama ? Jika Majlis Tentera masih akur dengan dominasi atau pengaruh Amerika, Presiden Obama adalah orang yang terang-terang sebelum ini menentang penglibatan Hamas dalam pilihanraya di Palestin yang akhirnya dimenangi oleh Hamas. Pada beliau, badan atau kumpulan yang disenaraihitamkan oleh pentadbiran Amerika sebagai “pengganas” mesti dihalang penglibatannya didalam sebarang pilihanraya umum atau sivil. Atau adakah Majlis Tentera akan mengambil keputusan mengadakan pilihanraya sesegera yang boleh lalu menyerahkan mandat kepada Rakyat untuk menentukan pimpinan dan masadepan negara, atau mereka akan berpegang kepada kalender asal negara iaitu pilihanraya Presiden pada bulan September, sedang berbagai-bagai perkara boleh berlaku dalam masa enam bulan ini ?

Ulamak Al-Azhar turut bersama didalam perjuangan Rakyat dan merai kemenangan mereka.

“Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad) Allahlah yang memiliki kerajaan. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendakki. Dia mencabut kerajaan dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendakki. Dia menghinakan siapa yang Dia kehendakki. Pada sisiNya lah kebaikan. Sesungguhnya Engkau (wahai Tuhan) berkuasa atas tiap sesuatu …” (Al-Quran).

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Israel watches Mubarak ouster with trepidation

AP

AP – Palestinians in a passing car wave an Egyptian flag in jubilation after receiving the news of Egyptian …
By IAN DEITCH, Associated Press Ian Deitch, Associated Press 16 mins ago

JERUSALEM – Israel watched Egyptian President Hosni Mubarak’s resignation with trepidation Friday, concerned the ouster of its staunchest Arab ally might endanger a peace treaty between the two countries and help boost Islamists already on the rise in the region.

Israel’s government declined comment on the announcement by Vice President Omar Suleiman that Mubarak decided to step down after three decades of iron-fisted rule. The dramatic decision came after an 18-day popular revolt against the 82-year-old autocrat.

However, former Israeli officials expressed concern that regime change in Egypt, as part of a wider transformation of the Arab world, could leave Israel even more isolated. Last year, regional powerhouse Turkey shifted away from its alliance with Israel.

“We have a tough period ahead of us,” Zvi Mazel, a former Israeli ambassador in Egypt, told Israel TV. “Iran and Turkey will consolidate positions against us. Forget about the former Egypt. Now it’s a completely new reality, and it won’t be easy.”

Some in Israel feared the unrest could spread to neighboring Jordan, the only other Arab country that has a peace deal with Israel, or to the Palestinian territories. Only last month, an uprising in Tunisia ended with the ouster of a longtime dictator there.

Former Israeli Defense Minister Binyamin Ben-Eliezer who was a long-time friend of Mubarak, said he was worried.

“From this day on, I only have lots of questions about what will be, what will be the fate of the peace treaty between us and the Egyptians?” Ben-Eliezer told Israel TV’s Channel 10. “There are many questions that we don’t have answers for, how will this affect the entire region now?”

Israel and Egypt fought four bitter wars before a peace treaty was reached in 1979. Mubarak steadfastly honored the deal after succeeding Anwar Sadat who was assassinated by Egyptian extremists two years after signing it.

Dan Gillerman, a former Israeli envoy at the U.N., said that if radicals prevail in Egypt and elsewhere, it would be devastating for Israel and the region. “At the end of the day what we are seeing in the Middle East is a battle between the moderates and the extremists and I think it is in everybody’s interests that the moderates prevail,” he told Fox News.

Israel military sources said they were worried that if a peace treaty isn’t kept, the military would have to reassess its deployment. They were speaking on condition of anonymity due to the sensitivity of the issue.

A strengthened Muslim Brotherhood could also affect the power struggle between the two Palestinian political camps — the Islamic militant Hamas in Gaza and Palestinian President Mahmoud Abbas in the West Bank.

Abbas is backed by the West, while Hamas draws its support from Iran, Syria and Hezbollah. Hamas is the Gaza branch of the Muslim brotherhood and could gain strength if their Egyptian brethren win a greater say.

In Gaza, thousands rushed into the streets in jubilation. Expectations were rising in Gaza that regime change in Egypt will help end a crushing border blockade of the territory, imposed by Egypt and Israel after a violent Hamas takeover of Gaza in 2007.

“Egypt wrote today a new chapter in the history of the Arab nations and I can see the blockade on Gaza shaking right now,” said Gaza’s Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh.

Hamas has smuggled weapons into Gaza through smuggling tunnels that bypass the blockade, and Israel fears the influx of arms could now increase.

3 Respons

  1. ya Allah berilah apa yang terbaik buat negara dan rakyat-rakyat mesir..

  2. salam ustaz. minta izin untuk letak posting ni di laman facebook, untuk perkongsian. jazakallah khairan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: