IKHWAN Mesir tubuh “Parti Kebebasan & Keadilan”

Mursyid Am IKHWAN MUSLIMIN, Dr Mohd Badi’ umum tubuh parti politik.

Maktab Irsyad (JK Pusat) Ikhwan Mulimin Mesir memutuskan untuk menubuhkan parti politik “Parti Kebebasan dan Keadilan” sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Mesir yang bakal diadalah dalam tempoh selewat-lewatnya 6 bulan dari sekarang, menurut kenyataan Majlis Tertinggi Tentera yang memerintah Mesir sekarang. Keputusan ini diumumkan oleh Mursyid Am (Presiden)nya, Dr Mohd Badik kepada sidang akhbar. Kata beliau, keputusan ini bukanlah baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut. Jelas beliau, penubuhan parti politik ini juga adalah sebagai menyambut harapan dan semangat umat Mesir sendiri kearah memiliki masadepan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang.

Beliaujuga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut. Keahlian parti ini adalah terbuka kepada semua rakyat Mesir yang bersedia untuk program dan taklimat pimpinan parti berkenaan.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Advertisements

8 Respons

  1. dalam bahasa arab sebut apa nama parti kebebasan dan keAdilan
    عدلا
    keADILan
    kalau bebas…apa nama dalam bahasa arab
    atau salah terjemah ni…
    atau lebih baik terjemah kemerdekaan…mustaqbal…istiqbal…
    kemerdekaan…
    ana tak tahu nama dalam bahasa arab…mohon penjelasan ustaz
    جزاك الله خيرا كثيرا

  2. Salam, ustaz bukankah IM dah lama masuk parlimen n dah ada parti politik, ke saya salah faham, mereka baru buat parti politik?

    • Dulu dibawah sistem diktator Mubarak, Ikhwan Muslimin tak boleh buat parti. Orang lain boleh. Mereka masuk parlimen dengan cara bertanding sebagai calon bebas. Hanya selepas Mubarak jatuh baru2 ni, mereka mengumumkan akan buat parti. Ini pun jika pihak Tentera menghormati kebebasan berpolitik. Tunggu dan lihat.

  3. […] Ikhwan Muslimin Mesir tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan […]

  4. […] Ikhwan Muslimin Mesir tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan […]

  5. salam..ustaz,apa perkaitan ikhwanul muslimin dgn gerakan al-islamiah yg lain2? maaf..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: