Rakyat Libya teguh menentang Ghadafi

Bandar Tobruk dibawah penguasaan Rakyat … setakat ini.

Syukur alhamdulillah saya baru tiba di Tanahair dari Tanah Suci petang tadi. Dah lama tak update blog ini. Tentera Ghadafi telah menghampiri sekitar 160 km ke ibu bandar Kebangkitan Rakyat, Benghazi. Jika Benghazi kalah dan jatuh, Ghadafi menjadi pemimpin Arab pertama yang berjaya mematahkan Revolusi Rakyat di Dunia Arab dan ini sudah tentu memberi kesan negatif kepada keputusan kebangkitan-kebangkitan di Yaman, Syria dan negara-negara umat yang ditindas yang lain. Ghadafi berikrar membuka gudang senjatanya dan memberikan sejuta senjata kepada rakyatnya di Tripoli bagi mara ke Benghazi. Ini pasti akan mencetuskan perang saudara paling buruk dalam Dunia Islam disepanjang sejarahnya. Di sini penglibatan Tentera Asing dari kalangan Tentera Salib dan Tentera Arab Teluk (yang dibawah dominasi Amerika) mencetuskan berbagai analisa, pandangan dan kekhuatiran. Pada hemat saya :

  1. Tanpa bantuan Tentera Asing untuk Kebangkitan Rakyat di timur Libya, saya percaya Ghadafi lebih mampu menghancurkan mereka lalu akan membuat seperti “pembersihan ethnik” yang dahsyat yang tidak ada tolok bandingnya dalam Dunia Arab. Walaupun Kebangkitan Rakyat kini berbekalkan senjata dari tentera yang berpaling tadah, namun harus diingat bahawa kekuatan Ghadafi adalah kekuatan ketenteraan sebuah negara berbanding kekuatan rakyat yang melibatkan beberapa buah wilayah.
  2. Selagi mana operasi Tentera Salib hanya mengawal udara agar Tentera Udara Ghadafi tidak mengebom rakyatnya menggunakan pesawat tempur, maka operasi tersebut adalah diperlukan bagi mengelakkan kekalahan dan pembersihan ethnik terhadap Rakyat di timur Libya.
  3. Sekiranya Tentera Salib meluaskan operasi sehingga Ghadafi jatuh dan selepas itu memberikan sepenuh mandat kepada Rakyat Libya untuk menentukan masadepan mereka melalui proses demokrasi bebas dan adil, maka ia adalah suatu yang dialukan.
  4. Sekiranya pelan Tentera Salib di Libya adalah sama dengan pelan mereka di Iraq, iaitu menjajah Iraq setelah mereka memenangi peperangan, maka campurtangan dan pencerobohan ini sangat ditolak dan mesti ditentang sehabis-habisnya.

Adalah suatu kesilapan yang besar membiarkan Tentera-tentera Salib yang berperanan ketika dan selepas perang dalam menentukan halatuju masadepan sesebuah Negara Islam. Sepatutnya setelah mereka selesai mengalahkan musuh Rakyat, tentera Amerika terus keluar meninggalkan negara umat Islam ditentukan oleh Rakyat itu sendiri. Persoalannya adakah setelah berkorbang besar diaspek nyawa, tenaga dan wang ringgit, Tentera-tentera Salib terus beredar dengen percuma tanpa meraih sebarang hasil dari pengorbanan itu ?

Penyelesaian yang terbaik ialah pemimpin Negara-negara Arab membuat kunjungan ke Libya dan menekan Ghadafi agar turun dari kerusi pemerintahan seperti yang dilakukan oleh Presiden Zainal Abidin (Tunis) dan Presiden Husni Mubarak (Mesir). Jika selepas tekanan diplomatik itu masih buntu, Negara-negara Arab harus membantu Kebangkitan Rakyat di timur dan barat Libya, tanpa membiarkan hanya Tentera Salib Amerika, Eropah dan lain-lain berusaha mengalahkan Ghadafi dan memetik buah kemenangan selepas itu yang pastikan tidak akan berpihak kepada Islam sepenuhnya.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

5 Respons

  1. Benar sekali, saya setuju dengan ustaz.

  2. pemimpin2 arab amat2 perlu mengambil berat mengenai krisis di libya..jgn hanya menyerah bulat2 kepada negara barat..kerana barat mungkin ade kepentingan lain disebalik campurtangan itu…walau yang dinyatakan adalah sebaliknya

  3. herm,berpecah-belah dlm ngra arab sndiri mcam2 berlaku ni risau dibuatnya
    mcam dah banyak petanda2 kiamat..apa pendapat ustaz?

  4. herm,berpecah-belah dlm ngra arab sndiri mcam2 berlaku ni risau dibuatnya
    mcam dah banyak petanda2 kiamat..apa pendapat ustaz?

    • Kebangkitan demi kebangkitan dalam negara Arab menunjukkan Islam semakin bangkit dari lamunan berabad lamanya. Masadepan semakin cerah, insyaallah. Us Halim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: