Politik lucah tidak mengenal Syarak

Syazryl Eskay dengan para wartawan

Apabila isteri Rasulullah saw, Aisyah ra dimarahi oleh bapanya, Abu Bakar As-Siddiq ra kerana menyebabkan kelewatan rombongan Sahabat ra pulang ke Madinah, tiada siapa menduga bahawa sebaliknya peristiwa itu adalah rahmat untuk umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Pada Abu Bakar ra, rombongan harus segera bergerak dan tiba di Madinah kerana waktu solat hampir tamat sedang mereka sudah ketiadaan air dalam perjalanan untuk berwudhuk. Tiba-tiba Allah swt menurunkan ayat Tayammum menyebabkan kita pada hari ini mempunyai pilihan yang sangat senang ketika ketiadaan air untuk berwudhuk. Terima kasih kepada Aisyah ra !

Apabila Aisyah ra merana dalam satu tempoh yang paling genting dalam hayatnya kerana dituduh berzina dengan Safwan bin Muattal ra, sedang dia adalah isteri kesayangan Rasulullah saw, tiada siap menyangka bahawa kesabarannya sehingga turun ayat Disiplin Pertuduhan Zina/Liwat menjadi rahmat dan panduan umat Islam hingga ke Hari Kiamat dalam berdepan dengan pelbagai ragam dan senerio sepak terajang politik lucah zaman berzaman selepas itu. Kemudian dari petunjuk Ilahi berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulamak Kehakiman mengeluarkan usul terpenting dalam sebarang prosedur kehakiman iaitu “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’iyy, wa Al-Yamin ala Man Ankara” (Pendakwa mesti mengemukakan bukti dan Yang didakwa yang tidak mengaku mesti bersumpah).

Sumpah laknat Syazryl didalam ruang solat masjid ini termasuk dalam proses pendakwaan, kehakiman, pengumuman, pengakuan atau bab apa ?

Tanpa memanjang dan memperincikan kaedah Fiqh Janayat (fiqh jenayah dan kehakiman) di dalam Perundangan Islam, tindakan Syazryl Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim yang mengemukakan Syazryl Eskay melalukan sumpah laknat di ruang solat Masjid Amru Al-As menimbulkan beberapa tanda tanya :

  1. Mereka yang menuduh Anwar Ibrahim disuruh oleh Syarak agar mengemukakan bukti 4 orang saksi yang melihat sendiri adegan tersebut dengan alat-alatnya sekali, bukan disuruh Syarak untuk bersumpah, sumpah laknat atau sumpah mubahalah. “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’iyy” (Pendakwa mesti mengemukakan bukti), bukan sumpah !
  2. Terlebih dahulu dari itu yang akan menyuruh mereka mengemukakan bukti adalah hakim dalam proses kehakiman. Oleh itu sebelum apa perkara pun bermula, mereka hendaklah memulakan proses membuka fail pendakwaan di kamar kehakiman atau di pejabat mahkamah, bukan membuat tindakan sendiri di ruang solat masjid !
  3. Sebelum sebarang keputusan hakim, seseorang yang belum disabitkan kesalahannya adalah dipelihara namanya sehingga dia dibuktikan bersalah. Jika didapati bersalah barulah dia dihukum dikhalayak ramai untuk menjadi pengajaran kepada umum. Akan tetapi perbuatan Syazrul Eskay adalah tidak melalui prosedur Kehakiman Islam kerana menarik pihak akhbar dan perhatian orang ramai terlebih dahulu sedang fail pendakwaan secara Islam (mengemukakan 4 orang saksi) belum pun dimulakan.

Islam sebagai agama yang real dan menyeluruh, sangat menitik beratkan prosedur dalam tiap sesuatu termasuk proses pengadilan. Oleh kerana itu walaupun Sayyidina Ali ra sangat pasti baju besinya dicuri oleh seorang Yahudi yang sedang dibicarakan, namun Sayyidina Ali ra telah kalah dalam kes tersebut setelah gagal menyahut permintaan hakim yang meminta beliau mengemukakan bukti.

Petunjuk Seerah dan sejarah yang jelas dan kaedah Syarak yang terang berada ditangan kaum muslimin, lebih-lebih lagi pada para alim ulamak, peguan syariyy, hakim dan mufti. Namun apa yang turut malang ialah sehingga ke hari ini hanya orang-orang politik dan akhbar yang berbicara. Para ahli agama diam seribu bahasa membiarkan rakyat awan tertanya dan meraba-raba. Kegigihan dan ketegasan ulamak tentang Hari Valentine belum berulang. Pada hari itu apabila para Mufti lantang mengharamkan Valentine Day, ramai para artis sendiri memberikan komen yang sama ! Ia sungguh satu pencapaian yang tidak diduga !

Konsert Sunburst di KL dijaya dan dimeriahkan oleh orang-orang Melayu. Apabila umat tenggelam dalam kefasikan, mereka akan mudah diperbodoh dan diperkudakan dengan berbagai teknik lama dan baru.

Orang yang benar-benar mencari kebenaran akan berusaha dalam mahkamah dengan prosedur yang betul sehinggalah hakim yang arif lagi bijaksana mengeluarkan keputusannya yang adil. Adapun orang-orang yang mempunyai agenda terdesak tertentu akan membelakangkan prosedur Islam, menarik perhatian umum masyarakat yang kurang arif tentang agama dan meminta mereka sebagai pengundi supaya membuat keputusan dalam pilihanraya, di luar kamar mahkamah Islam ! Teknik seperti ini banyak kali berjaya digunakan di Negara-negara Barat yang rata-rata rakyatnya tidak mengamati peristiwa Aisyah ra yang merupakan petunjuk sepanjang zaman. Teknik ini juga boleh berjaya di negara-negara dimana rakyatnya boleh diperbodohkan dan mereka sendiri sibuk dan tenggelam dalam berbagai bentuk kealpaan, kejahilan dan maksiat. Benarlah firman Allah swt bermaksud, “Maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Az-Zukhruf : 54). Segala teknik Firaun yang menyebabkan rakyat mentaatinya adalah terus menerus berjaya hanya kerana mereka rela diperbodohkan dan mereka juga tenggelam dalam segala bentuk kafasikan berupa kealpaan, jahil dan maksiat. Namun apabila datang Nabi Musa as dengan petunjuk Ilahi, segala perhambaan manusia terhadap manusia yang lain pastinya berakhir.

Semoga Allah swt mengembalikan umat ini kepada kefahaman, petunjuk dan penghayatan Islam yang hakiki dan sejati, menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk penyelewengan dan agenda musuh-musuhNya. Ameen.

Artikel-artikel yang berkaitan :

Hadith Ifk (kisah Aisyah ra) petunjuk bagi Umat dalam isu Anwar

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

.

..

.

.

Trio Datuk T tidak gentar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Rahim Tamby Chik menunjukkan kertas yang disebarkan kepada orang ramai pada sidang akhbar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.

KUALA LUMPUR 30 April – Meskipun dicemuh, dihina dan diugut oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat semalam, namun trio Datuk T menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan segala bentuk tekanan tersebut.

Sebaliknya, bagi trio berkenaan iaitu Shazryl Eskay sendiri, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, apa yang berlaku membuatkan mereka bersemangat untuk terus menegakkan kebenaran.

Mengecam tindakan provokasi dan huru-hara yang dicetuskan segelintir penyokong PKR sewaktu sumpah laknat Shazryl Eskay di ruang solat Masjid Amru Al-As di sini semalam, trio itu melontarkan persoalan kepada pihak terlibat mengapa perlu takut dengan tindakan mereka.

Menurut Shazryl Eskay, apa yang dilakukan penyokong parti berkenaan di masjid itu cukup memalukan.

“Saya sedih kerana kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku. Kami pergi dengan niat baik dan telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa masjid untuk melakukan sumpah laknat.

“Kami bukan cabar dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami ajak dia bersumpah laknat bersama. Selepas Anwar tidak hadir, orang lain janganlah kacau. Kami ke masjid bukan untuk bergaduh.

“Tak patutlah berlaku. Selain Islam, kita sebagai orang Melayu, ada adat dan budaya hormat-menghormati. Amalan gangster janganlah ditunjukkan dalam masjid,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Anwar yang juga Penasihat PKR merupakan pelaku dalam rakaman video aksi seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Shazryl Eskay berkata, sebelum melangkah masuk ke ruang solat masjid berkenaan untuk melakukan sumpah laknat, Allah memberi sumber kekuatan biarpun tahu beliau dan dua lagi rakannya akan ‘dihimpit’ dengan segala cemuhan dan tentangan.

“Sebelum pergi, kami ada terima panggilan supaya membatalkan hasrat (bersumpah) kerana berlaku kekecohan. Tetapi kami nekad dan tetap pergi. Kami tidak gentar dengan Anwar dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang,” tegas beliau.

Mengenai ugutan yang diterima, Shazryl Eskay berkata: “Ia tidak perlu dilayan. Saya tidak mahu sebut apa bentuk ugutan tersebut. Apa pun yang berlaku, ini adalah perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran.”

Sementara itu, Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Bangi turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan provokasi yang dilakukan penyokong Anwar di masjid tersebut.

Tindakan sedemikian katanya, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan parti berkenaan terlalu menumpu kepada melahirkan penyokong yang fanatik, taksub dan tidak boleh menerima hakikat.

“Kenapa usaha menegakkan kebenaran ditakuti? Sepatutnya usaha itu dipermudah dan tidak ditentang. Saya malu kerana masjid dijadikan ‘sarkas politik’ oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tindakan terbabit perlu dikecam.

“Kepada Pas, saya mengalu-alukan tindakan mereka untuk membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai,” katanya.

Abdul Rahim berkata, laporan polis telah dibuat selepas menerima ugutan pihak tidak dikenali yang mengancam untuk mencederakannya dan ahli keluarganya beberapa minggu lalu.

4 Respons

  1. Mereka yang menuduh Anwar Ibrahim disuruh oleh Syarak agar mengemukakan bukti 4 orang saksi yang melihat sendiri adegan tersebut dengan alat-alatnya sekali, bukan disuruh Syarak untuk bersumpah, sumpah ???
    Bagaimana yang menuduh itu bukan Islam . Adakah kita perlu mengunakan alasan yang sama bagi menunjukan Bahawa Islam itu adil bagi semua.

  2. […] Syazryl Eskay dengan para wartawan Apabila isteri Rasulullah saw, Aisyah ra dimarahi oleh bapanya, Abu Bakar As-Siddiq ra kerana menyebabkan kelewatan rombongan Sahabat ra pulang ke Madinah, tiada siapa menduga bahawa sebaliknya peristiwa itu adalah rahmat untuk umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Pada Abu Bakar ra, rombongan harus segera bergerak dan tiba di Madinah kerana waktu solat hampir tamat sedang mereka sudah ketiadaan air dalam perjalan … Read More […]

  3. memang boleh nampak macam mana cara paper bawak cerita ni..

  4. apa sudah jadi pada umat ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: