Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia

Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat. Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks”  pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.

Jika tidak kerajaan, Rakyat haris bangkit menentang serangan Budaya Barat yang merosakkan generasi.

Dari penganjuran ini dapat disimpulkan beberapa perkara :

  1. Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
  2. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
  3. Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yanag mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam kearah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kenak-kanak dan remaja, generasi masadepan.

Majlis ulangtahun kelahiran atau Happy Birthday. (Foto Hiasan)

Generasi ala-Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samada dari latarbelakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.

Dengan ini kita mengajak semua pihak terutama pihak Kementerian Pelajaran, guru-guru besar, para pengetua, jabatan-jabatan agama dan para ibu bapa penjaga agar :

  1. Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam didalam maupun di luar premis sekolah, kearah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang dihari muka.
  2. Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin.
  3. Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.


Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.

Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa menyelamatkan umat ini dari mara bahaya serangan ketenteraan, ideologi dan budaya musuh-musuhNya dari Timur dan Barat. Ameen.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

11 Respons

  1. Ameen ya akhi. Kita perlu usaha lebih lagi untuk menuju kearah itu. Ayuh!

  2. Kita akan merasakan peranan guru dan ibubapa sangat penting dalam hal hal sebegini.

    Dan bermimpikan program islami untuk dilaksanakan dan disertai oleh anak anak kita semua.

    Tapi, mungkin adakah disana cara yang lebih praktikal dan boleh dilaksankan oleh masyarat umum, khususnya daripada kaum keluarga dan guru kepada anak anak?

  3. Pemimpin yang langsung tidak berfungsi.

  4. Memang benar kata ustaz. Memang murid sekolah lebih meminati hiburan disebabkan serangan Budaya Barat ini. Lebih ramai yang di konsert rancangan realiti (walaupun tempat terhad) dari di surau atau masjid yang banyak.

  5. […] tergamam sebentar apabila melihat poster di atas dalam blog Ustaz Fauzi Asmuni dan Ustaz Abd. Halim. Betulkah? Seakan-akan filem “School of Rock” yang pernah popular sebelum ini. […]

  6. Kelab Remaja ISMA perlu bergiat cergas mcm ni! ayuh membentuk remaja islam bermotivasi, iltizam dan mempunyai jati diri!

  7. wahai pemikir di kementerian otak letak dekat mana

  8. inilah antara ‘jasa’ syaarikat yg kerajaaan ambil sebagai penasihat kerajaan iaitu APCO…
    tentulah ahli dan penyokong parti yg kononnnya memperjuangkan melayu & islam boleh berasa berbangga dengan ‘pencapaian’ terbaru orang melayu ini..

  9. memang besar cabaran membesarkan remaja masa kini. Saya setuju dengan jay, kita dikelabui minda. Sekiranya kita di peringkat pihak berkuasa, pikirkanlah apabila ada pihak yang ingin menaja 100% program-program. Pasti ada sesuatu…..

  10. ustaz secara x sedar dah promote progtram tu…sepatutnya x payah letak gambar2 yg menyebabkan maksiat…tapi isi terbaik..moga tsabat

  11. Kita akan terus istiqamah menentang agenda yahudi hingga ke masa yang dijanjikanNya.

Tinggalkan Jawapan kepada jay Batal balasan