Syeikh Faisol Maulawy ke rahmatullah

Asy-Syeikh Faisol Maulawy, mantan ketua Al-Jamaah Al-Islamiyah Lubnan dan Al-Ittihad Al-Islamiy (Ikatan Muslimin) Eropah.

Semalam, negara Lubnan kehilangan seorang lagi ulamak haraki, Asy-Syeikh Faisol Maulawy, 70, yang kembali ke rahmatullah di ibu negaranya, Beirut. “Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu ada tempoh disisiNya …” (Hadis Takziah).

Asy-Syeikh mula terlibat dalam gerakan Islam seawal tahun 1955 dimana beliau mengetuai Jemaah Ibad Ar-Rahman Lubnan. Kemudian beliau menggantikan Asy-Syeikh Fathy Yakan dalam mengetuai Jemaah Islam Lubnan (Al-Jamaah Al-Islamiyah) dari tahun 1992 hingga 2009. Al-Jamaah Al-Islamiyah adalah jemaah Ikhwan Muslimin di Lubnan.

Saya bersyukur sempat membuat kunjungan menziarahi beliau di pejabat resminya di Ibu Pejabat Al-Jamaah Islamiyah, Beirut pada 15 Jun 2005 ketika melancung di sana. Sememangnya pertemuan dan perbincangan dengan para ulamak lagi haraki boleh meninggalkan kesan ruhi yang tinggi di dalam diri seseorang yang ingin menambil menfaat dan pengajaran.

Beliau juga adalah ketua Bait Dakwah wad Duah Lubnan sejak ditubuhkan pada tahun 1990. Beliau juga adalah anggota dalam biro pengurusan Persidangan Kebangsaan Islam di Lubnan.

Ustaz Dr Fathi Yakan (1933 – 2009), ketua Al-Jamaah Al-Islamiah Lubnan sebelum Ustaz Faisol Maulawy. Buku beliau “Apa Erti Saya Menganut Islam” adalah buku paling banyak digunakan dalam usrah oleh gerakan-gerakan Islam Malaysia sejak tahun-tahun 1970an di dalam dan luar negara.

Beliau mula dilantik menjadi hakim syariyy pada tahun 1968 dan kemudian dilantik menjadi perunding Mahkamah Tinggi Syarie di Beirut pada tahun 1998. Beliau menerim anugerah negara No. 5537 bertarikh 23 Mei 2001 sebagai Hakim Terhormat Tahap Perunding yang merupakan salah satu anugerah yang disegani rakyat.

Dari tahun 1980 hingga 1985, beliau menetap di Perancis, Eropah, dan mengasaskan Ikatan Muslimin (Al-Ittihad Al-Islamiy) di sana serta Fakulti Pengajian Islam Eropah di sana. Beliau menjadi Mursyid Agama bagi Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Islam sePerancis, kemudian seEropah sejak tahun 1986. Walaupun selepas itu beliau kembali ke Lubnan, namun beliau terus mempunyai hubungan yang erat dengan pusat-pusat Islam di seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke rahmatullah.

“Sungguh, kita milik Allah dan sungguh kepadaNya kita kembali” (Al-Baqarah).

Beliau meninggalkan penulisan yang banyak memberi kesan kepada Dunia Islam diantaranya ialah siri prinsip Tarbiyah Islam untuk pelajar sekolah rendah (5 jilid), untuk pelajar sekolah menengah rendah (4 jilid), pelajar menengah atas (1 jilid), Ringkasan Fiqh Ibadah, Pengajian sekitar Riba, Kewangan dan Bank, Pendirian Islam terhadap Sistem Perhambaan, Hukum Hakam Pusaka, Pengajian Perbandingan Mazhab dan lain-lain lagi.

Kepada para pendakwah di Malaysia amnya, dan kepada para ulamak khususnya, kita menyeru agar dapat mencontohi beliau dalam banyak aspek diantaranya :

  1. Menguasai berbagai bidang ilmu Islam seperti ibadat, muamalat, gerakan dakwah, sistem kewangan dan ekonomi Islam moden dan sebagainya.
  2. Membantu menggerakkan berbagai usaha dan pertubuhan Islam ke arah membaiki dan memimpin umat Islam dalam menghadapi berbagai cabaran zaman dan serangan musuh.
  3. Bekerja keras tidak menbgira di bumi mana mereka berpijak di situ Dakwah dijunjung.  Begitulah beliau memgang tanggungjawab penting di berbagai posisi di Eropah ketika beliau baru berusia awal 40an.
  4. Mengambil jalan penuh hikmah dan kesederhanaan serta hati-hati dalam menjayakan misi Islam di Lubnan yang mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang abstrak terdiri dari kalangan Sunni 30%, Syiah 25%, Kristian 25%, Druze 10% dan lain-lain 10%.
  5. Memimpin umat Sunni Jordan dalam menentang penjajahan Yahudi yang bersempadan di selatan Lubnan dan Lubnan sendiri menempatkan 600,000 pelarian Palestin dan telah masuk ke generasi kedua dan ketiga yang lahir dan membesar di bumi Lubnan seperti di kem pelarian Burj Barajneh, Shabra Shatila dan lain-lain.
  6. Bekerja keras mendidik dan membina masyarakat Islam di Jordan dalam menghadapi serangan terkuat Budaya Barat di Dunia Arab iaitu di Lubnan, yang datang samada dari media massa dan sistem kerajaan seperti di negara-negara Islam yang lain, maupun dari pengaruh kehidupan dan budaya Barat orang-orang Arab Lubnan Kristian itu sendiri yang hidup dengan nisbah yang ramai di sana.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (tengah) ketika bertemu Ustaz Faisol Maulawy, Setiausaha Agung (ketua) Al-Jamaah Al-Islamiah di pejabat resmi pertubuhan tersebut di Beirut, Lubnan.

Semoga Allah swt menanam kesabaran kepada ahli keluarganya, memandu para Duat untuk mencontohinya, mengampuni dosanya, meninggikan derajatnya dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi, Sudduqeen, Syuhadak dan Solihin, Merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak. Ameen.

“Hari (Kiamat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang tenang” (Al-Quran). Jenazah Asy-Syeikh Faisol Maulawy diusung ke Tanah Perkuburan Bab Al-Raml, Beirut, Lubnan.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Satu Respons

  1. Al-Fatihah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: