10 kualiti mangsa tsunami Jepun

Berikut adalah nota catatan ringkas 10 pengajaran yang diperhatikan oleh seorang sukarelawan asing yang datang ke Jepun untuk membantu mangsa-mangsa gempabumi di sana. Berbeza kualiti diantara satu umat berbanding umat yang lain dicatat dan dikongsi oleh beliau untuk umum masyarakat dunia lebih-lebih lagi kepada kita yang berusaha siang malam untuk memertabatkan Agama dan umat kita yang dicintai.

1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated. (Ketenangan : Saya tidak nampak orang yang meraung, menepuk-nepuk dada melihat mayat-mayat bergelimpangan. Dengan itu kesengsaraan itu sendiri telah hilang dengan sendirinya).

2. THE DIGNITY

Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture. (Harga Diri : Mereka berdisiplin dalam berdiri beratur untuk mendapatkan air dan barang-barang keperluan harian. Tidak kedengaran kata-kata kesat atau perbuatan yang tidak senonoh dan kurang ajar).


3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall. (Kemampuan : Tahap arkitek yang sangat membanggakan. Sebagai contoh bangunan-bangunan nampak jelas bergoyang kerana gempa bumi tersebut akan tetapi ia tidak runtuh).

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something. (Lapang Dada : Orang ramai membeli hanya barang-barang yang mereka perlukan pada hari itu sahaja supaya stok sentiasa ada dan setiap orang dapat membeli sesuatu untuk keperluan masing-masing).

5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding. (Keamanan : Tidak ada curi mencuri di kedai-kedai mengambil kesempatan keadaan yang sedemikian maupun bunyi hon dan potong memotong di jalanraya).

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid? (Pengorbanan : Lima puluh pekerja bekerja siang malam untuk mengepam air laut ke dalam reaktor nuklear. Bagaimana jasa mereka dapat dibalas).


7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak. (Simpati : Restoran menjual makan minum dengan harga yang lebih rendah, mesin ATM tidak perlu dijaga oleh pengawal keselamatan. Orang yang kuat menjaga orang yang lemah.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that. (Latihan : Semua lapisan masyarakat, tua maupun muda, di sana sini tahu apa yang harus mereka lakukan).

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage. (Media : Mereka sangat mengawal dan cermat dalam membuat lapuran. Tidak ada wartawan yang mengambil kesempatan dan mereka-reka cerita demi mendaat perhatian dan pelanggan. Hanya berita  berpatutan yang dilapurkan).

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!” (Nilai Hati : Apabila bekalan elektrik terputus di kedai-kedai, para pelanggan yang sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli meletakkannya kembali di rak-rak kedai dan segera beredar keluar untuk menyelamatkan diri).


Semoga apa yang baik yang ditunjukkan oleh contoh rakyat Jepun ketika menghadapi saat-saat cemas gempa bumi itu dapat dicontohi oleh umat Islam yang dikehendakki oleh Allah swt agar menjadi umat terbaik yang kemudiannya berperanan mengajak umat lain kepada makruf dan mencegah munkar.

Allah beri kepimpinan dunia kepada umat yang lebih akhlak. Oleh itu umat Islam yang sedang tidak memimpin dunia hari ini harus segera membaiki akhlak mereka, samada akhlak islamiyah, maupun akhlak insaniah. Bila akhlak islamiyah pun jauh dari pemimpin dan rakyat Islam, maka akhlak insaniah antara bangsa-bangsa menjadi penentu. Kerajaan adalah milik Allah, Dia memberikan kerajaa itu kepada siapa yang Dia kehendakki dan Dia cabut kerajaan itu dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendakki dan Dia menghina siapa yang Dia kehendakki. PadaNya segala kebaikan. sesungguhnya Dia Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib yang menimpa sesuatu kaum (memimpin dunia atau ditindas oleh bangsa asing), sehinggalah mereka sendiri merubah apa yang ada di dalam jiwa mereka (keyakinan, ilmu, akhlak, sikap, bukan pembangunan luar jiwa atau material) (Al-Quran).

Artikel berkaitan :

Budak Jepun umur 9 tahun ajar erti pengorbanan

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Advertisements

7 Respons

  1. Sama ada sedar atau tidak, bencana tsunami ini memberi peluang kepada umat Islam membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Islam bukan penganas sebagaimana yang dicanang2kan oleh dunia barat iaitu bangsa2 yang pernah membunuh para nabi dan rasul. 😦

    Japan Islamic Trust (masjid otsuka) adalah antara sukarelawan yang aktif dalam membantu mangsa2 tsunami dan gempabumi di wilayah Fukushima, Miyagi dan Iwate. Secara tidak langsung ini melunturkan imej2 negatif yang dilemparkan ke atas Islam. Tidaklah agama Islam itu diturunkan melainkan membawa rahmat keseluruh alam. Bukan sahaja di dunia malah lebih penting lagi keselamatan di akhirat yang kekal abadi.

    “Dan tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat keseluruh alam.” (Al-Anbia’: 107)

    Sila layari
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/04/14/bantuan-segera-diperlukan-untuk-mangsa2-gempa-bumi-kanto-higashi-%E2%80%93-laporan-no-11/

    untuk penerangan lanjut dan juga http://www.islam.or.jp/.

    Sekadar menyampaikan. 🙂

  2. mohon share ustaz:)

  3. sungguh terharu & tersentuh dgn ketabahan mereka,
    ini lah yg mesti kita contohi malah amalkan…….

    semuga dapat kita terapkan bersama……..

  4. mohon share ustaz 🙂

  5. mohon share ustaz..

  6. Assalamualaikum Ustaz..,

    Satu pengajaran yg amat berguna untuk umat islam melakukan dan buktikan pada Dunia bahaya Islam adalah yg terbaik dari yg lain-lainnya… semuga sama-sama kita ambil aktibar dan amalkan…

    jazakallah.

  7. Assalamualaikum Ustaz..,

    Satu pengajaran yg amat berguna untuk umat islam melakukan dan buktikan pada Dunia bahawa Islam adalah yg terbaik dari yg lain-lainnya… semuga sama-sama kita ambil aktibar dan amalkan…

    jazakallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: