Atam dapat tandatangan Dr Jum’ah Amin

Anak saya, Atam (Ahmad Jihad Abdul Halim), mencatat sejarah buat dirinya apabila dia berjaya mendapat tandatangan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Jum’ah Amin semasa kunjungan beliau ke Sek Men Islam Hira’, Jeram, Selangor, tempat beliau belajar di Tingkatan 5 sekarang.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Anak yang mahal (dikasihi), Ahmad Jihad. Demi Allah, sangatlah menggembirakan aku apabila aku menandatangani di atas buku aku yang telah berlalu penulisannya lebih dari 40 tahun yang lalu dan tiba-tiba di saat ini aku dikejutkan dengan kewujudan terjemahannya ke dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah suatu perkara yang patut aku mensyukuri Allah. Adapun anda wahai Ahmad, aku memohon kepada Allah agar isi kandung buku ini memberi menfaat kepada mu, bahkan anda berusaha untuk menyebarkannya (kepada orang lain). Allahlah Yang Memberi Taufiq. Ayahmu, Jum’ah Amin Abdul Aziz. 13.7.2011M”.

Ustaz Dr. Jum’ah Amin, Naib Mursyid Ikhwan Muslimin (foto daro fail).

Ketika Dr Jum’ah Amin di atas pentas setelah selesai ucapan, Atam dengan azam yang tinggi naik sendiri ke atas pentas, mengambil peluang tersebut dengan membawa buku terjemahan “Fiqh Dakwah” karangan Dr Jum’ah Amin sendiri, untuk ditandatangani oleh beliau. Beliau yang terharu kerana tidak menyangka buku yang ditulisnya kira-kira 40 tahun lalu telah sampai ke Malaysia dan diterjemahkan, terus khusyuk memberi tumpuan menulis meletakkan tandatangannya disamping tidak lupa mencoret beberapa kata-kata ukhuwwah dan semangat Dakwah untuk Atam di lembaran pertama buku tersebut.

Buku “At-Taghyir ala Manhaj An-Nubuwwah” karangan Dr Jum’ah Amin selalu ditatapi oleh saya, seringkali dibawa ke Tanah Suci untuk dibaca ketika kelapangan, untuk memahami bagaimana Rasulullah saw dan Ikhwan Muslimin memahami cara dan langkah dalam merubah masyarakat dan negara sehingga mencapai Khilafah Islam dan Ustaziatul Alam. Ia buku yang sangat berfaedah, khususnya kepada pimpinan dan pembuat-pembuat polisi bagi sesebuah gerakan Islam.

Serangan budaya Barat dan Liberalisma kini seperti tsunami yang melanda Malaysia khususnya para remaja dan belia sehingga lahir ramai dikalangan mereka yang bukan sahaja tidak berjihad demi memikul risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia, bahkan identiti Islam itu sendiri hampir tiada didalam jiwa mereka lantaran mengikut idola-idola ala-Barat. Tiada jalan lain selain mendidik mentarbiyah dan menunjukkan kepada mereka idol-idola Islam peninggalan Rasulullah saw di kurun ke 21 ini.

Selepas itu Atam turun ke bawah pentas dengan hati yang puas dan gembira kerana misi beliau telah tercapai (mission accomplished).

Ketika menyambut beliau di stesen bas Seremban yang pulang bercuti dari sekolahnya dari Jeram, Selangor hari Jumaat lalu saya juga terharu apabila beliau menceritakan pengalaman beliauyang tidak saya duga tersebut, dengan perasaan gembira. Mencintai orang-orang saleh apatah lagi pemimpin sesebuah gerakan Islam di luar negara adalah suatu kualiti diri yang tidak mudah untuk dipupuk dikalah umur remaja sebegini, apatah lagi dikala ramai remaja di Malaysia zaman kini dihanyutkan oleh gelombang budaya Barat, bergembira melakukan maksiat dan bergelumang dengan gejala sosial yang parah. Dikala ramai remaja menjadikan ahli sukan, artis dan seumpamanya mereka sebagai idola-idola untuk dicontohi atau dibanggakan.

Ahmad Jihad bin Abdul Halim dan Dr Jum’ah Amin ketika beliau mencoretkan kata-kata di dalam bukunya yang diterjemah.

Semoga Allah swt mengurniakan kepada Atam, adik beradik dan taman-temannya yang lain keikhlasan, keazaman dan keberanian seperti itu di dalam amal-amal Dakwah yang lain. Ameen.

Baba

4 Respons

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Tahniah buat Atam khasnya dan Ustaz amnya….. muga beliau penyambung kepada usaha dan perjuangan Ustaz dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar…. mudah-mudahan….InsyaAllah…. ameen..

  2. Assalamualaikum ustaz…alfun mabruk diatas keberanian anak ustaz…Ustaz tak berkesempatan ke bergambar dengan syeikh? mudah-mudahan lain kali ye ustaz…

  3. Ustaz,

    Bolehkah saya dapatkan buku terjemaah dlm bahasa melayu tersebut? Saya juga amat berminat utk mempelajarinya disamping boleh dikongsi bersama anak-anak dan pelajar2 di MRSM Batu Pahat di mana tempat saya bekerja sekarang? Jika boleh bagaimana nak mendapatkannya?

    Terima kasih

  4. semoga Atam terus maju kehadapan…

Tinggalkan Jawapan kepada AlBarakah Batal balasan