Tarbiyah asas kejayaan umat Islam

IsmaWeb.net. BANGI, 17 Julai – Tarbiyah adalah asas kejayaan umat Islam kerana dakwah Islam bermula dengan proses tarbiyah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat.

Proses pentarbiyahan berjalan selama 13 tahun di Mekah dan dengan itu, lahirnya insan-insan yang hebat dan kemudian Islam telah berkembang ke seluruh dunia.

Pensyarah Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr berkata, kita mesti sedar siapa kita, apa yang kita mahukan dan bagaimana kita akan berjaya mencapainya.

“Sebagai pendakwah Islam, tarbiyah adalah satu-satunya jalan bagi kita demi mencapai matlamat yang besar iaitu mengembalikan kegemilangan Islam.”

Berfoto kenangan bersama keluarga. Peluang yang sukar berulang. Ketika saya berkenalan Prof Hisham Sakr  di Mesir, anak-anak kami juga berkenalan di sekolah Ikhwan Muslimin yang sama, Madrasah Ridwan Al-Islamiyah (Sekolah Rendah & Menengah Islam Ar-Ridhwan), Hayyu Sabiek, Madinat Nasr, Kaherah. Ketika itu anak sulung saya, Uswah dan anak kedua Prof Hisham, Sarah satu kelas di dalam darjah dua. Anak saya yang kedua, Khairah didalam darjah satu dan anak saya yang ketiga, Hasan (foto diatas, paling kiri) berumur 5 tahun di tadika Madrasah yang sama). Ketika itu anak-anak saya yang berdiri di baris hadapan di atas, semuanya belum dilahirkan. Hari ini Prof Hisham dan saya, sama-sama mempunyai 2 orang cucu. Begitu cepat masa berlalu, masih begitu sedikit amal dan hasil yang telah kita capai untuk Agama ini. “Al-Hurru man ra’a widad lahzah, wantama liman afadahu lafzah” (Orang yang merdeka jiwanya ialah orang yang mera’ikan saat-saat manis walau sedetik, dan menggabungkan dirinya kepada orang yang memberi menfaat kepadanya walau dengan selafaz perkataan) [Imam Asy-Syafie ra]. Saya menambah, Mafhum Mukhalafah (makna sebaliknya) “Orang yang tidak tahu merai saat-saat manisnya yang pernah bersama, dan orang yang tidak bertaut dengan seseorang yang pernah memberikan kata-kata nasihat selafaz apatah lagi tarbiyah yang panjang, adalah orang yang terbelenggu hati nuraninya. Dia tidak merdeka … Nauzubillah”.

Berucap di hadapan kira-kira 700 hadirin di Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau berkata masalah terbesar yang menimpa umat Islam adalah tidak memahami Islam secara menyeluruh.

Umat Islam kini lebih suka mempraktiskan sudut-sudut tertentu sahaja sedangkan Islam itu lengkap di dalam segenap aspek kehidupan dan pengamalannya tidak tertumpu kepada aspek-aspek tertentu seperti ibadah dan akidah sahaja.

Dr. Hesham memberi harapan sekiranya ISMA berjaya menyemai kefahaman kesyumulan Islam di dalam masyarakat, maka ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.

“ISMA perlu berusaha bersungguh-sungguh memahamkan masyarakat akan kesyumulan Islam dan dengan itu, ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.”

Menjawab persoalan yang dilontarkan hadirin tentang keupayaan bangsa Melayu dalam memikul agenda dakwah Islam, beliau berkata, “sebagai pendakwah Melayu Islam, anda perlu yakin bahawa anda mampu melaksanakannya dengan izin dan bantuan Allah.”

“Allah tetap bersama anda sekiranya anda melakukan kerja dakwah dengan baik dan Allah telah menjanjikan kepada pendakwah Islam di antara dua pilihan, sama ada menang mulia atau mati syahid ,” tambah beliau.

(Artikel dipetik dari ismaweb.net)

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: