Kerajaan China larang Umat Islam berpuasa

DUA anggota polis menjamu selera di gerai makanan etnik Uighur di Kashgar, provinsi Xinjiang, China dalam gambar yang dirakam 2 Ogos lalu. – REUTERS

Jika benar seperti yang dilapurkan UtusanOnline dari Reuters, penindasan keatas Umat Islam oleh kaum Musyrikin yang berlaku di China adalah lebih teruk diaspek kebebasan dari tekanan Yahudi ke atas Umat Arab di Palestin di Palestin sehinggakan untuk berpuasa pun tak boleh. Secara langsungnya puasa tidak mendatangkan apa-apa ancaman dan mudharat kepada pihak pemerintah pun. Namun kaum musyrikin jelas takutkan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri dan bukan sahaja kepada Umar Islam. Apabila Umat Islam kembali menghayati ajaran Islam dan mendapat keredhaan Tuhan mereka, ia sudah cukup merupakan ancaman kepada sesiapa sahaja termasuk Kerajaan China, begitu logiknya.

Dari sini juga Umat Islam sepatutnya sedar – dan musuh mereka telah lama sedar akan hakikat ini – bahawa kekuatan Umat Islam itu sebenarnya adalah terletak kepada aqidah dan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri. Tidak perlu pimpinan dan umat Islam bergantung kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar untuk mendapatkan perlindungan dan naungan. Hakikat ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Hakikat ini juga dinasihatkan oleh para Malaikat kepada manusia yang menjadi kekasih-kekasih Allah swt dalam firmanNya bermaksud, ‘Dan orang-orang yang berkata “Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah (dengan ajaran dan perjuangan agama Allah), Malaikat turun kepada mereka (seraya berkata) ‘Jangan kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati. Bergembiralah dengan Syurga yang dijanjikan untuk kamu’. Kami adalah wali-wali Allah dan kekasih-kekasihNya … “ (Al-Quran).

Muslimat bangsa Uigur di China.

Muslimah Uigur di China. Umat Islam Uigur hidup dengan penuh survival disegi akidah dan material.

Tsabat & istiqamah.

Seorang pensyarah yang pernah melawat umat Islam di China menceritakan kepada saya bahawa di sana hanya dibenarkan seorang anak sahaja bagi sepasang suami isteri. Demi survival Islam, ramai keluarga Islam yang menghantar anak kecil mereka semuda 4-5 tahun ke sekolah tahfiz Al-Quran sejauh ribuan kilometer dari kampung halamannya, hanya untuk mempertahankan akidah Islam generasi-generasi akan datang.

Akidah didalam jiwa yang masih danakan terus teguh.

Semoga Umat Islam di China terus bangkit menjadi Umat Contoh kepada umat-umat Islam yang lain di dunia. “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, (namun) Allah enggan sebaliknya Dia akan menyempurnakan cahayaNya walau orang-orang kafir marah” (Al-Quran).

Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com

.

.

.

.

URUMQI 7 Ogos – Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu ‘dokumen’ yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

“Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama,” katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

“Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid,” katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. – Agensi

Uighurs: China ’s forgotten Muslims

Stuart Weir (Cambridge): You have just three days to see iconic photographs of the Uighur people who are being systematically destroyed by the Chinese authorities.  The photographs are in an exhibition at Abrar House, 45 Crawford Place, London W1, which ends on 18 March and seeks to draw attention to the brutal denial of human rights to the ten million or so Uighur people who live in their vast homeland and former independent republic and ages-old kingdom of East Turkistan, which has been occupied by China since 1949.

The Uighurs are among the most oppressed peoples in the world.  The Chinese authorities have been destroying their language, religion, ways of life and very identity, swamping their country with mass Han immigration, subjecting their young women to enforced exile and labour and poisoning their health with nuclear tests (and, as I understand it, even hiring out test sites to Pakistan and possibly France).  All this, let it be said, in addition to the oppression and denial of civil and political rights that are common to all who live in China.

The organisers of the exhibition describe the Uighurs as the “forgotten nation”.  And it is remarkable how we in the west and the rest of the world ignore their living tragedy while focusing intensely on China’s parallel oppression of their neighbour, Tibet.  Per Engstrom, the Swedish photo-journalist who took the photographs on show, has no doubt why. It is, he says, because the Uighurs are Muslims. An over-simplification, of course, but one with a troubling element of truth.

For the diverse Muslim communities who live in this country are also a kind of “forgotten nation”, their sense of belonging and shared citizenship obscured and denied by Islamophobia and bias, even among those who describe themselves as liberals. It is not just the Sun!  I was shocked at the recent Convention on Modern Liberty to hear a prominent liberal commentator on the final panel describe Islam as an obstacle that we concerned liberals gathered together had to overcome.

Yet the organisers of the exhibition –  the staff and voluntary workers of the Islamic Human Rights Commission –  who put the lie to the common idea that Islam and human rights are irreconcilable.  In a series of interviews with diverse groups of young Muslims from Bradford, north and south London I was struck by their conviction that Islam was a religion of concern for others.  Yet active Muslims like Massoud Shadjareh, chair of the Commission, and ordinary Muslims very rarely get a hearing on our media.  Just in the past week I have read a long interview with a Muslim extremist in the Standard and listened to another on the Today programme defending the handful of “nutters” (Baroness Warsi’s phrase) who mounted the vociferous protest in Luton against the Royal Anglian troops on their return from Iraq.  It is the “nutters” to whom our media pay attention rather than more representative Muslim voices (I almost wrote “moderate” voices, unnecessarily, but such is the prevalent bias in our society). In doing so they demonise whole communities while boring us all.

Advertisements

5 Respons

  1. yt:mungkin korban mereka yang kekalkan hidayah dalam diri kita…

  2. kalau ustaz boleh beri link kepada artikel2 diatas.. rasanya ini cara referencing yang betul

  3. Allah hu akbar.

  4. benar ustaz, umat islam perlu melihat situasi ini dari pelbagai sudut. bukan sekadar mendoakan keselamatan saudara seaqidah kita, inshaAllah pengorbanan mereka mempertahankan aqidah, besar ganjaran di sisi Allah. namun buat kita, jangan berasa selesa dengan islam di hujung bibir, perlu di muhasabah kembali sejauh mana ketelusan aqidah islam kita teguh di dalam hati, terlahir dalam perkataan dan terjelma dalam SETIAP perbuatan kita.

    teringat malam terawih pertama di pusat islam uitm shah alam, bertemu saudara baru berasal dari tanah besar china, tak tergambar kesyukuran mereka dapat mengecapi nikmat ramadhan pertama di bumi malaysia, alhamdulillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: