Bertemu Prof Zaghlul Najjar di USIM

Hari Jumaat 21.9.2011 yang lalu adalah antara hari bersejarah buat saya apabila dapat bertemu dengan Prof Dr Zaghlul Najjar diprogram kuliahnya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau adalah Presiden Majlis Mukjizat Al-Quran dan Al-Hadith dalam Sains SeDunia. Kali pertama saya hadir kuliah beliau ialah sekitar tahun 2004 di University of Melbourne ketika saya membuat kunjungan dakwah ke sana. Ketika itu seorang sahabat Arab mengajak saya ke kuliah beliau dengan memberitahu saya pernah selepas beliau menyampaikan kuliahnya  di Rusia, beberapa orang saintis Rusia memeluk Islam dihadapannya.

Prof. Zaghlul Najjar sedang menjelaskan mukjizat Al-Quran dan Al-Hadis dalam kejadian bumi dan langit.

Didalam kuliah beliau kali ini antara lain beliau menerangkan tentang beberapa mukjizat didalam Al-Quran dan Al-Hadith diantaranya :

  1. Allah swt menyebut langit sebanyak 7 lapis didalam banyak ayat dan bumi “seperti itu juga” didalam satu ayat. Apabila dikaji jelas lapisan bumi terdiri dari 7 lapis yang mempunyai ciri-ciri umumnya yang tersendiri. “Sesiapa yang membuat zalim dimuka bumi, dia diheret dengan kezalimannya kedalam 7 lapisan bumi” (Hadis).
  2. Mekah berada di tengah-tengah kerak bumi (bukan pusat bumi). Didalam Hadis mengatakan pada asalnya permukaan bumi ini dipenuhi oleh air laut. Dengan pergerakan isi dan kerak bumi, mukabumi yang mula-mula timbul ialah disekeliling Kaabah, kemudian diikuti mukabumi-mukabumi yang lain. Dalam peta dunia hari ini, memang jarak diantara Mekah dengan hujung-hujung benua disekelilingnya adalah hampir sama. Bumi mempunyai dua kutub geografi iaitu Kutub Utara di Artik dan Kutub Selatan di Antartik. Namun begitu kutub magnetik dunia bukan berada tepat di Artik dan Antartik. Ia senget sedikit, menjadikan semua tempat dan bandar didunia mempunyai jurang perbezaan diantara kutub geografi dengan kutub magnetnya. Akan tetapi tiada perbezaan polarisasi atau perbezaan magnetik di Mekah diantara Kutub Utara Geografi dengan Kutub Utara Magnetik kerana di berada ditengah-tengah.
  3. Setiap cuaca direkodkan didalam batang pokok, tulang dan sebagainya. Sebagai contoh ditahun dimana cuaca adalah baik, dan pokok dapat makanan dan kehidupan yang baik, garis lilit dibatang pokok tersebut jadi lebih tebal dengan ciri-ciri istimewa dan tersendiri yang lain. Dengan ini banyak sejarah dunia boleh dibaca melalui analisa tumbuhan dan binatang yang wujud sejak dulu kala.
  4. Apabila dikalangan orang-orang Barat ada yang benar-benar meyakini melalui sains bahawa dunia akan berakhir suatu hari nanti, diantara mereka menjadi sangat takut untuk menghadapinya. Contohnya di Swtzerland, 42 orang bunuh diri. Kata beliau, ini adalah kerana merekatidak beriman kepada Allah swt.
  5. Pusaingan bumi pada sekitar 25 juta tahun lalu adalah 6 kali lebih laju dari pusingannya pada hari ini. Kalau saya kira bermakna sehari semalam ketika itu ialah 24 jam / 6 kali lebih laju = 4 jam sehari semalam ketika itu. Ini bermakna pusingan bumi semakin perlahan. Boleh sahaja ia menjadi berhenti disuatu masa nanti dan selepas itu berputar pada pusingan yang berlawanan. Jika ini terjadi, matahari akan terbit dari sebelah barat dan tenggelam diarah timur.

Prof Zaghlul Najjar memberikan kata-kata perhatian dikuliah beliau iaitu walau bagaimana keadaan langit dan bumi disegi pergerakan, tabiat dan sebagainya, kesemua itu diatur dan sedang ditadbir oleh Allah swt. Oleh sebab itu kesemuanya berjalan dan beredar dalam keadaan yang sangat teratur. Ini berbeza dengan ahli-ahli sains yang kafir yang meletakkan perjalanan langit dan bumi ini hanya semata-mata didasarkan oleh tabiat semulajadi.

Kisah dikalangan hadirin masuk Islam setelah mendengar kuliah Mukjizat Al-Quran dalam sains oleh Zaghlul Najjar adalah suatu yang tidak asing lagi. Kita boleh melihatnya melalui U-Tube. Kita memerlukan lebih ramai pendakwah dibidang ini mengajak orang-orang kafir kepada Islam, disamping pendakwah yang mengembalikan Umat Islam kepada Islam Hakiki.

Usaha membongkar dan mensabitkan mukjizat Al-Quran diaspek sains adalah salah satu amal fardhu kifayah yang penting bagi Umat Islam didalam kerja-kerja Dakwah pada hari ini, samada menarik orang-orang kafir maupun orang-orang Islam kepada Islam yang hakiki.

Diantaranya kulaih beliau di University of Melbourne yang masih saya ingat dan memberi kesan besar kepada saya ialah beliau menceritakan suatu ketika selepas beliau memberi kuliah disalah sebuah negara bukan Islam, beliau didatangi oleh seorang astronout yang kagum mendengar apa yang telah beliau sampaikan. Orang tersebut bertanya mengenai suatu yang beliau pernah alami tetapi sehingga disaat itu belum mendapat penjelasan yang memeuaskan hatinya. Beliau berkata apabila tiap kali kapal angkasalepasnya naik kelangit dan menembusi udarakasa, beliau merasakan pandangannya seperti pandangan orang yang mabuk dan badannya seperti terkena sihir. Apabila Zaghlul Najjar mendengar penjelasan tersebut, dia berkata, “Telah banyak negara yang saya lawati untuk menyampaikan kuliah-kuliah mengenai Mukjizat Al-Quran diaspek sains, akan tetapi ini kali pertama saya mendengar orang yang mengatakan suatu yang sama dengan apa yang diterangkan oleh Al-Quran iaitu firman Allah swt (bermaksud) “Jika Kami buka salah satu pintu dari langit, lalu mereka terus naik didalam pintu tersebut, nescaya mereka akan berkata ‘Pandangan kami dimabukkan. Bahkan kami seperti kaum yang disihir’ “ (Al-Hijr : 15).

AF09

Tanda-tanda Allah swt dialam kejadianNya sangat jelas kepada manusia seperti mereka melihat papan-papan tanda dijalanraya, namun kesibukan dan kelalaian menghalang mereka dari memerhati, mengamati dan mengambil pengajaran darinya. Musuh-musuh Islam sentiasa menganjurkan program-program yang melalaikan dan merekrut idola-idola Barat yang boleh mengalih perhatian ramai Umat Islam dari tanda-tandaNya. (Foto Hiasan : AF10)

“Sungguh disumbatkan kedalam Neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia (adalah kerana) mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (tanda-tanda kekuasaan Allah) dengan hati tersebut, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dengan mata tersebut , mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (tanda-tanda kekuasaan Allah) dengan telinga tersebut. Mereka adalah seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang lalai” (Al-A’raaf : 179). (Foto Hiasan : 20,000 penonton Melayu Islam di konsert Wings Search).

Semoga Allah swt memberi kesihatan berpanjangan kepada beliau dan memanjangkan umurnya demi menfaat untuk kaum Muslimin. “Kami akan memperlihatkan tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) Kami di ufuq sana, dan didalam diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia (Tuhan) adalah benar. Tak cukup ke lagi bahawa Tuhan kamu saksi atas tiap sesuatu” (Fussilat : 53).

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

♦ Dr. Zaghloul Site:

This site is Dr. Zaghloul Ragheb Mohamed El-Naggar Professor of Geology, Head, Committee on Scientific Nations in the Glorious Qur’an & Purity Sunnah Supreme Council for Islamic Affairs, Cairo, Egypt.

The site shows the contributions of Dr. Zaghloul in the scientific notions in the Glorious Qur’an & Purity Sunnah and his writings in intellectual & political matters.

 This site aims to:

– Deepen the Muslim’s belief in Allah, The Glorious Qur’an and their Prophet by discovering The Scientific Facts which agree with what came in The Glorious Qur’an and Hadiths of the Prophet (pbuh).

– Approach the Muslims from The Glorious Qur’an through Scientific Notions explaining for some verses of the Glorious Qur’an.

– The Glorious Qur’an is everlasting & preserved by Allah and it didn’t change or replace as it happened to other books.

– To respond to the doubted people in the Pure Prophetic Sunnah through proving the Scientific Facts which included in Hadiths of the Prophet (pbuh).

– Profess the science to Islam.

– Islam liberates the mind and urges to scrutinize in the universe.

– Raise the status of the science & scientists because they are the Prophets’s heirs.

– Encourage the youth to learn and to deepen in the universal & material sciences such things which Islam urges and orders.

– Invite non-Muslims to think of The Scientific Facts which came in The Glorious Qur’an and The Pure Prophetic Sunnah before thousand and four hundred years and the science is still discovering it until now.

– To respond to the directed suspicions in Islam & Muslims.

– Know Dr. Zaghloul El-Naggar for the west and informing them his science & neutralism.

– Provide a good example for our youth and scientists to advance the nation to which the ancient nations advanced to it.

– Explain the scientific information with easy way to the internet users so the normal user benefit from it as the researcher & specialist scholar.

Satu Respons

  1. Jzkk ustaz atas perkongsian, menaikkan semangat utk cemerlang demi Islam tercinta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: