Diantara Syariat Islam dan hukum hudud

Penegakkan Syariat Islam yang jauh lebih luas dan menyeluruh tidak perlu menunggu atau berbicara mengenai Hudud secara terpencil. (Foto Hiasan).

Semasa saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering dimusim sejuk mula berbunga lebat berwarna unggu hampir disetiap jalan di University, disebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gelana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba (just around the corner, kata mereka). Begitu juga di Malaysia, disetiap penghujung 4 tahun apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ketengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihanraya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respon para pengundi dibandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam. Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimangan realiti. Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar diseluruh negara. Adapun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Pokok Jacaranda yang sangat cantik dengan bunganya berwarna ungu di musim bunga (September). Tapi ia menandakan peperiksaan akhir Semester ke 2 setiap tahun bagi pelajar-pelajar di Australia dan New Zealand (Hemisper Selatan).

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan Al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah RasulNya, Muhammad saw, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan Dakwah Islam kenegara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam. Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun. Sebab itu Al-Quran yang mempunyai lebih 6000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”. Dari sekitar 500 syat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-siu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Adapun hukuman yang digelar “hudud”, ia adalah 7 hukuman yang telah ditentukan Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan disini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang Tujuh itu adalah seperti sekitar 5% dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya. Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1bunuh,2 zina, 3menuduh zina/qazaf, 4curi, 5minum arak, 6samun/qat’ tariq, 7bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, didalam English bermakna “already defined”.

Islam yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya kepada umat manusia adalah Syariat Islam yang bersifat membangun, iaitu aspek rohani (akidah dan akhlak) dan material (kekayaan dan pembangunan). Ia sama seperti Engineering bersifat membangunkan walaupun jika sebuah bangunan telah usang dan rosak teruk Engineering akan mengambil keputusan untuk meruntuhkannya (demolition), tetapi demolition bukanlah segala-galanya dalam ilmu dan dunia Engineering, sebaliknya ia adalah sebahagian kecil darinya. Hudud, seperti demolition, hanya sebahagian kecil dari Syariat Islam. Kerajaan adalah dituntut untuk melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhannya meliputi berbagai bidang kehidupan rakyat, ditunjukkan dalam peraturan dan perjalanan harian negara, dan bukan sekadar berbicara kosong mengenai hudud.

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% dari ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% dari Undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka disegi matematiknya Hudud hanya 5%x5%=0.25% dari keseluruhan Ajaran dan Syariat Islam sebenarnya. Ia bukan segala-galanya maupun juzuk besar dari ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan Rumahtangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman). Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai berbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Konsert Sunburst di KL pada tahun 2009.

Konsert Sunburst di KL 2009. Membenteras kerosakan akhlak di premis-premis awam tidak ada kaitan dengan undang-undang hudud, tetapi ia adalah sebahagian dari Syariat Islam yang bertujuan memupuk akhlak mulia dan terpuji, serta menutup pintu musuh-musuh Islam untuk merosak dan megalahkan Umat Islam. Ia boleh dan mesti dilaksanakan sekarang, serta merta tanpa perlu berbicara tentang hudud. Kenapa ia tidak dibenteras, bahkan semakin subur atau disuburkan ? Adakah ibu bapa Islam suka anak-anak mereka jadi sebegini ? Kalau tidak suka, kebenaran program sedemikian adalah agenda umat di negara ini atau agenda pihak asing ?

Ringkasnya, apa yang kita sebagai rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakkan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya disiaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat dari belenggu Budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan dirantau, menguatkan kesatuan umat dan membenteras perpecahan, menguatkan hubungan diantara negara-negara Islam, menyebarkan ruh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membenteras rasuah, membenteas pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan Al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan perlaksanaan Undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu Hudud menjelang Pilihanraya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun diantara dua musim pilihanraya media massa merosakkan umat dengan memaparkan Budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ketahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta  wang dan kekayaan negara. Semangat ruh jihad dikalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih didalam keadaan yang minimum. Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinasikan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitu فلا تقوم الدولة الإسلامية إلا على أساس الدعوة ، حتى تكون دولة رسالة لا تشكيل إدارة ، ولا حكومة مادة جامدة صماء لا روح فيها , كما لا تقوم الدعوة إلا في حماية تحفظها وتنشرها وتبلغها وتقويها   bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan diatas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam keseluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai ruh. Seperti mana juga Dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan didalam satu perlindungan (iaitu Negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)”.

Sepatutnya Syariat Islam ditegakkan disetiap bidang pembangunan didalam negara, diaspek akhlak dan teknologi, dan bukan sebaliknya dimana hudud menjadi ulam-ulam bicara menjelang Pilihanraya.

Para muslimat Melayu yang sepatutnya menjadi pewaris perjuangan Khadijah bt Khuwailid ra, Aisyah bt Abu Bakar ra dan Fatimah Az-Zahra’ sedang berkempen pilihanraya menayangkan punggung kearah pihak lawan tanda “liwat”. Umat telah hilang pedoman, jatidiri dan identiti sebagai pejuang Risalah Islam kepada sekelian manusia seluruh dunia.

Pilihanraya : Tsen Thau Lin lawan Ansari Abdullah, seorang peguam Melayu Islam. Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang wakil rakyat yang mati terbunuh kemalangan, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) . Apabila PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, seorang Kristian, memerintah Sabah 1985 – 1994, semasa saya belajar di Mesir, wang sewa Rumah Sabah di Kaherah untuk asrama pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar di Sabah ditamatkan.

Lee Kuan Yiew, pengasas negara Singapura yang diambil dari sebahagian tanahair Islam, Semenanjung Tanah Melayu, Malaya. Projek Singapura oleh Penjajah British di tengah-tengah Rantau Melayu Islam adalah sama dengan projek Israel di tengah-tengah Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai perancangan orang.

Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar. Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati. Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri. Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Jika yang dikehendakki dengan Wataniah (Patriotik) ialah menguatkan ikatan diantara individu-individu dalam sesebuaah negara, membimbing meeka menggunakan kekuatan ini untuk kepentingan mereka, maka kita bersetuju dengan mereka tentang petriotik seperti itu. Adapunjika yang dikehendaakki dengan Patriotik itu adalah memecahbelahkan umat kepada puak-puak yang saling bercakaran, saling melemparkan kutukan dan tohmahan, merancang jahat terhadap satu sama lain, berkumpul mendokong manhaj yang digubal oleh hawa nafsu, tujuan dan kepentingan dunia semata-mata, sedang musuh mengambil peluang semua diatas untuk mencapai strateginya, menambahkan lagi minyak kedalam api, memecahbelahkaan umat dalam kebenaran dan menghimpunkan mereka dalam kebatilan, menghalang mereka dari berhubung dan bekerjasama sesama mereka, menjadi tembok penghalang dari berlaku hubungan tersebut .. maka itu adalah patriotik palsu yang tiada kebaikan pada pejuangnya maupun pada masyarakat. [Hasan Al-Banna]

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai Hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan. Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam didalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu dari masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku. Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan dari cuba meyakinkan dengan perkataan.

Artikel-artikel berkaitan :

Pulau Batu Putih : Ku Tangisi Perpisahan Ini (artikel paling awal ditulis sebaik pengumuman oleh Mahkamah Antarabangsa, ICJ)

Tanjong Pagar : Tanahair Islam

Kedaulatan Malaysia keatas Tanjong Pagar

Hadith Ifk (kisah fitnah Aisyah ra) petunjuk bagi umat Islam dalam isu skandal seks

Hakim benarkan Kristian guna perkataan “Allah”

Isu Kartika dan Syariat Islam

Politik Perak : Kemelut berjuang tanpa Manhaj

Peranan ulamak di Malaysia dalam isu tuduh Anwar liwat

Setelah 62 tahun akhirnya RTM izin pakai tudung

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

11 Respons

  1. Salam,

    Sy cuba memahami rencana Ustaz tanpa prejudis. Sy setuju Hudud memang bukan segala2nya dalam mentadbir umat. Syari’at itu sgt luas ruang-lingkupnya.Ada perkara yg perlu diutamakan melebihi perkara lain dalam satu2 masa. Cuma saya tak pasti bila boleh kita tegakkan hudud? apakah kita nak tunggu akhlaq ummah menjadi baik, semua org Islam sudah solat 5 waktu berjemaah dan semua dah tutup aurat baru kita boleh tegakkan hukum?

    walaupun hudud itu dikatakan hanya 0.25% dari keseluruhan syariat Islam ttp perlaksaannya dapat membantu syari’at tertegak. contohnya jika hukum sebat dan rejam dilaksanakan bagi kes zina maka tentunya hukum takzir akan juga boleh ditegakkan bagi menjaga/menghalang perlakuan zina, umpamanya boleh ditakzir pelakuan berdua2an Ielaki/wanita bukan mahram) di taman, saman wanita yg dedah aurat mebihi had tertentu misalnya.

    Tugas ummat sebagai khalifat ialah memastikan hukum Allah s.w.t dilaksanakan. Jika pemimpin ikhlas untuk tegakkan hukum, urusan menegakkan syari’at yg lain akan dibantu oleh Allah s.w.t. insyaAllah Untuk berdakwah kpd jiran2 sekarang ini bukanlah perkara mudah. ma lah untuk kenal mengenali sesama jiran pun payah kerana umat Islam kini ramai yg tinggakan rumah seharian dan masa dirumah amat terhad. Malah ada yg bergaduh jika jiran cuba menasehati anak mereka, apalagi untuk masuk campur urusan akhlaq tak baik.Allahuaklam.

    • Wsm ww. Saya bahagikan tulisan Puan sendiri kepada Syariat Islam dan hudud, moga membantu :

      SYARIAT ISLAM : hukum takzir akan juga boleh ditegakkan bagi menjaga/menghalang perlakuan zina, umpamanya boleh ditakzir pelakuan berdua2an Ielaki/wanita bukan mahram) di taman, saman wanita yg dedah aurat mebihi had tertentu misalnya.
      Tugas ummat sebagai khalifat ialah memastikan hukum Allah s.w.t dilaksanakan. Jika pemimpin ikhlas untuk tegakkan hukum, urusan menegakkan syari’at yg lain akan dibantu oleh Allah s.w.t. insyaAllah Untuk berdakwah kpd jiran2 sekarang ini bukanlah perkara mudah. ma lah untuk kenal mengenali sesama jiran pun payah kerana umat Islam kini ramai yg tinggakan rumah seharian dan masa dirumah amat terhad. Malah ada yg bergaduh jika jiran cuba menasehati anak mereka, apalagi untuk masuk campur urusan akhlaq tak baik.

      HUDUD : hukum sebat dan rejam dilaksanakan bagi kes zina

      Pada para Pendakwah, kesemua Syariat Islam mesti diperjuangkan untuk ditegakkan di seluruh bumi Allah ini. Hudud adalah sebahagian dari Syariat Islam.

      Jzkk.

    • SAya bersetuju dgn pandagan latifah seratus peratus

  2. Assalamu’alaykum, ustaz. Dari sumber mana ustaz mengambil quote Ustaz Hasan al-Banna tu ye? Boleh ustaz berikan? Nanti boleh rujuk sumber kata-kata tersebut dengan lebih menyeluruh lagi.

    Jzkk.

  3. Ustaz belajar di UQ ambik course apa?

  4. yg nak pastikan syariat , hudud dilaksanakan dalam sesebuah negara ialah pemimpin negara, jika pemimpin sekarang tak nak buat hudud dan syariat Islam yg lain…maka mereka perlu diganti/ditukar..sebab yg menentukan perkara itu dilaksanakan adalh depa ni..nak tukar depa kena melalui proses pilihanraya…maka tak boleh pilih depa ni dlm pilihnraya….kita tak ada kuasa nak laksanakan itu dan ini…betul kita kena dakwah tapi setakat mana kesan dakwah kita…pemimpin juga kena dakwah…udah pemimpin sekarang tak nak berdakwah…kita kena tukar la depa ni…baru senang kerje pendakwah yg dok ada skang ni…

  5. Baik pemimpin maka baik lah rakyat buruk rakyat maka buruk lah pemimpin nya,kalau tak ada hudud makin buruk lah keseluruhan nya

  6. […] salah sebuah posting saya yang lalu, “Di antara Syariat Islam dan hukum Hudud“, apabila isu “Hudud” dan juga isu “Amanat Hadi” dikemukakan kepada masyarakat di […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: