Tahniah Graduan 2011 Universiti Al-Azhar

Graduan 2011 Universiti Al-Azhar dari kalangan ahli-ahli Ikatan Muslimin (ISMA-Mesir)

Beberapa hari lalu, majlis Konvokesyen Graduan Universiti Al-Azhar diadakan bagi mahasiswa/i Malaysia. Kita mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang menerima ijazah masing-masing. Moga mereka bersyukur atas salah satu nikmat Allah swt ini dan menjadikan kejayaan ini satu amanah dari Allah untuk menyebarkan Dakwah di bumi Malaysai khususnya dan keserata dunia amnya. Kita engambil kesempatan di sini untuk memberi sedikit nasihat, mudah-mudahan ada menfaatnya :

Saya berdiri tengah berkaca mata, bersama teman-teman Malaysia di Universiti Al-Azhar dalam kapal laut pada tahun 1991 menunaikan ibadah Haji yang pertama. Kapa laut 

Saya (kanan) ketika menterjemah ceramah yang sedang disampaikan oleh Prof Dr Hisyam Saqr di UKM, Bangi. Beliau adalah salah seorang pimpinan kawasan dan murabbi yang baik di Mesir.

  1. Ijazah Pengajian Islam ini adalah anak tangga pertama dan kunci kepada pintu ilmu pengetahuan dan Dakwah yang jauh lebih luas yang menanti di hadapan. Dengan ilmu-ilmu asas yang telah dipelajari dan Bahasa Arab yang dikuasai, hendaklah kita terus menerus membaca kitab-kitab dan artikel-artkel Islam dari masa kesemasa untuk meningkatkan lagi ilmu dan kefahaman. Ini adalah kerana, penggalian ilmu sangat bergantung kepada kematangan seseorang, dan kematangan pula tidak statik, bahkan sentiasa meningkat dari hari kesehari, tahun demi tahun.
  2. Jadilah pencarian ilmu dan Dakwah sebagai salah satu sempadan dalam perjalanan hidup kita, bukan penerimaan ijazah itu sebagai penentu sempadan tersebut. Dengan kata lain, keputuan kalian untuk kembali ke Tanahair selepas ini bukan bergantung kepada isegulung ijzah yang diperolehi, akan tetapi seharus nya ia bergantung kepada cukup atau tidak asas-asas Ilmu dan pengalaman Dakwah diperolehi di Mesir. Dari pengalaman saya di Mesir, tempoh 4 tahun di sana adalah amat singkat untuk pencarian ilmu dan dakwah yang terlalu banyak bak lautan, sedia untuk diceduk oleh sesiapa sahaja yang ikhlas dan bersungguh. Sebaiknya, seorang yang berpotensi baik didalam Dakwah harus tinggal menggali mutiara-mutiara berkenaan selama sekurang-kurangnya 7 – 8 tahun. (Saya disana selama 8 tahun).
  3. Objektif kita dalah untuk menghasilkan para mujtahid dalam Dakwah, bukan menghasilkan graduan dalam pengajian semata-mata. Mujtahid dalam Dakwah ini adalah seorang yang dengan ilmu dan pengalamannya yang panjang dan luas, dapat membina Dakwah dimana sahaj dia berada, di kota atau didesa, walaupun dia bermula bersendirian, dapat melihat, menilai isu-isu semasa dengan kacamata Dakwah, pengambil pendirian yang jelas dan tepat dan seterusnya membina individu dan masyarakat disekelilingnya dengan fikrah dan ideologi yang dihayatinya selama dia pernah ditarbiyah. Sebaliknya orang yang belum sampai ke tahap mujtahid di dalam Dakwah, adalah pendakwah yang bergantung kepada ilmu, pengalaman dan pendirian orang-orang lain yang cuba dipercayainya. Kedua-dua mereka dijanjikan ALlah pahala dan balasan baik di Akhirat, namun Dakwah di Malaysia hari ini kekeringan dan memerlukan para mujtahid Dakwah yang ramai bilangannya yang boleh berada dan berperanan cemerlang disetiap cawangan dan syukbah. “Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam menkaji dalil-dalil hukum cabang (fekah), hendaklah mengikut salah seorang dari Imam-imam Mazhab. Ketika mengikut seperti ini elok kiranya dia berusaha sedaya mungkin untuk mengetahui dalil-dalil (yang digunakan oleh) Imam tersebut dan dia (bersedia) menerima apa sahaja bimbingan (dari mazhabnya atau mazhab yaang lain) yang disertai dengan dalil bila dia melihat benarnya dan kelayakan orang yang membimbingnya. Dan hendaklah dia menyempurnakan apa yang kurang disegi ilmunya sekiranya dia adalah dari golongan ahli Agama sehingga dia mencapai tahap pakar” [Imam Hasan Al-Banna]
  4. Generasi belia hari ini, khususnya graduan Pengajian Islam dan bahasa Arab, sebaiknya menamatkan pengajian mereka ke tahap yang paling tinggi. Ini adalah kerana tuntutan masyarakat dan cabaran hari ini menuntut sedemikian. Walaupun sijil tidak mencerminkan keabsahan seseorang didalam organisasi Dakwah kerana ia lebih bergantung kepada keperibadian dan ciri-ciri Fard Muslim (Individu Muslim) dan Bait Muslim (Keluarga Islam)nya, akan tetapi realiti masyarakat yang kurang mengerti yang terdorong oleh keadaan semasa lebih melihat sijil sebagai salah satu kayu ukur yang terpenting. Dalam hal ini Dakwah mesti merai realiti seperti ini.
  5. Dari pengalaman singkat dalam dunai Pengajian Islam dan Bahasa Arab, tahap Bahasa Arab pada diri seseorang, lebih-lebih lagi pada seseorang Melayu adalah lemah dan berbeza jauh dari seorang keseorang. Umum boleh melihat, ada graduan yang boleh berucap dikhalayak ramai dengan Bahasa Arab, ada yang hanya boleh menterjemah sesuatu ucapan dalam Bahasa Arab, ada yang hanya boleh bertutur tetapi tidak boleh berceramah dengan bahasa tersebut dan ada graduan Timur Tengah yang tidak boleh bertutur dengan baik. Ini adalah kerana pegajian di tahap Ijazah Pertama banyak menggunakan teknik hafazan bahan dan menulis nya semula dalam kertas jawapan peperiksaan hasil dari ingatan, bukan menulis sesuatu yang baru dari gaya penulisan sendiri hasil dari kefahaman. Oleh itu tahap Bahasa Arab pada seseorang graduan Ijazah Pertama adalah masih lagi terhad. Ini terkecuali bagi mereka yang memang pintar, aau yang telah membiasakan dirinya bergaul dan berucap dengan orang-orang Arab terpelajar atau yang embuat usaha dan bacaan luar tambahan disepenjang pengajiannya. Hal ini jarang ditemui dikalangan pelajar Melayu melainkan segelintir. Oleh itu pada saya, menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi seperti Masters dan Ph.D di Timur Tengah yang akan melibatkan penulisan Bath (thesis), pembacaan yang banyak dan pergaulan yang lebih kerap dengan pensyarah dan teman akan sangat membantu mencapai tahap Bahasa Arab yang lebih tinggi pada diri sendiri. Ini sangat bermenfaat bahkan sangat penting untuk kerja-kerja Dakwah dimasa akan datang di Malaysia. Ini adalah kerana kebanyakan pengalaman dan bahan DTarbiyah dan Dakwah diperolehi dari buku-buku dan kejadian-kejadian di Timur Tengah yang terus menerus bergolak dan bertarung. Pengalaman dan pendirian mereka, yang boleh dikongsi bersama melalui penulisan di internet dan buku terkini, juga dari pertemuan dan perbincangan dengan tokoh-tokoh adalah bekalan Dakwah yang tidak ada tolok bandingnya dalam hidup dan perjuangan ini.

Us Qamarulnaim Faizal antara Graduan 2011. Bersama beliau, isterinya, anak saya yang kedua Khairah Abdul Halim (Graduan 2010), kini dipengajian peringkat Masters.

Us Qamarulnaim bertemu Saiful Islam bin Hasan Al-Banna di Kaherah, Mesir. Nasihat saya kepada para Graduan Universiti Al-Azhar adalah jangan jadikan Ijazah Pertama anda sebagai sempadan hidup anda di Mesir, lalu tergesa-gesa pulang ke Tanahair tanpa bekalan yang mencukupi. Jadikan Tarbiyah dan Dakwah sebagai sempadan yang lebih sahih. Peluang tidak berulang. Cabaran dan dugaan di Tanahair mungkin lebih besar dari bekalan kecil yang anda miliki dalam tenpoh 4-tahun yang singkat itu. Sebaliknya jadikan Ijazah Pertama itu sebagai anak kunci kepada pintu gedung besar di bumi andiyak, Mesir, yang mempunyai banyak ilmu dan pengalaman yang sedia untuk digali dan dijadikan bekalan Dakwah dan diri.

Didalam nasihat kita kepada graduan Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mesir diatas, dapat disimpulkan juga nasihat kepada kepada graduan atau bakal graduan Perubatan di Mesir iaitu :

  1. Guna sebaiknya kehidupan anda di Mesir untuk mendalami Bahasa Arab ditahap tinggi dan baik, dan bukan sekadar boleh berbicara “ala kampung” dengan pesakit di hospital atau peniaga di kedai semata-mata. Jika sekiranya anda seorang yang pintar maka bolehlah mempealjari Bahasa Arab ketika anda disepanjang pengajian di kuliah perubatan. Jika kemampuan anda terbatas dan tidak mampu mempelajari dua bidang dalam satu masa, maka tanamlah niat dan azam dari sekarang untuk mendalami Bahasa Arab dan ilmu-ilmu asas Islam sebaik anda tamat pengajian perubatan anda, tanpa menjadikan ijazah tersebut sebagai sempadan hidup anda untuk tamat di Mesir dan pulang ke Malaysia serta merta.
  2. Seperti graduan-graduan perubatan yang lain, mereka tidak perlu khuatir peluang penjawatan sebagai pegawai perubatan di Malaysia kerana jawatan tersebut diantara yang paling terjamin berbanding dengan graduan-graduan dibidang yang lain. Oleh itu tidak perlu gopoh untuk segera pulang ke Tanahair. Peluang-peluang di Mesir tidak berulang kembali setelah anda kembali ke tanahair dan bergelumang dengan kehidupan rakyat awam di sini. Jika da yang berhujah dengan masa dan kebolehan yang tidak dapat dimenfaatkan oleh rakyat seanjang kita di luar negara, jawapannya begitu jugalah disepanjang pengajian perubatan, pengajian Islam atau apa sahaja, masyarakat bertahan beberapa tahun tidak mendapat menfaat dari tenaga kalian kerana masih belajar, namun mereka akan mendapat menfaat yang lebih dari kesabaran mereka apabila kalian pulang dengan kualiti diri yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Kita mahukan insan yang bukan sahaja tahu atau pakar dalam akademik, akan tetapi kita mahukan mereka yang boleh menjadi contoh hidup Al-Quran ditengah-tengah masyarakat, mampu memimpin dan membimbing mereka keluar dari kemelut penyakit sosial dan akidah yang parah pada hari ini sedang musuh-musuh mereka semakin hari semakin eningkatkan kekuatan dan tindakan untuk menguasai medan dan kedudukan.

Bersama Prof Dr Abdul Mun’im Al-Birry, Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan pintu gerbang Universiti Al-Azhar. Mesir banyak mengajar saya erti hidup dan perjuangan ini. “Aku menasihati kamu agar berbuat baik terhadap orang-orang Mesir. Kerana mereka sentiasa dalam Ar-Ribat (bersiap siaga) hingga ke Hari Kiamat” (Hadis).

Moga ALlah swt menerima setiap niat dan usaha para penuntut ilmu kita didalam dan di luar negara, menjadikan mereka generasi harapan umat dan negara dihari muka dan pembawa panji-panji RIsalah ini dengan lebih baik dari generasi sebelum mereka. Ameen. “Itulah umat (yang telah lalu), bagi mereka apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu apa yang kamu (sendiri) usahakan. Dan kamu tidak akan dipersoalkan tentang apa yang telah mereka (yang terdahulu) usahakan” (Al-Quran).

Artikel-artikel berkaitan :

Mencari Pendakwah yang hakiki

Mencari Ulamak Dakwah yang hakiki

Mencari Doktor Dakwah yang hakiki

Di antara Aliran Agama dan Aliran Sains

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

4 Respons

  1. syukran Ustaz

  2. Salam ust..ana insyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke mesir tahun depan. Tertarik dengan post ust. Cuma ana nak tau apa gambaran & persediaan ust sebelum ke Mesir?

    • Wsm ww. Persediaan material ialah wang perbelanjaan yang cukup. Jika bujang, untuk menjimatkan, boleh mohon tinggal di asrama negeri atau Asrama Malaysia. Persediaan mental, ialah betulkan niat, kuatkan azam, dan ketahui bahawa disegi pemandangan, sistem negara, Malaysia lebih tersusun dan cantik, akan tetapi disegi sejarah, kuat berpegang dengan Islam banyak terdapat pada ulamak, individu-individu yang kita mesti cari dan kenali. Disegi sistem, negara Mesir telah banyak dirosakkan oleh pemerintahan diktator Nasir, Sadat dan Mubarak puluan tahun lamanya. Setelah Revolusi baru-baru ini rakyat cuba utk memulakan era baru, walaupun begitu perjalanan embaiki apa yang telah rosak akan memakan masa yang tidak pendek. Cuba sertai aktiviti-aktiviti persatuan Ikatan Muslimin Malaysia di Mesir (ISMA-Mesir), dengan harapan kita akan dapt banyak faedah dari masa kita di sana, tidak terhad kepada pelajaran semata-mata, seperti yang saya tulis dalam artikel ini. Tkasih. Us Halim.

  3. gud posting ustadz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: