Pada hari Sabtu 22.10.2011 pukul 2pm ini, satu perhimpunan yang dinamakan HIMPUN 1-juta Umat akan diadakan bertema “Selamatkan Akidah Umat”. Semua dijemput hadir.
Umat Islam di Malaysia dituntut bangun menentang dan membenteras usaha daiyah Kristianisasi yang rancak dirancang, berlaku dan berjaya dilakukan di tanahair Islam, Malaysia, menyalahi Islam sebagai Agama Persekutuan. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidah (bercakap) dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia ubah dengan hati (rasa tidak setuju tanpa berbuat apa-apa yang nampak). Itu (merubah dengan hati) adalah Iman yang paling lemah” (Hadis).
Segelintir orang akan berkata tidak perlu berhimpun, bahkan memadai dengan usaha dakwah digiatkan untuk berdepan dengan daiyah gerakan Kristianisasi. Pandangan ini tidak boleh diterima samada disegi realiti, undang-undang maupun logik akal.
Kita mengetahui bahawa tidak ada paksaan dalam memasuki atau memeluk Agama Islam. Ini disebut oleh Allah swt didalam Al-Quran. Akan tetapi ia adalah berkaitan dengan hati dan akidah yang tidak boleh dipaksa-paksa. Ia mesti dilakukan dengan dakwah dan cara-cara penuh hikmah. Firman ALlah swt bermaksud, “Tiada paksaan dalam (menganut) agama Islam” (Al-Quran). Akan tetapi Islam mewajibkan umat untuk diperintah dibawah Sistem Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan jadilah semua agama (sistem dan undang-undang) menjadi milik Allah (Sistem Islam)” (Al-Quran). Diantara Sistem Islam ialah ia mencegah seseorang yang telah memasuki Islam untuk murtad, keluar dari agama Allah dan menjanjikan seberat-berat hukuman didunia dan Akhirat. Oleh itu sebarang usaha kearah memurtadkan orang Islam merupakan satu jenayah berat dan harus dikenakan hukuman yang berat.
Sebagai sebuah negara yang Islam adalah Agama Persekutuan atau Agama Negara, maka Malaysia adalah salah sebuah negara yang menganut agama Islam, ia hendaklah mengaktakan Murtad sebagai satu jenayah dan mereka yang berusaha memurtadkan orang Islam juga dianggap satu jenayah yang berat. Oleh itu HIMPUN bukan sahaja boleh menanam kesedaran dan keyakinan diri kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak duduk diam terhada pendakyah-pendakyah, pertubuhan-pertubuhan yang menyusun mereka dan Negara-negara Luar yang mendokong mereka, bahkan ia juga boleh memberi dorongan kepada pemimpin dan wakil-wakil rakyat umat Islam agar bersuara di DUN dan Parlimen seterusnya melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan dakyah Kristianisasi, samada dengan menggerakkan agensi-agensi kerajaan dibawahnya, mendorong pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan maupun menggubal akta-akta yang boleh melindungi orang-orang Islam dari serangan yang halus dan kuat tersebut.
Moga ALlah swt memelihara umat Islam dari akidah yang sesat lagi menyesatkan, menjadikan Umat Islam sebagai umat contoh kepada semua agama dan negara lain. Ameen.
Artikel-artikel Berkaitan :
DAP tentang Negara Islam, pejuangkan Negara Kristian
DAP tuduh pertubuhan JIM sebagai “pelampau agama”
Kenyataan murtad oleh Aisyah Bukhari
Koleksi berita-berita Kristianisasi di Malaysia
Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com
.
.
.
Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.
Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.
”Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.
”Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,” katanya.
Himpun diteruskan tanpa Pas
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Okt. – Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.
Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.
Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.
”Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.
”Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini bagi mengulas keputusan Pas untuk tidak terlibat di dalam program Himpun Sabtu ini.
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya telah dimaklumkan bahawa program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
Mengulas lanjut Azmi berkata, di dalam perhimpunan itu pihaknya mahu menyampaikan mesej bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.
Satu lagi mesej jelas beliau, ialah mengenai penegasan berhubung larangan menyebarkan dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam yang sepatutnya dihormati dan tidak dicabar.
”Melalui perhimpunan ini kita juga mahu menyampaikan mesej supaya semangat perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama perlu dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, keengganan Pas menyertai perhimpunan itu membuktikan parti tersebut berkiblatkan kuasa semata-mata.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai talam dua muka, beliau turut mendesak Pas supaya membuat pertimbangan untuk kembali ke pangkal jalan semula dengan menyertai perhimpunan ini.
“Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.
“Kenapa Pas menggadai prinsip asas agama ini? Adakah mereka (Pas) melihat kuasa politik itu lebih besar daripada perjuangan mendaulatkan agama? Adakah menjaga hati rakan-rakan pembangkangnya lagi penting?” soalnya.
Tambah Ahmad Zaki, sepatutnya Pas dengan imej Islamnya berada di barisan paling hadapan bagi menangkis gejala murtad dan bukannya bertindak mengecewakan masyarakat Islam kerana enggan terlibat.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yakin perhimpunan itu akan menerbitkan nilai-nilai positif di kalangan penganut agama lain terhadap Islam.
”Melalui perhimpunan ini kita akan mengingatkan mereka supaya menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya bertindak mencetuskan ketegangan agama,” katanya lagi.
(The Malaysian Insider) – Datuk Seri Dr Chua Soi Lek wants Saturday’s rally against “Christians challenging the sovereignty of Islam” called off to avoid racial tension.
Various Muslim organisations are set to gather for the event at Selangor’s Shah Alam Stadium.
Observers fear the event may raise religious tension already intensified in recent months by allegations of proselytising by Christians.
“Whether it should go on or not, I think the police would know what to do, but personally I feel that there should not be any public rally,” said Dr Chua.
“We should reduce any form of religious activity that would contribute to suspicion among all races in the country.”
Christian leaders here have labelled Himpun’s fight against proselytisation “irrelevant” and cautioned the group against provoking religious tension by going ahead with the rally.
The leaders have reminded rally organisers that their actions could incite animosity between both religious communities, force Muslims and Christians further apart and hamper any effort by the government and religious leaders to promote understanding and harmony.
“I think it is very unnecessary because to a very large extent, everyone knows there is no concrete proof of proselytisation,” National Evangelical Christian Fellowship (NECF) chairman Rev Dr Eu Hong Seng (picture) told The Malaysian Insider.
Eu pointed out the Selangor Sultan had already decreed recently there was insufficient evidence of proselytisation in the controversy surrounding the raid on the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) on August 3.
Himpun or Himpunan Sejuta Umat (Gathering of a Million Faithful), which claims to have the backing of some 2,000 NGOs representing over four million Muslims nationwide, was mooted after the incident and aims to protest against Christians “challenging the sovereignty” of Islam.
The rally, to take place at the Shah Alam stadium, appears to have earned the support of thousands, including PAS Youth and Umno Youth members, and looks set to turn into a massive coming together of conservative Muslims in the country.
Filed under: Uncategorized |
Pada saya yg merosakkan Islam adalah orang Melayu Islam sendiri. Sistem keluarga sudah hancur. Kes penceraian semakin miningkat. Orang islam dah tak jaga masyarakat Islam.
So lepas perhimpunan ini umat Islam Malaysia dapat apa ? Rasuah, fitnah, tak solat, zina, penagihan dadah, perempuan melayu ikut gagak Nigeria edar dadah akan selesai ? Yang pasti makanan segera yang kotor dan beracun tetap menjadi santapan umat Islam Malaysia. Mana dia boikot Israel ?
Tindakan Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail menghentam PAS membuktikan PPIM tak ikhlas berjuang untuk Islam. Menghentam orang lain dari belakang = fitnah. Malang sekali Pesatuan Pengguna Islam tak faham Islam.
orang Islam ramai murtad sebab tiada hukuman untuk org Islam yg murtad. siapa yg menyebabkan hukuman tu tiada? siapa…siapa..siapa kalau bukan kerajaan…dlm hal ni kerajaan yg salah..maka kerajaan perlu ditukar….