Budak 2 tahun di China dilanggar dan dibiar orang ramai

Berita gempar beberapa minggu lalu ialah mengenai seorang budak perempuan berumur 2 tahun dilanggar sebuah lori dan sebuah lori lagi dikawasan orang ramai sedang mereka tidak mengendahkannya yang masih hidup dalam keadaan badan yang separuh hancur. Disaat posting ini ditulis dua hari selepas kejadian, budak yang cedera parah dan tenat itu disahkan mati otak. Ini bermakna harapannya untuk terus hidup adalah tipis.

Barat dan masyarakat antarabangsa kini maklum bahawa negara China sedang pesat membangun dibidang material. Kini China hampir menguasai semua pengeluaran barangan dunia teknologi rendah dan sederhana, dan sedang berusaha keras memonopoli barang teknologi tinggi pula. Bilangan rakyatnya yang sangat ramai (1.6 bilion), tenaga buruhnya yang murah dan hasil bumi di dalam negara dan negara berhampiran yang melimpah ruah serta ketegasan pemerintahnya menjadikan impian-impian diatas dijauh untuk dicapai. Melalui pengaruh Amerika, Barat cuba menyekat kemaraan ekonomi China ini. Dalam Konvensyen Alam Sekitar Sedunia yang lalu, Amerika menekan China mengurangkan industrinya dengan alasan suhu dunia semakin meningkat dan banyak negara berpulau seperti Maldives telah tenggelam dan kehilangan mukabumi. Perdana Menteri Maldives mengalu-alukan saranan tersebut. Namun semua anggota persidangan sedia maklum bahawa industri Amerika adalah penyumbang kepada 75% pencemaran dan peningkatan suhu dunia. China tahu Amerika dan Barat bukan hendak menjaga suhu dunia, akan tetapi mereka hendak terus menjaga kedudukan sebagai kepala dunia dengan menyekat kemaraan ekonomi dan ketenteraan China.

Sebagai negara komunis satu parti dan bercorak diktator, demi mencapai sasaran ekonomi dan politik dunianya, banyak kisah dari China yang saya dengar mengenai keseriusan mereka dalam usaha tersebut. Barah umat iaitu rasuah dikira musuh ketat dalam negara dan membawa hukuman mati dengan tembakan dikepala. Begitu juga mereka yang mengelak dari cukai. Gaji seorang jurutera hanyalah sekitar USD50 (RM150) tetapi disediakan rumah, makanan, pengangkutan, hiburan dan sebagainya. Jika dinegara kita, wang tersebut dikira wang poket bulanan. Dengan ini pegawai dan pekerja lebih mudah dikawal oleh negara dan tidak mudah untuk membuat keputusan sendiri dalam hal pekerjaannya. 

Pendek kata, seperti ideologi komunis yang tidak beriman kepada Tuhan, asas perjalanan dan pertimbangan mereka adalah kebendaan atau meterial semata-mata. Ia mungkin nampak hebat disudut industri, akan tetapi sistem bukan-Islam seperti diatas dan sistem-sistem lain yang tidak berlandaskan wahyu Ilahi akan berakhir dengan kegagalan yang pasti.

Peristiwa budak wanita berumur 2 tahun yang malang tersebut, yang disaksikan oleh dunia, adalah salah satu kemuncak tanda hilangnya “kemanusiaan” pada umat China. Setelah segala usaha dan langkah diambil, umat manusia China sedikit demi sedikit beralih kearah menjadi bahan kilang, sama seperti barangan kilang yang mereka hasil dan pasarkan ke seluruh dunia. Tiada lagi jiwa dan perasaan, apatah lagi kemampuan untuk memimpin bani insan yang dibentuk dengan jasad, ruh, jiwa dan akal.

Dr Jum’ah Amin menyebut dalam Manhaj Taghyir (jalan merubah umat dan negara) bahawa Allah swt menganggap para Sahabat ra sebagai umat yang terbaik dalam firmanNya bermaksud, “Kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada makruf. Kamu mencegar munkar. Kamu beriman kepada Allah …” (Al-Quran), sedang mereka hidup sederhana dan miskin, ramai yang hanya menggembala kambing, berkaki ayam, hidup dikelilingi gurun yang kering kontang tanpa tumbuhan. Dari sini difahami bahawa Dakwah Islam terlebih dahulu tugasnya adalah membina insan atau rijal rabbani, sebelum pembangunan material dan kebendaan. Begitu juga penilaian kita terhadap tokoh, parti atau sesebuah kerajaan adalah berlandaskan neraca Ilahi tersebut, iaitu sejauh mana berjayanya ruh dan jiwa umat ini telah dapat ia usaha dan bangunkan. Neraca Ilahi ini sangat sukar dipegang oleh para Duat, apatah lagi oleh orang ramai, dalam dunia serba material dan mewah pada hari ini. Namun bagi seorang mukmin, neraca yang dibentangkan ALlah swt didalam Al-Quran dan realiti dunia yang dia amati dengan insaf dan ikhlas menjelaskan hakikat diatas.

Membaca kisah budak perempuan China berumur 2 tahun diatas dan melihat video yang menyayat hati tersebut mengingatkan saya kisah yang hampir sama yang berlaku di negara saya sendiri, Malaysia. Ia berlaku kira-kira 4-5 tahun lalu di petang bulan Ramadan sedang saya sekeluarga dalam perjalanan ke rumah emak saya yang menjemput kami berbuka puasa di rumahnya. Di pertengahan jalan seorang pemuda menaiki motosikal dilanggar oleh sebuah kereta lalu jatuh di tengah-tengah jalan. Mereka yang lalu di situ samada berjalan kaki atau berkenderaan tidak bertindak menarik beliau yang terduduk sakit sehingga datang sebuah kereta lagi melanggarnya. Beliau kemudian terbaring berlumuran darah sedang orang ramai hanya memerhatikannya sahaja sehingga kenderaan saya lalu di situ. Saya berhenti dan menegur keras sikap tidak bertanggungjawab mereka dan meminta beliau diangkat kedalam van saya. Kami terus membawanya ke Hospital Besar Seremban. Apabila beliau diangkat ke atas katil dalam keadaan masih memaki topi keledar, saya melihat matanya telah terbeliak seperti seorang yang tidak bernyawa lagi. Pihak hospital mengesahkan beliau telah meninggal dunia. Beberapa minit kemudian ibu bapa nya tiba dihospital sambil berteriak. Saya hanya dapat menggeleng kepala.

Apa yang berlaku di negara-negara kafir, boleh sahaja berlaku di negara-negara umat Islam jika sebab musababnya adalah sama iaitu jauh dari ajaran dan penghayatan Al-Quran. Arus budaya Barat dan penghakisan identiti Islam didalam diri pada zaman ini adalah tidak mengenal sempadan geografi. Para Duat (pendakwah-pendakwah) Islam bukan sahaja dituntut berjuang menegaklan undang-undang Islam didalam negara, tetapi juga menjadi contoh teladan hidup di tengah-tengah masyarakat terhadap akhlak Islam itu sendiri seperti mengambil berat, bantu membantu, proaktif dalam kebajikan dan kebaikan, hidup bermasyarakat dan sebagainya. Lihatlah didalam Al-Quran dan Al-Hadis, kita akan temui banyak nas mengenai kualiti-kualiti diatas.

Moga ALlah swt memelihara umat kita ini dari sikap negatif yang menghakis keperibadian agama mereka, mendorong dan menjayakan usaha kita dalam membentuk individu, keluarga dan masyarakat Islam kearah menegakkan Negara Islam yang hakiki. Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Seorang bapa bertindak mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anak perempuannya demi memenuhi hasrat arwah untuk memberikan organnya kepada mereka yang memerlukan.

Meskipun sedih, namun Azli Mohamed, 47, bersyukur kerana hasrat terakhir Farhah Fakhira, 17, berjaya dimakbulkan.

Menurut Azli, anak gadisnya itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pasir Gudang dekat sini Julai lalu.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu melahirkan hasrat untuk menderma organ awal tahun lalu ketika berbual dengan ibunya, Raja Fauziah Raja Yaacob, 46 tahun.

“Dia ada tanya kepada ibunya macam mana nak derma organ dan isteri saya beritahu salah satunya membabitkan pendermaan organ daripada individu yang mati otak. Anak saya kemudian melahirkan hasrat untuk mendermakan organnya,” katanya semasa berkongsi cerita pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di sini hari ini.

Azli memberitahu, pada Julai lalu anak gadisnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa hari sebelum disahkan doktor sebagai mati otak.

Menurutnya, ketika doktor memaklumkan anaknya itu mati otak, dia teringat kata-kata gadis itu yang ingin mendermakan organ dan dia sekeluarga mengambil keputusan mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anaknya.

Meskipun sedih dengan kehilangan Farhah Fakhira, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap pengorbanan anaknya itu tidak ternilai harganya dalam membantu penerima organ menjalani kehidupan lebih sempurna.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Izam Suleiman berkata, Johor adalah penyumbang utama pendermaan organ sejak awal tahun lalu dengan lima daripada 35 penderma dari negeri itu.

Katanya, dari 1997 hingga September lalu, seramai 33,644 orang mendaftar sebagai penderma organ iaitu yang kedua tertinggi selepas Selangor.

Menurutnya, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai pentingnya menderma organ bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Bapa maut dirempuh kereta

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 17 Okt. – Seorang bapa kepada dua anak maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika kenderaan ditungganginya terjatuh di Jalan Datuk Mohd. Zain, Batu Berendam di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang, Shahrul Hisham Daud, 22, dikatakan baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah pasar raya berhampiran.

Menurut sumber, mangsa ketika itu datang dari arah Taman Merdeka Permai menuju arah Bachang sebelum motosikalnya dikatakan terbabas dan terjatuh di tengah jalan.

“Sebaik sahaja terjatuh, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Norhanisa Nordin, 21, berkata, dia tidak menyangka permintaan untuk menemaninya hingga ke kaunter wang tempat kerjanya itu merupakan permintaan terakhir arwah.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang beria-ia mahu menghantar saya sehingga ke kaunter pembayaran tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya.

“Tidak lama selepas itu, saya terkejut apabila diberitahu dia terlibat dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Hasil perkahwinan pada 2008, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan 18 bulan.

Satu Respons

  1. here is another one. Man Brutally Stabbing Lady To Death In Broad Daylight In China!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: