MSIB 01 : Melayu Sepakat Islam Berdaulat


“Islam Berdaulat” merujuk kepada kedudukan Islam sebagai yang tertinggi disegi pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Saya melihat didalam kitab-kita fekah, kedudukan Islam yang tertinggi sering merujuk kepada firman Allah swt bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir diatas orang-orang beriman” (An-Nisak : 141). Dari nas yang sama para Ulamak tidak membenarkan hakim kafir mengadili orang Islam dikamar mahkamah. Sebahagian Ulamak mengkhususkan larangan tersebut hanya kepada perbicaraan yang berkait dengan hukuman mati. Dari nas yang sama, para Ulamak menegah wanita Islam dikahwini oleh lelaki dari Ahlul Kitab, sedang Syarak membenarkan sebaliknya. Oleh itu apabila kita mengumandangkan slogan Islam Berdaulat ia adalah suatu matlamat murni yang sememangnya dianjurkan oleh Syarak melalui berbagai nas Al-Quran dan Al-Hadis serta ditunjukkan Seerah Perjuangan Rasulullah saw serta jihad dan futuhaat (pembukaan negara-negara baru) yang diperjuangkan oleh para Sahabat selepas ketiadaan Baginda saw dan ramai mereka yang syahid dijalannya. Kedaulatan bertujuan menjadikan Kalimat (resolusi yang berlandaskan kitab) Allah diatas, dan Kalimat Kufur dibawah (Surah Al-Taubah).

Batu penghalang utama dari kesepakatan dalam kepentingan-kepentingan bersama dalam negara adalah pengaruh Kuasa Asing yang memaksa agendanya melalui parti-parti yang berbagai ke dalam sesebuah negara lemah. Tanpa pengaruh asing, kepentingan umat dan negara sendiri dimaklumi oleh kesemua pihak walaupun mereka dari badan-badan yang berbagai. Kepentingan agama, bangsa, tanahair, ekonomi, budaya, ilmu pengetahuan, kesihatan sebenarnya tidak banyak berbeza. Apa yang Kuasa Barat dan Timur paksakan adalah tidak berlakunya perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam yang merupakan rahsia kekuatan dan tamaddun umat Islam itu sendiri.

Dalam banyak perkara, matlamat tidak boleh dicapai melalui sebelah pihak tanpa kesepakatan pihak yang lain. Samada ikhlas, lalu kerjasama akhirnya menjayakan cita-cita untuk mencapai matlamat, walaupun secara bergilir. Atau tidak ikhlas, lalu kerjasama yang diharapkan memberi keuntungan sebelah pihak dengan memijak pihak yang lain. “Dan orang-orang beriman, lelaki dan wanita, mereka menolong antara satu sama lain”(Al-Quran) . “Dan orang-orang kafir, mereka membantu antara satu sama lain. Sekiranya kamu tidak berbuat sedemikian, berlaku huru hara di muka bumi dan kerosakan yang besar” (Al-Quran). Perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam di Malaysia boleh dilaksanakan melalui kesepakatan parti-parti utama umat Islam di Malaysia. Tanpa kesepakatan tersebut, setiap pihak terpaksa meminta kerjasama dari parti-parti kafir yang rata-rata menolak perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam di Semenanjung Tanah Melayu seperti yang pernah dilaksanakan sebelum penjajahan Tentera Salib di Rantau Melayu. Dengan ini, parti-parti kafir adalah diantara penerus agenda Tentera Salib diera selepas Kemerdekaan pada hari ini.

“Melayu Sepakat”, ia bererti umat Melayu yang bersepakat dan bermuafakat dalam perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan bersama, apatah lagi yang berkait dengan mendaulatkan Islam ditanahair. Ia bertitik tolak dari firman Allah swt bermaksud, “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa. Jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Maidah). Lawan kepada “Bersepakat” adalah bertelingkah yang membawa kepada hilangnya kekuatan. FirmanNya bermaksud, “Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah. Sesungguhnya ALlah bersama orang-orang sabar” (Al-Anfaal). Sebenarnya, kesatuan atau kesepakatan dalam perkara kebaikan adalah satu nilai positif yang universal, samada dikalangan orang-orang Islam maupun orang-orang kafir. Dikalangan umat Islam ia adalah jelas. Adapun dikalangan orang kafir, ia juga jelas disebut didalam Hadis Rasulullah saw tentang Half Fudhul yang berlaku di Mekah sebelum perutusan Rasulullah saw dimana kaum kafir Quraisy bersepakat untuk tidak membiarkan, bahkan membantu orang yang dizalimi di Mekah, sekaligus mengubah pepatah mereka yang masyhur turun temurun “Unsur akhaka dzaaliman au mazluman” (Menangkan saudara/puak kamu samada dia zalim atau dizalimi). Kalau begitu kesepakatan umat Melayu dalam mendaulatkan Islam adalah sangat mulia, apatah lagi mereka sendiri rumpun yang beragama Islam dan telah mempertahankan Aqidah ini berhadapan dengan Tentera Salib selama 6 kurun (dari Kurun ke 15 hingga dizaman kemerdekaan di Kurun ke 20). Perpecahan sentiasa mengundang musuh. Oleh kerana itu dakwah kita adalah dakwah menyubur kecintaan dan mencari sebanyak mungkin titik kesepakatan.

Berkuasa tidak semestinya berdaulat. Ramai pemimpin-pemimpin Arab berkuasa terhadap rakyatnya tetapi mereka dan negara tidak berdaulat kerana terpaksa tunduk kepada agenda asing. Ketundukan ini akan terus berterusan sehingga umat bersatu dan mampu menunjukkan mereka boleh memaksa agenda dan kepentingan mereka sendiri.

Tiada guna kekuasaan tanda kedaulatan. Majlis Syura Ikhwan Muslimin memperakui dan mewartakan keputusan Maktab Irsyad (JKP) untuk tidak bertanding jawatan Presiden Mesir dalam Pilihanraya Umum Mesir selepas Revolusi. Sebaliknya, walaupun dianggap dunia, kawan dan lawan,  sebagai satu-satunya organisasi tunggal berpengaruh di Mesir selepas parti kerajaan diharamkan, Ikhwan mengumumkan akan bertanding hanya 40-50% kerusi Parlimen dan bakinya untuk memberi peluang dan mengajak semua parti, badan dan pihak di Mesir, Islam dan Kristian, untuk bersepakat dan berganding bahu membina Kedaulatan negara dalam berdepan dengan ancaman dan pengaruh asing.  Majlis Syura juga bertegas dan memecat bekas pimpinan Ikhwan, Dr Abdul Mun’im Abul Futuh, kerana engkar dan mengumumkan akan bertanding sebagai calon Presiden. Fasa ini adalah fasa membina Kesepakatan, bukan fasa merampas Kekuasaan.

Perkataan “Bersatu” mungkin dilihat ramai orang sebagai berada dibawah satu organisasi dan dibawah satu pimpinan dan AJK. Hal sedemikian jika boleh berlaku adalah satu yang terpuji dan ideal. Namun sebelum mencapai kearahnya, “Kesepakatan” diantara perkumpulan, badan, organisasi dan individu dikalangan umat Islam adalah satu perkara praktikal yang boleh dicapai. Negara-negara Barat seperti Amerika, Britian, Perancis dan lain-lain berbeza disegi organisasi dan kepimpinan, bahkan budaya dan bahasa, adakalanya sengit dalam berbezaan yang menyentuh kepentingan masing-masing, namun mereka dalam banyak hal bersepakat dalam memusuhi Islam dan sebarang usaha dan pencapaian kearah mendaulatkan Islam dalam mana-mana negara didunia. Serangan, kepungan dan pembunuhan beramai-ramai Negara-negara Barat terhadap umat Islam di Bosnia yang terletak ditengah-tengah benua Eropah sepatutnya menjadi iktibar sepanjang zaman. Tragedi tersebut tidak sekali-kali dapat ditebus hanya dengan hukuman terhadap Ratko Mladic dan penangkapan Rodovan Karadzic. Ia hanya boleh ditebus dengan kesatuan umat Islam, penegakkan Khilafah Islam dan Ustaziatul Alam.

Imam Hasan Al-Banna menyebut, “Banyak fikiran orang ramai berbeza-beza dalam 3 aspek ini iaitu Kesatuan Kaum, Kesatuan Arab dan Kesatuan Islam. Ada juga yang menambah satu lagi iaitu Kesatuan Timur (berbanding Kesatuan Umat Barat – pent). Kemudian banyak kata-kata dan idea yang membuat pertimbangan diantara kesatuan-kesatuan tersebut, boleh atau tidak ianya tercapai, sejauh mana menfaat atau mudharat darinya dan berpada dengan sebahagian dari kesatan-kesatuan tersebut sahaja tanpa perlu kepada kesatuan yang lain … Kita tidak berkecuali dari prinsip dan kaedah yang telah kit aletakkan sebagai asas kepada Fikrah kita, iaitu berjalan diatas petunjuk Islam, dibawah ajaran-ajarannya yang tinggi dan suci. Oleh itu apakah pendirian Islam mengenai aspek-aspek ini ?

Pulau Batu Putih (Ku Tangisi Perpisahan Ini), tanahair Islam jatuh ketangan Singapura. Pada Julai 2011 yang lalu, Tanjong Pagar pula jatuh ke pihak yang sama. Kehilangan sebahagian wilayah dari sesebuah negara menunjukkan kelemahan negara tersebut secara umumnya. Kelemahan sesebuah negara boleh diukur dengan kekukuhan dan kesatuan jiwa penduduk didalam negara berkenaan. Begitu juga kekuatan Islam dan umatnya didalam sesebuah negara diukur dengan kekuatan iman dan akidah, kekuatan kesatuan dan ukhuwwah kemudian kekuatan bantuan dan persenjataan.

Pengasas Singapura, Lee Kuan Yiew, berjaya memisahkan tanahair Islam Temasik dari tanah besar Malaya pada tahun 1965. Sejak itu lahir jasad asing Singapura ditengah-tengah Rantau Melayu Islam, seperti Israel ditengah-tengah Rantau Arab Islam.

Sesungguhnya Islam telah memfardhukan satu kefardhuan yang mesti dan tidak boleh lari darinya bahawa setiap insan bekerja untuk kebaikan negaranya, habis-habisan dalam menabur jasa untuknya dan menyumbang sebanyak kebaikan yang dia boleh untuk masyarakat dimana dia hidup ditengah-tengahnya. Dia mendahulukan mereka yang terhampir, kemudian yang terhampir selepas yang terhampir tadi, yang mempunyai hubungan silaturrahim dan jiran tetangga hinggakan Islam tidak mengharuskan wang dan harta Zakat dipindahkan lebih jauh dari Jarak Musafir kecuali dalam keadaan dharurat. Ini adalah untuk memberi keutamaam kepada orang-orang yang terdekat. Oleh itu setiap muslim difardhukan menjaga pintu kubu dari arahnya masing-masing, memberi khidmat kepada tanahair dimana dia dibesarkan. Dari hakikat ini, seorang muslim itu adalah orang yang paling mendalam perasaan wataniah (cinta tanahair) dan lebih banyak sumbangannya kepada penduduk tempatannya. Ini adalah kerana ia suatu yang difardhukan oleh Tuhan sekelian alam. Ikhwan Muslimin adalah orang yang paling mengambil berat terhadap kebaikan untuk tanahairnya dan paling bermati-maatian dalam menabur khidmat untuk kaumnya … ” (Hasan Al-Banna, Risalah Muktamr V).

Setelah berjaya mengumpulkan lebih 100,000 umat dalam Perhimpunan BERSIH, Ambiga dianugerah pingat kehormatan tertinggi Perancis, the Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of the Legion of Honour) melalui Dutanya di Kuala Lumpur. Selepas zaman Penjajahan, Perancis diberi tugas oleh Barat untuk terus mencengkam Negara-negara Islam di Afrika melalui Kedutaan-kedutaannya dan bahasa Perancis yang tersebar luas di Afrika. Pada sesetengah pemerhati BERSIH berkait dengan pilihanraya yang bersih. Pada sesetengah pemerhati, selepas BERSIH, jurang kesepakatan diantara pimpinan-pimpinan dan umat Islam sesama sendiri adalah semakin menjauh.

Artikel mengenai kesepakatan, kesatuan dan seumpamanya seperti ini lebih dapat diselami dan diinsafi oleh pembaca yang berjiwa dan bertaraf rakyat kerana mereka jauh dari terbelenggu oleh kepentingan peribadi, agenda kuasa asing atau agenda tersembunyi. Harapan terletak kepada mereka kerana bilangan yang ramai dan mereka pencorak pimpinan yang sepatutnya menjalankan aspirasi ahli dan pengikut yang memilih mereka. Adapun dipihak pimpinan-pimpinan, slogan mengajak kepada kesatuan atau kesepakatan seringkali diambil peluang oleh pihak yang lebih berkuasa dengan melabelkan golongan tanpa kuasa sebagai serpihan dan tidak bersatu. Ini dialami oleh sesiapa yang terlibat dalam aktiviti kampus diuniversiti, maupun di alam dewasa dan bekerja didalam masyarakat. Hakikatnya, artikel ini dan artikel-artikel seterusnya tidak akan memberi menfaat kepada selain dari mereka yang ikhlas mahukan kekuatan dan kedaulatan bagi umat Islam dalam menhadapi cabaran dan serangan musuh-musuhnya masakini dan dihari mendatang. Ia menuntut penggembelingan seluruh tenaga dan lapisan umat Islam tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, badan dan individu.

Demikian sedikit sinopsis ringkas mengenai kepentingan bahkan kefardhuan mendaulatkan agama dan kesepakatan umat. Persoalan adakah Kedaulatan Islam mesti melalui Kesepakatan Umat Melayu Islam atau tidak akan disentuh didalam posting seterusnya .

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

5 Respons

  1. Salam Ustaz. Ini Kak Ngasobah.Akak selalu baca blog Ustaz. Syabas. Teruskan usaha memberi kefahaman. Akak sokongan mengikut kemampuan yang ada.Diiringi dengan doa semoga Allah memudahkan usaha.

  2. ada satu parti bergelar islam pun bertanding hanya 60 kursi parlimen je …. tapi dikondem oleh banyak pihak ngo melayu kerana tak dominan dalam pakatan rakyat .
    kenapa IM tidak berdiri dibelakang Hosni Mubarak untuk mengelak dari campurtangan asing .

  3. Salam ustaz, kupasan yang menarik. Masing2 mestilah jujur ketika ingin bersepakat. Masyarakat islam menjadi keliru kerana orang bukan islam nampak lebih jujur dan inginkan keadilan. Corak pemerintahan yang mereka ditunjukan lebih baik dan cemerlang. Ini diakui sendiri oleh lapuran audit negara terkini. Sedangkan orang islam yang berpengaruh tidak menunjukan teladan yang baik. Malah banyak penyelewengan dan cara pendtadbiran yang tidak cekap.

    Kita telah berada didalam negara yang mengamalkan pengundian untuk memilih pemerintah. Beberapa penipuan dan cara2nya telah didedahkan. Amatlah penting pemerintah bersikap jujur dalam melaksanakan pengundian. Kalau melakukan penipuan, bermakna undian tidak sah dan kerajaan yg dibentuk tidak sah.

    Teringat saya akan sifat orang munafik, bila bercakap berbohong, diberi amanah khianat, bergaduh berlebih2an dan mungkir bila berjanji. Pemimpin2 islam mesti mengelakan sifat2 munafik ini, agar yang bukan islam tertarik dengan islam.

    Saya setuju dengan pandangan ustaz akan pengaruh negara luar yang akan menggugat kedaulatan mana2 negara yang inginkan islam.
    Terima kasih diatas tunjuk ajar ustaz.

  4. السلام عليكم

    nak tanya, adakah kesepakatan melayu itu adalah satu tuntutan fardu kifayah? adakah “kedaulatan islam” adalah ojektif utama para rasul dalam usaha dakwah pada zaman masing2? adakah Allah SWT memerlukan kesepakatan bangsa melayu dalam mendaulatkan agama-Nya? adakah Allah SWT itu lemah? apakah perintah Allah SWT yang sebenarnya? merujuk kepada ayat yang dibacakan usataz dari surah An-nisa, bukankah maksud ayat ini sangat jelas dan mudah difahami?

    بسم الله الرحمن الرحيم

    بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
    Maksudnya : “Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;” An-Nisā’ : 138

    الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
    Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” An-Nisā’ : 139

    وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
    Maksudnya : “Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam. ” An-Nisā’ : 140

    الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِن كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِّنَ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْ وَإِن كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُم مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلَن يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
    Maksudnya : “(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” An-Nisā’ : 141

    إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
    Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” An-Nisā’ : 142

    مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَٰلِكَ لَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَلَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا
    Maksudnya : “Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.” An-Nisā’ : 143

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
    Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?” An-Nisā’ : 144

    bukankah dari ayat 139 dijelaskan “sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).”, jadi kedaulatan itu akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. bukankah begitu? kalau Allah tak nak bagi walaupun seluruh bangsa melayu bersepakat bagaimana ya? mungkinkah ada sebab2 tertentu disebaliknya?

    sambungan seterusnya bagi perbincangan ini, sila ke http://blogkaryait.wordpress.com/2011/12/30/jangan-perasan-la-islam-tak-rugi-apa2-pun-meskipun-tanpa-umat-melayu-sekalipun-p/ .

    • nak tanya, adakah kesepakatan melayu itu adalah satu tuntutan fardu kifayah?
      KESATUAN UMAT ADALAH SATU TUNTUTAN SYARAK. CUMA JALAN KEARAH KESATUAN ITU MASING-MASING PUNYA STRATEGI. SAYA MENGHORMATI STRATEGI TERSEBUT ASALKAN LAMNAT LAUN AKHIRNYA KESATUAN DAN EKUATAN UMAT ITU MENJADI KEUTAMAAN.

      adakah “kedaulatan islam” adalah ojektif utama para rasul dalam usaha dakwah pada zaman masing2?
      “DIALAH TUHAN YANG MENGUTUS RASULNYA DENGAN PETUNJUK DAN AGAMA YANG BENAR, AGAR AGAMA ITU (ISLAM) MENGATASI AGAMA-AGAMA YANG LAIN (BERDAULAT) WALAU ORANG KAFIR TIDAK MENYUKAINYA” (AL-QURAN).

      adakah Allah SWT memerlukan kesepakatan bangsa melayu dalam mendaulatkan agama-Nya?
      DALAM MENDAULATKAN ISLAM DI MADINAH, MUHAJIRIN DAN ANSAR DIPADUKAN MEMBENTUK SATU KEKUATAN YANG PADU MENGHADAPI MUSUH2 MEREKA. KESEPAKATAN SENTIASA MEMBAWA KEKUATAN.

      adakah Allah SWT itu lemah?
      ALLAH TIDAK LEMAH DAN BERKUASA MEMENANGKAN HAMBA-HAMBANYA. NAMUN PETUNJUK SEERAH MENJELASKAN BAHAWA BANTUAN ALLAH DATANG SETELAH PARA SAHABAT DAN MANUSIA TELAH MENGAMBIL SEGALA ASBAB YANG MELAYAKKAN BANTUAN TERSEBUT. SEBAB ITU ALLAH SURUH SIAPKAN KEKUATAN (AL-ANFAAL), BERSEPAKAT SESAMA ISLAM DALAM MENGHADAPI KAFIRIN DAN SYARAKT2 YANG LAIN YG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN DAN HADIS.

      apakah perintah Allah SWT yang sebenarnya? merujuk kepada ayat yang dibacakan usataz dari surah An-nisa, bukankah maksud ayat ini sangat jelas dan mudah difahami?
      SERUAN KITA BANAK DITUJUKAN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA, DAN SEDIKIT KEPADA ORANG2 POLITIK YANG BILANGAN MEREKA SANGAT SEDIKIT BERBANDING UMAT INI. HENDAKLAK AKHLAK DAN KESEPAKATAN MENJADI SYIAR SETIAP AHLI MASYARAKAT SEHINGGA APABILA MEREKA MEMILIH PIMPINAN PARTI MASING-MASING, AKHLAK DAN KESEPAKATAN MENJADI TUNJANG DAN HARAPAN MEREKA. DENGAN INI PIMPINAN YANG TIDAK BERAKHLAK (RASUAH, KORUP, MENOLAK SYARIAT DLL) SERTA MENOLAK PERPADUAN BOLEH SEGERA DIUBAH DAN ANCAMAN MUSUH-MUSUH ISLAM DAPAT DIHADAPI DENGAN PADU.

      WALLAHU AALAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: