Pilihanraya di Mesir separuh kejayaan umat telah dicapai

Pilihanraya bebas di Mesir sejak zaman Firaun ribuan tahun lalu.

Syukur saya dapat tiba di Mesir sehari sebelum PRU01 Pusingan Kedua (negeri-negeri seterusnya) berlangsung (14 dan 15 Disember 2011) kelmarin. Sepanjang saya hidup di Mesir (1989-1997), Kampung Sahbarah adalah “kampung halaman” saya. Dari masa kesemasa saya ke sana untuk mengamati kehidupan masyarakat kampung di Mesir dan kesan Dakwah terhadap kampung yang terletak dihujung jalan. 15 tahun lalu, seperti dikampung dan bandar yang lain, saya dapat rasa tekanan dan kezaliman yang menghimpit rakyat Mesir. Namun hari ini, udara kebebasan dapat dihirup oleh seorang asing seperti saya, apatah lagi rakyat tempatan sendiri seperti penduduk di Kampung Sahbarah. Bagi Pilihanraya kali ini, saya berkeputusan untuk memilih Kg Sahbarah sebagai tempat mengamati perjalanan Pilihanraya.

Walaupun menghadapi berbagai cubaan tekanan dan sekatan, dengan kesucian fikrah dan kekentalan pendakwahnya, dakwah Ikhwan Muslimin berjaya masuk hingga ke ceruk-ceruk kampung dan pendalaman. Sebaik tamat di Universiti Al-Azhar, fakulti Usuluddin, Syeikh Hassan kembali ke daerahnya dan mengasaskan dakwah Ikhwan Muslimin dengan seorang diri pada tahun-tahun 1980an. Hari seluruh 47 kampung didaerahnya mempunyai cawangan Ikhwan.

Pada hari pertama Pilihanraya (14 Disember) kelmarin, saya tiba di Kg Sahbarah. Ia terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kaherah. Seperti yang diduga, suasana hari tersebut jauh berbeza dari 15 tahun lalu ketika saya sering ke sana. Jika pilihanraya-pilihanraya yang lampau, masyarakat tidak keluar mengundi kerana tahu mereka dibodohkan oleh kerajaan Husni Mubarak yang melakukan penyelewengan, penipuan dan gangsterisma ketika pilihanraya, tetapi kelmarin suasana PRU01 adalah lebih meriah dari suasana hari raya. Masyarakat turun berduyun-duyun ke pusat undi sambil membawa kad pengenalan masing-masing. Hampir kesemua pusat mengundi adalah dalam kawasan sekolah. Di pintu pagar sekolah, tentera mengawal dengan sangat baik dan mesra. Di luar pintu pagar, kebanyakan parti membuka meja dan internet bagi para pengundi mendapatkan nombor pengundi masing-masing sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah untuk memangkah. Ada meja Parti Kebebasan dan Keadilan (Ikhwan Muslimin), ada meja Parti An-Nur (Salafi), Parti Kutlah Mesir (sekular liberal), Parti Hari Esok, Parti Pertengahan dan sebagainya. Keputusan Ikhwan Muslimin untuk bertanding hanya 40-50% dari jumlah kerusi yang dipertandingkan telah memberi parti-parti lain peluang untuk turut sama menggerakkan roda demokrasi yang telah lama terhenti oleh kediktatoran regim-regim lalu, menjadikan suasana pilihanraya kali ini lebih meriah dan melibatkan semua pihak dan lapisan masyarakat Mesir.

Syeikh Hassan, pengasas dakwah Ikhwan Muslimin di daerah Sahbarah, kampung paling jauh dipendalaman di delta Sungai Nil.

Kejayaan pertama pasca-Revolusi di Mesir ialah lahir nya demokrasi iaitu kebebasan diatas mukabuminya. Index yang paling awal ialah peratus yang keluar mengundi dalam PRU01 ini. Pada saya jika masyarakat Mesir berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa peratus yang keluar mengundi melebihi 60%, dunia akan mengiktiraf bahawa Mesir dan rakyatnya telah berjaya mengorak langkah ke alam dan fasa baru dalam sejarah Mesir yang panjang. Sebelum ini yang keluar mengundi tidak sampai 15%. Jika Ikhwan Muslimin memboikot pilihanraya kerana peraturan atau sikap pemerintah yang melampau seperti PRU tahun 1990, tidak sampai 5% yang keluar mengundi. Hakikatnya, regim-regim terdahulu telah lama menconteng arang dimuka Mesir didepan masyarakat antarabangsa, namun mereka tetap tidak mengendahkannya asalkan kepentingan Kuasa-kuasa Besar terutama Amerika dan Eropah dan kerusi kekuasaan mereka terpelihara.

Pemandangan meja pendaftaran (atau “pondok panas” dalam istilah di Malaysia) Parti An-Nur Salafi (kiri dekat sekali), Parti Al-Hurriah wal Adalah – Ikhwan Muslimin (kanan dekat) dan Parti Kutlah Misriah – sekular nasionalis (kanan hujung).

Selepas solat Maghrib kira-kira jam 5.30 pm di rumah Syeikh Hassan, kami menyambung lawatan ke pusat-pusat mengundi walaupun hari telah gelap. Di Sekolah Abu Eid, meja pendaftaran atau “pondok panas” dalam istilah di Malaysia semua parti telah kosong dari petugas kecuali meja pendaftaraan parti Ikhwan Muslimin. Petugasnya samada lelaki maupun wanita tetap bertugas dan menunggu sehingga masa mengundi tamat pada jam 7.00 pm. Disini terserlah kesungguhan dan disiplin mereka dalam bertugas.

Selagi tempoh mengundi belum tamat (7.00pm, sekitar waktu Isyak), petugas Parti Hurrial wal Adalah (Ikhwan Muslimin) tetap terus bertugas menunggu para pengundi dan memberi khidmat kepada mereka (foto : ikhwah di depan dan akhawat di belakang) sedang petugas parti-parti lain telah tutup meja sejak petang lagi (foto di atas).

Diawal tahun-tahun 1990an lalu, dari kiri, Mustafa adalah teman saya di kelas yang sama di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah, saya, Sayyid, masul Ikhwan Muslimin di kampung yang paling hujung jalan di daerah dan Syeikh Hassan, pengasas dakwah Ikhwan Muslimin daerah. Kesemua mereka pernah merasa hidup dalam penjara dan berbagai dugaan disepanjang perjalanan Dakwah. Hari ini umat mengecapi kebebasan hasil dari pengorbanan mereka yang panjang yang tidak mengenal rehat dan putus asa.

Pada malam tersebut Syeikh Hassan mengajak saya ke solat jenazah di salah sebuah kampung, kemudian singgah di pejabat Ikhwan Muslimin daerah sebelum kami bermalam di Kampung Abu Eid dan menyambung keriangan menyaksikan perjalanan pilihanraya hari kedua keesokkannya. 15 tahun yang lalu saya sering tidur di sini, namun tidur pada malam kelmarin berbeza dengan malam dan hari yang lampau. Ia adalah tidur dalam suasana negara dan rakyat yang mengecapi suasana yang baru iaitu kebebasan dan kemuliaan harga diri. Walaupun keputusan pilihanraya belum diumumkan, bahkan pilihanraya umum Mesir kali ini masih belum tamat, tetapi dengan perjalanan pilihanraya dan kebebasan sedemikian rupa, umat Mesir telah dapat mencapai sebahagian kejayaan mereka yang bersejarah ini … (bersambung).

(Ketika posting ini ditulis, kiraan undi masih sedang berjalan dan keputusan pilihanraya belum diumumkan).

Artikel-artikel berkaitan :

Syeikh Hasan Elyan dalam kenangan

Dr Hasan Al-Huwaidy ke rahmatullah

Ustaz Mustafa As-Sibaie dalam kenangan

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

5 Respons

  1. Terima kasih Ust Abdul Halim.

    Tak pernah jumpa orang buat artikel macam ni lagi. Inilah yang pertama. Safar yang nostalgic dan analisa ringkas yang baik.

  2. rindu kat mesir.. semoga kejayaan mereka di sana memberi semangat kepada pendakwah di negara kita..

  3. rindu kat mesir.. kenangan bersama ustaz dulu.. semoga dakwah kita juga mendapat sambutan di sini

  4. Undi Pilihan Raya bagi mereka adalah WAJIB, kalau tidak, akan dikenakan denda 500 Pound Egyption

  5. Allahuakbar!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: