Akhlak & kesepakatan Umat asas kekuatan & pembangunan

Badan politik prihatin, menganalisa dan bekerja lebih banyak mengenai pemerintah dan isu pemerintahan. Jemaah Dakwah Islam prihatin, menganalisa dan bekerja mengenai umat dan pemerintah, kedua-duanya sekali. Bila sesebuah jemaah Dakwah Islam menyentuh tentang korupsi, rasuah, penyelewengan, tidak melaksanakan Syariat dan seumpamanya, ada badan politik yang terasa. Bila sesebuah jemaah Dakwah Islam menyentuh tentang kesepakatan dan perpaduan, ada badan politik lain pula yang terasa dan khuatir seruan sedemikian akan diambil peluang oleh badan politik lain yang dikira sedang memasang jerat perpaduan untuk memecahbelahkan kekuatan lawan lebih-lebih lagi diambang musim Pilihanraya yang semakin tiba. Pendek kata tafsiran banyak disandarkan kepada formula politik kepartaian yang sempit semata-mata tanpa melihat maqasid Syarak yang lebih luas dari itu.

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar taqwa. Jangan kamu mati melainkan kamu beragam Islam. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (akhlak Islam dengan menolak korupsi dan penyelewengan) dan jangan kamu bercerai berai (menolak perpaduan)” (Al-Quran)

Apa yang ketara disini ialah, dalam kedua-dua hal diatas, tidakbalas adalah lebih banyak dari badan-badan politik yang peka dan telah mempunyai objektif tertentu untuk memenangi Pilihanraya setiap 4 tahun manakala rakyat atau umat jarang merasa bahawa kedua-dua isu diatas adalah ditujukan kepada mereka selaku anggota yang memilih pimpinan parti mereka setiap 2 tahun, atau rakyat dan pengundi yang memilih kerajaan mereka setiap 4 tahun. Hakikatnya, apabila kita menyeru kepada akhlak dan perpaduan, 90% dari seruan kita dan pembesar suara kita dipalingkan kepada telinga, hati dan jiwa umat ini yang merupakan penentu sebenar masadepan negara dan kekuatan sebenar umat dalam menghadapi cabaran sengit dihadapan mereka. Jika anggota dalam parti dan rakyat pengundi Islam dalam sesebuah negara mempunyai dan meyakini sebenar-benarnya prinsip Akhlak dan Perpaduan, mereka tidak akan memilih atau membiarkan pimpinan parti mereka korup atau rela tidak berpadu, lalu memilih pimpinan yang mempunyai agenda Akhlak dan Perpaduan. Hakikatnya pimpinan yang baik lahir dari pengikut yang baik, manakala pimpinan yang rosak dan tidak mempunyai agenda lahir dari pengikut yang rosak dan tidak mempunyai agenda yang jelas dan jauh. “Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

Amat terang lagi bersuluh dalam banyak negara-negara Islam dimana ramai dari para pemimpinnya yang korup dan menyeleweng tetapi mereka tetap disanjung dan dipilih. Begitu juga ramai dari para pemimpin umat Islam yang bertindak menyerang dan mengata pimpinan sebahagian umat Islam yang lain, namun mereka tidak luka hati dan jiwa melihat perpecahan hati dan ukhuwwah sedang kesatuan hati dan ikatan perpaduan merupakan salah satu dari rukun Iman yang mempunyai lebih dari 70 cabang. “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adik beradik (ikhwah)” (Al-Quran).

Bersepakat tidak semestinya bermakna bergabung dalam satu pertubuhan atau parti. Ia boleh juga berlaku apabila dua atau lebih pihak dapat duduk bersama dan mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara, walaupun tidak sepakat dalam semua perkara. Lebih ramai orang berkata “Kenapa Arab tidak bersatu atau tidak boleh bersepakat dalam satu-satu isu?” dari berkata “Kenapa orang Islam di Negara-negara Arab tidak bersatu?”. Tiada siapa menyangkal bahawa bangsa Arab adalah tulang belakang umat Islam di sana. Begitulah halnya di Nusantara dimana bangsa Melayu adalah tulang belakang umat Islam dirantau sini. (Foto : HAMAS dan FATAH sedang bermesyuarat bersama-sama, sedang pihak kafir, Israel dan Amerika sentiasa cuba mengagalkannya. Fenomena perbincangan resmi beramai diatas belum dilihat oleh generasi baru Malaysia hari ini).

Kemenangan yang hakiki adalah kemenangan keseluruhan umat dan bukan kemenangan parti-parti tertentu yang mewakili sebahagian umat Islam dan menyisihkan sebahagian yang lain. Oleh kerana parti dan jemaah adalah jalan berusaha mencapai perubahan dan kuasa, ia memang diperlukan tetapi ia sebagai jalan, wasilah atau kenderaan, dan bukan matlamat. Kekuatan dan pembangunan Umat tidak dapat dicapai jika umat redha kepada korupsi, penyelewengan kuasa dan penolakan Syariat kerana firman Allah swt bermaksud, “Allah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal saleh dikalangan kamu, pasti Dia akan melantik mereka menjadi pimpinan didunia sepertimana Dia telah melantik pimpinan sebelum mereka …” (Al-Quran). Begitu juga kekuatan dan pembangunan Umat tidak dapat dicapai jika Umat tidak bersepakat dan berpadu kerana firman Allah swt bermaksud, “Dan jangan kamu bergaduh, nescaya kamu rosak dan hilang kekuatan kami. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Quran).

Ramai orang hanya melihat sesuatu isu dan meletakkannya diatas bahu para pemimpin parti-parti sedangkan bilangan mereka sangat sedikit. Siapa yang mengkaji Seerah akan mendapati bahawa isu dan harapan sebenarnya diletakkan kepada Umat yang merupakan sumber dan penentu kepada pimpinan dan negara. Imam Hasan Al-Banna melihatnya juga sedemikian dengan kata-katanya, “Yang bertanggungjawab dalam hal yang sedemikian ialah Pemerintah dan Rakyat, kedua-duanya sekali.

Pemerintah yang tunduk kepada Barat, dibelenggu oleh pengaut-pengaut keuntungan dan kepentingan, melebihkan kepentingan diri melebihi kepentingan umatnya sehingga tersebar penyakit-penyakit didalam pentadbiran menyebabkan banyak menfaat rakyat terbantut dan kesan buruknya tersebar didalam masyarakat seperti mementingkan diri sendiri, rasuah, lemah, malas dan sebagainya.

Rakyat yang redha hidup dalam kehinaan dan rendah nilai, lalai dari menjalankan kewajipan, tertipu oleh kebatilan, menuruti hawa nafsu, hilang kekuatan iman dan kekuatan jemaah lalu menjadi mangsa kepada pencuri dan orang-orang yang tamak”. [Hasan Al-Banna, Risalah Muktamar VI]

“Matlamat Ikhwan Muslimin yang paling asasi ialah perbaikan menyeluruh dan sempurna, semua kekuatan Umat tolong menolong melakukannya dan seluruh Umat menuju kearahnya, mencakupi, merubah dan mengganti seluruh aspek kehidupan dan negara” [Hasan Al-Banna, Risalah Muktamar VI]

Oleh itu dakwah kita menyeru melalui satu  dakwah, mengimani dengan satu manhaj dan fikrah, memenangkan satu akidah, bekerja membimbing Umat kearah satu sistem masyarakat yang lengkap dan menyeluruh yang dinamakan “Islam”. Dakwah kita menyeru kearah membangkitkan Umat Islam Contoh yang menghayati Islam yang sebenar, sehingga dunia mengenalinya sebagai Negara Al-Quran dimana umat dibentuk dengan acuan Islam, umat mempertahankannya, mengajak kepadanya, berjihad dijalannya dengan berkorban jiwa dan harta.

Dengan ini kita mengajak semua umat Islam kepada akhlak Islam dan perpaduan Islam. Dengan mengimani dan menghayati prinsip jelas dan penting ini, mereka, khususnya yang berada didalam parti-parti politik agar menolak pimpinan yang korup, rasuah, maksiat, membantutkan perlaksanaan Syariat, membiarkan Budaya Barat menyerang umat Islam dan menolak perpaduan dan kesatuan Umat Islam atau menjadikan “perpaduan” sebagai umpan ataau helah politik sempit semata-mata, dalam pemilihan pucuk pimpinan parti mereka, pemerintah atau pembangkang, disemua peringkat. Hanya pimpinan yang berakhlak Islam dan berjuang kearah perpaduan keseluruhan umatnya sahaja yang dapat diharapkan mengembalikan semula kekuatan umat dan membangunkan negara diatas landasan yang sahih. Selain itu, jalan yang direntas tidak membawa kearah matlamat sebenar dan hakiki yang digariskan Islam.

Artikel-artikel berkaitan :

MSIB 01 : Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Perpecahan sentiasa mengundang musuh

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

5 Respons

  1. kami sekelurga akan terus mengundi asal bukan umno.
    mungkin ramai yg tidak tahu perasaan kami rakyat kelantan.

    malah wakil rakyat kampung asal saya di pahang yg dimenangi oleh PAS di nafi hak sebagai wakil yg dipilih rakyat di dun itu.ini semua ankara siapa?

  2. artikelnya menarik, salut dan selamat semoga postingannya terus ter update

  3. very nice aticle, mudah-mudahan terus ada postingan baru

  4. semoga tulisan-tulisannya tambah terus, ditunggu ya.

  5. semoga ada pencerahan terus untuk tulisan-tulisannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: