Wajibat 25/38 : Boikot mahkamah sivil yg bertentangan dgn Islam

Hasan Al-Banna (1906 – 1949)

“Hendaklah anda memboikot mahkamah-mahkamah sivil dan semua kehakiman yang tidak Islamik, kelab-kelab, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan yang bertentangan dengan Fikrah Islam anda, dengan pemboikotan yang sepenuhnya”.  [Wajibat No. 25 dari Wajibat 38 oleh Imam Hasan Al-Banna didalam Risalah Taalim].

Risalah Taalim dianggap risalah Iman Hasan Al-Banna yang terpenting yang ditujukan untuk mendidik anggota-anggota didalam Jemaah. Ini adalah untuk menyatukan kefahaman-kefahaman mereka sehingga lahir satu kefahaman Islam dari seluruh ahli dalam Jemaah. Imam Al-Banna menujukan Risalah Taalim kepada peringkat khas dari kalangan Ikhwan, yang dinamakan Ikhwan Mujahideen. Didalam risalah tersebut beliau mengariskan rukun bai’ah bagi Ikhwan Muslimin, fasa-fasa Amal Dakwah dan kewajipan-kewajipan bagi setiap anggota (Wajibat 38).

“Jatuhkanlah hukuman diantara mereka dengan apa yang diturunkan Allah. Jangan kamu turuti hawa nafsu mereka …” (Al-Maidah : 49). “Apakah undang-undang Jahiliyah yang mereka mahu. Undang-undang siapakah yang lebih baik dari undang-undang Allah bagi kaum yang meyakini” (Al-Maidah : 50). Samada hukuman itu dari wahyu atau dari nafsu, dan tidak dari sumber ketiga.

Risalah tersebut disiarkan pada bukan Julai 1938 dibawah tajuk ‘Risalah Taalim”, disiarkan oleh penerbit Dar Kitab Arabi pada tahun 1951. Risalah ini dicetak untuk dijadikan tajuk kajian didalam Perkhemahan Musim Panas di Iskandariah (25 Julai – 25 Ogos 1938). Ustaz Abdul Mun’im Ahmad Tu’ailib telah membuat syarah ringkas kepada Risalah Taalim pada tahun 1952 yang merupakan syarah yang paling awal yang terdapat pada hari ini.

(terjemahan dari Muqaddimah Risalah Taalim, oleh Ismail Turkey)

Artikel-artikel berkaitan :

Pandangan Islam Tuduhan Anwar Liwat (posted 1.7.2008)

Peranan Ulamak Malaysia Dalam Isu Liwat (posted 3.7.2008)

Permatang Pauh, Anwar Ibrahim dan Nasib UMNO (posted 6.8.2008)

Hadith Ifk (kisah Aisyah ra) petunjuk bagi umat Islam dalam isu skandal seks. (posted 28.3.2011)

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: