Belanda dijangka gugur usul penduduk Islam

AMSTERDAM 26 April – Belanda dijangka menggugurkan beberapa usul paling kontroversi yang ditujukan terhadap penduduk Islam dan imigran lain di negara ini, berikutan kejatuhan kerajaannya yang berhaluan tengah-kanan, baru-baru ini.

Ahli-ahli politik Belanda juga mungkin melembutkan retorik antipendatang yang lantang disuarakan selama ini.

Pengharaman ke atas pemakaian tudung yang menutup muka seperti purdah dan burqa di kalangan wanita Islam dijangka tidak dilaksanakan selepas kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri, Mark Rutte tumbang pada hujung minggu lalu.

Perikatan antara kerajaan minoriti Liberal-Demokrat Kristian dengan Parti Pembebasan (PVV) pimpinan tokoh politik anti-Islam dan antipendatang, Geert Wilders tumbang apabila mereka gagal mencapai kata sepakat mengenai pemotongan bajet yang perlu dilaksanakan, dan pilihan raya dijadualkan pada 12 September ini.

Sebagai balasan untuk mendapatkan sokongan Wilders di Parlimen, kerajaan telah mengusulkan beberapa undang-undang, termasuk pengharaman ke atas purdah, burqa dan pemilikan dwikerakyatan.

Usul-usul itu dijangka digugurkan tidak lama lagi jika jelas tidak ada lagi majoriti di Parlimen untuk menyokongnya, kata Profesor mengenai Islam di Barat kontemporari di Universiti Leiden, Maurits Berger, semalam.

“Dasar-dasar itu didorong oleh PVV tetapi juga oleh kerajaan bagi memelihara hubungannya dengan PVV, dan kerana itu mereka telah mengubah Belanda menjadi sebuah negara tersisih,” kata beliau.

Parti Demokrat Kristian tidak lagi akan menyokong usul untuk mengharamkan dwikerakyatan dan turut tidak berasa selesa dengan pengharaman ke atas purdah dan burqa, kata sumber parti dan akhbar Belanda, De Volkskrant. – REUTERS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: