Dr. Ir. Mohd Mursy calon Presiden dari Ikhwan Muslimin

Nahdhah Iradah Sya’ab … Kebangkitan dan kemakmuran adalah kehendak sesuatu masyarakat.

Saya menyaksikan pengumuman terakhir 13 calon Pilihanraya Presiden Mesir (23-24 Mei 2012) di televisyen kelmarin ketika berada di Kaherah. Yang lulus pencalonan adalah seramai 13 orang semuanya. Umum termasuk saya agak suspen setelah (1) Ir Khairat Syatir & Hazim Solah digugurkan, dan (2) nama calon Ikhwan Muslimin, Dr. Ir. Mohd Mursy diumumkan sebagai calon terakhir, no. 13 !!  Dengan pengumuman ini, kemelut pencalonan bagi Presiden Mesir diharapkan telah pun berakhir kecuali akan ada nanti senerio yang lain pula.

Calon Ikhwan Muslimin yang asal, Ir Khairat Syatir sememangnya calon yang paling layak bukan sahaja dari Ikhwan Muslimin untuk rakyat Mesir, bahkan bagi Dunia Islam seluruhnya. Prestasi beliau yang saya ikuti sejak tahun 1990an lagi ialah beliau berjaya dalam segala lapangan yang diceburi samada pendidikan diri, dakwah yang beliau yakini dan perniagaan yang beliau ceburi. Apabila Ikhwan Muslimin dicantas habis-habisan dizaman Presiden Nasir, Sadat dan Mubarak, sejak dizaman mahasiswa lagi, beliau bersama dengan Ikhwan yang lain berjaya setelah berhempas pulas, membangunkan semula organisasi harapan umat ini. Setelah perusahan-perusahan perniagaannya seperti Syarikat Salsabeel disabotaj, ditutup dan dirampas harta bendanya oleh rejim pemerintah Mesir, beliau masih berjaya membangunkan firma-firmanya semula dan pada hari ini dan masih bergelar jutawan yang berjaya. Pencalonan beliau digugurkan atas alasan hukuman Mahkamah Tentera keatasnya dizaman Presiden Mubarak mengharamkannya terlibat dalam politik bagi tempoh tertentu. Mendengar hal ini, Ikhwan Muslimin mengemukakan calon Presiden kedua sebagai backup sekiranya usaha mengemukakan rayuan kepada SPR untuk Ir Khairat menemui kegagalan.

Tiga minggu dihadapan ini sehingga hari Pilihanraya Presiden (23-24 Mei) adalah bukan semata-mata kempen antara calon Islamis dan calon sekularis liberalis, akan tetapi ia adalah perang diantara Manhaj Islamiyy yang kita bawa berhadapan dengan Manhaj Barat yang dipaksakan keatas umat Islam berkurun lamanya. Dari kalangan 13 calon Presiden Mesir, 3 darinya adalah dianggap calon Islamis yang iaitu :

  1. Dr. Ir. Mohd Mursy.
  2. Dr. Salem Awa
  3. Dr. Abdul Mun’im Abul Futuh.
  4. Ir Khairat Syatir (digugurkan dengan alasan hukuman mahkamah masih berjalan).
  5. Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail (digugurkan dengan alasan ibunya memohon warganegara Amerika).

Yang akan mendapat tentangan dari 2 calon popular dari Regim Mubarak yang lalu iaitu :

  1. Amru Musa, bekas Menteri Luar Mesir dan Setiausaha Liga Arab.
  2. Dr Ahmad Syafiq, bekas Perdana Menteri Mesir.

Bilangan undi bagi calon Islamis juga akan pecah kerana persaingan diantara ketiga-tiga calon diatas.

Sebaik Revolusi 25 Januari 2011 berjaya, keputusan awal Ikhwan untuk tidak bertanding Presiden adalah tepat, menghindarkan serangan luar bukan pada masanya dan memberikan peluang kepada rakyat Mesir menjayakan Pilihanraya Parlimen, Disember 2011 lalu. Rakyat telah memberikan suara mereka dan Parlimen Mesir hakiki telah dibentuk.

Pilihanraya Parlimen Mesir bulan Disember 2011 yang lalu di negeri Syarqiyah, negeri asal dan tempat Dr Ir Mohd Mursy bekerja sebagai pensyarah di Universiti Zaqaziq. Ikhwan Muslimin menang kesemua kerusi yang dipertandingkan. Walaupun sering ke negeri ini pada tahun-tahun 1990an lalu, namun saya tidak pernah menghirup udara kebebasan dan harga diri seperti yang saya dan rakyat Mesir rasai pada hari tersebut dan hari-hari ini.

Dr Abdul Mun’im Abul Futuh pernah menjadi salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin. Beliau dipecat dari keanggotaan Ikhwan kerana berkeras untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden Mesir dikala keputusan awal Ikhwan sebaik Revolusi 25 Januari 2011 berjaya menumbangkan Mubarak adalah tidak masuk pertandingan Presiden. Keputusan Ikhwan penuh hikmah tersebut mencapai hasil berikut :

  1. Menyampaikan mesej lega kepada musuh-musuh Islam dalam dan luar negara yang akan bertindak agresif sekiranya Ikhwan Muslimin mengambilalih Mesir dari Mubarak, boneka Barat yang digulingkan. Dengan itu sejak setahun lalu, Mesir dan rakyatnya tidak dikenakan sekatan antarabangsa dan proses Demokrasi melangkah ke hadapan tanpa banyak halangan (seperti perkara-perkara di bawah).
  2. Pilihanraya Parlimen berjalan dengan adil dan jayanya pada akhir taun lalu, menyaksikan keterlibatan 70% pengundi Mesir berbanding 3-5% dizaman regim-regim Presiden yang lalu. Ikhwan Muslimin yang bertanding hanya sebahagian kerusi sahaja berjaya memenangi 51% kerusi Majlis Sya’ab (Dewan Rakyat) dan Majlis Syura (Dewan Negara) serta berjaya menarik parti-parti lain untuk turut serta bertanding, turut serta dalam Parlimen dan sama-sama berganding bahu membangunkan Mesir tanpa diconteng dengan imej mencantas sesiapa.
  3. Mengembalikan kepada rakyat akan keyakinan diri yang merupakan salah satu faktor terpenting dalam membangun sesebuah umat, setelah hak-hak mereka dinafikan sejak zaman berzaman.

Walaupun Dr Abdul Mun’im Abul Futuh telah mula berkempen sejak setahun lalu, sedang calon Ikhwan Muslimin, Dr. Ir. Mohd Mursy baru mula berkempen sejak sebulan lalu, namun Ikhwan Muslimin percaya bahawa mencalonkan Dr Ir Mursy dikala telah ada calon Islamis seperti Dr Abdul Mun’im adalah penting kerana jika menang :

  1. Sebagai Presiden Mesir, Dr Mursy akan dibantu oleh para penasihat berkelayakan dari Ikhwan Muslimin dan lain-lain Islamis yang benar-benar amanah dan berkelayakan kerana beliau didokong oleh gerakan-gerakan Islam yang berwibawa, sedang tanpa dokongan sebegitu, Dr Abdul Mun’im akan dinasihati oleh para penasihat yang tidak jauh berbeza dari regim terdahulu. berkepentingan dan tidak memberi perubahan yang optimum kepada Mesir dan Dunia Islam.
  2. Pencalonan Dr Mursy adalah diputuskan, didokong dan mewakili Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan. Oleh itu beliau tetap akan berada di atas Manhaj yang digariskan, begitu juga presiden penggal-penggal akan datang dari Ikhwan Muslimin. Apatah lagi banyak perkara didalam negara yang tidak boleh disempurnakan dalam satu penggal (4-5 tahun). Adapun Dr Abul Mun’im, kemampuan beliau secara perseorangan dan keyakinan rakyat terhadap individu, bukan parti adalah tidak sepertimana Dr Mursy.
  3. Pimpinan Ikhwan Muslimin bertegas dan menambil petunjuk Hadis yang menyebut, “Kita tidak mengangkat seseorang ke jawatan pemimpin dari kalangan orang yang meminta jawatan tersebut”.

Ikhwan Muslimin telah membuat semakan terhadap keputusan awal tidak bertanding Presiden kepada mengambil pendirian bertanding Presiden kerana faktor-faktor berikut :

  1. Sikap Barat dan boneka mereka di Mesir iaitu Majlis Tertinggi Tentera, yang sedang memerinah Mesir sekarang, yang mula berubah setelah kejayaan besar puak Islamis memenangi Pilihanraya Parlimen (Ikhwan 45% dan Salafi 25% = 70% melebihi 2/3 kerusi Parlimen).
  2. Usaha-usaha Majlis Tertinggi Tentera untuk terus menguasai Mesir biar apa pun bentuk Parlimen yang akan dibentuk. Usaha ini kearah menjadikan Mesir seperti Kuwait dimana Raja seringkali membubar Parlimen, menyibukkan rakyat selaku pengundi dengan proses pilihanraya untuk membentuk Parlimen yang tidak mempunyai fungsi yang sebenar.
  3. Pihak Tentera Mesir juga mahukan 1/3 kekayaan negara berada ditangan dan pentadbiran mereka, demi survival mereka, dan bukan ditadbir sepenunya oleh sebuah kerajaan yang dari rakyat, dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.
  4. Barat melalui Tentera Mesir telah dengan jelas tidak mahu proses Demokrasi terus berjalan menuju ke tahap kesempurnaannya. Mereka mahu mencuri hasil dan buah Revolusi 25 Januari dari tangan rakyat Mesir.

Dengan keputusan Ikhwan Muslimin untuk bertanding Presiden, bermakna bermula penentangan terang-terangan dan habis-habisan rakyat terhadap Barat dan bonekanya didalam negara kearah menyempurnakan saki baki Revolusi 25 Januari yang lalu. Pilihanraya Presiden 23-24 Mei ini sudah tentu merupakan penentu yang amat penting bukan sahaja untuk masadepan Mesir dan rakyatnya, bahkan untuk Dunia Islam dan umatnya kerana sebagai abang sulung kepada Umat Islam, apa yang berlaku di Mesir memberi kesan langsung kepada Islam dan umatnya.

Dr Ir Mohd Mursy, berkaca mata sebelah kiri dihari Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef sewatu mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru, Dr Mohd Badi’ menggantikan beliau pada Februari 2010. Ketaatan dan kesetiaan merupakan diantara ciri-ciri menonjol anggota Ikhwan Muslimin tidak kira dimana mereka berada dan apa jawatan yang mereka sandang di dunia yang fana (tidak kekal) ini.

Dr Ir Mohd Mursy berumur 61 tahun (lahir 1951) di negeri Syarqiyah, Mesir. Mendapat ijazah Bachelor of Engineering, B.E. (Cairo) pada tahun 1975 dan Masters in Engineering (Cairo) pada tahun 1978 dan Ph.D Engineering (South California) pada tahun 1982. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Zaqaziq, Syarqiyah, Mesir dan pernah menjadi salah seorang penasihat bahan (materials) bagi pesawat angkasalepas bagi NASA, Amerika. Beliau menjadi ketua ahli-ahli parlimen Ikhwan Muslimin pada penggal 2000-2005 dan dinobatkan sebagai tokoh ahli parlimen oleh sebuah badan antarabangsa diatas prestasi dan sumbangannya kepada Parlimen Mesir.

Malam diantara dua hari Pilihanraya Parlimen di negeri Syarqiyah, Mesir, negeri asal calon Presiden, Dr Ir Mohd Mursy, juga negeri tempat beliau bekerja sebagai pensyarah Universiti Zaqaziq, ibu negeri Syarqiyah. Di negeri Syarqiyah, kesemua calon Parlimen Mesir telah menang. Dizaman tekanan dan ketakutan semasa saya menuntut di mesri tahun 1990an, kesemua negeri di Mesir yang saya lawati berani bergerak dakwah secara sangat aktif tetapi tidak berani menampal logo “Ikhwan Muslimin” kecuali rumah-rumah di negeri Syarqiyah, termasuk di depan pintu rumah Syeikh Hassan (foto). Sebab itu negeri Syarqiyah telah  melahirkan ramai para duat yang kental, mantap fikrah dan berani dalam gerakan.

Satu kisah yang diceritakan kepada saya mengenai sayangnya beliau kepada negara, peraturan dan pentadbiran dalam negara adalah ketika Ravolusi 25 Januari 2011 bergolak, beliau berada didalam penjara regim Mubarak diatas tuduhan yang diada-adakan. Seperti ikhwah (teman-teman)nya yang lain, perubahan yang aman melalui keyakinan masyarakat adalah salah satu Manhaj Ikhwan berbanding cara sebahagian gerakan Islam yang lain yang cenderng kepada keganasan dan mengangkat senjata. Hampir kesemua balai polis dan pejabat Parti Demokratik Nasional pimpinan Mubarak dibakar. Banyak penjara ditawan dan dibuka oleh rakyat yang merusuh lalu para banduan, yang jahat maupun yang baik, dibebaskan termasuk Dr Mursy sendiri. Para banduan yang jahat terus berindak merusuh dan membat kekacauan dalam Mesir. Sebaliknya sebaik Dr Mursy dibebaskan oleh perusuh, beliau terus mencari balai polis untuk menyerahkan dirinya semula kerana cara beliau dibebaskan tidak mengikut prosedur biasa. Begitu jiwa pimpinan Ikhwan dan pengikutnya yang ditarbiyah dengan didikan yang baik dan manhaj yang terang.

“Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami. Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami. Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami” (Hadis sebaik sebelum Perang Badar).

Artikel-artikel berkaitan :

Pilihanraya Parlimen di Mesir separuh kejayaan umat telah dicapai.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp

.

.

.

.

.

.

أضف الصفحه إلى

د. محمد مرسي

* الدكتور المهندس محمد مرسي رئيس حزب الحرية والعدالة وعضو مكتب الإرشاد بجماعة الإخوان المسلمين سابقًا، وأحد القيادات السياسية بالجماعة التي قادت النضال ضد النظام المخلوع في عقده الأخير، ورئيس الكتلة البرلمانية للإخوان المسلمين بمجلس الشعب دورة 2000-2005م، ورئيس قسم علم المواد بكلية الهندسة جامعة الزقازيق.

* الدكتور محمد محمد مرسي عيسى العياط، وُلد في أغسطس 1951م بمحافظة الشرقية، وحصل على بكالوريوس الهندسة من جامعة القاهرة عام 1975م، ثم ماجستير في هندسة الفلزات من نفس الجامعة 1978م، كما حصل على الدكتوراه في الهندسة من جامعة جنوب كاليفورنيا 1982م.

* عمل معيدًا ومدرسًا مساعدًا بكلية الهندسة جامعة القاهرة، ومدرسًا مساعدًا بجامعة جنوب كاليفورنيا، وأستاذًا مساعدًا في جامعة نورث ردج في الولايات المتحدة في كاليفورنيا بين عامي 1982- 1985م، وأستاذًا ورئيس قسم هندسة المواد بكلية الهندسة جامعة الزقازيق من العام 1985م وحتى العام 2010م، وانتخب عضوًا بنادي هيئة التدريس بجامعة الزقازيق.

* وقع عليه الاختيار كعضو في لجنة مقاومة الصهيونية بمحافظة الشرقية، كما اختير عضوًا بالمؤتمر الدولي للأحزاب والقوى السياسية والنقابات المهنية، وهو عضو مؤسس باللجنة المصرية لمقاومة المشروع الصهيوني.

* عُرف بعمله الدءوب في كل موقع وصل إليه بداية من المجالات العلمية وتفوقه الكبير فيها، وصولاً للمواقع السياسية والنضالية التي تقلدها وأثبت جدارته بها.

* له أبحاث متخصصة في المجالات الصناعية التي ترتبط بالإنتاج على أرض الواقع في المجالات الصناعية الكبرى في مصر، كما أن له عشرات الأبحاث في “معالجة أسطح المعادن”، والذي يعد من المجالات العلمية الدقيقة، والتي شارك بها أثناء عمله في وكالة ناسا على تطوير محرك المكوك الفضائي في أوائل الثمانينيات.

* بسبب مواقفه الرافضة باستمرار للممارسات الظالمة للنظام المخلوع تعرض الدكتور محمد مرسي للاعتقال مرات عديدة، فبعد تزوير انتخابات 2005م كان الدكتور محمد مرسي في مقدمة المظاهرات الداعمة للقضاة المطالبين باستقلالهم والرافضين لتحويل بعضهم للجنة الصلاحية عقابًا على مواقفهم، فاعتقل في صبيحة يوم 18 مايو 2006م مع 500 من أعضاء الإخوان من أمام محكمة شمال القاهرة، ومجمع محاكم الجلاء بوسط القاهرة ليقضي 7 أشهر خلف القضبان.

* كما اعتقل صباح يوم جمعة الغضب 28 يناير 2011م أثناء ثورة 25 يناير ضمن عدد كبير من قيادات الإخوان على مستوى المحافظات؛ لمنعهم من المشاركة في جمعة الغضب، وبعد فتح السجون وهروب المساجين، رفض مرسي ترك السجن، واتصل بالقنوات الفضائية ووكالات الأنباء يطالب الجهات القضائية بالانتقال لمقرِّ السجن والتحقق من موقفهم القانوني وأسباب اعتقالهم، قبل أن يغادر السجن؛ لعدم وصول أي جهة قضائية إليهم.

* وتعدى الظلم الذي تعرض له الدكتور محمد مرسي إلى عائلته؛ حيث تمَّ اعتقال نجله الدكتور أحمد عند إعلان والده الترشيح لمجلس الشعب عام 2000م واعتقل 3 مرات ووالده نائب بالمجلس، ولم تتوقف بعد انتهاء الدورة البرلمانية.

* وبعد تميزه الكبير في العمل السياسي في سنوات البرلمان الخمس التي شارك بها اختاره مجلس الشورى العام للإخوان المسلمين ليكون عضوًا بمكتب إرشاد الجماعة، وبعد الثورة انتخبه مجلس شورى الإخوان رئيسًا لحزب الحرية والعدالة الذي أنشأته الجماعة.

* وسطع نجم د. محمد مرسي في برلمان 2000م؛ حيث له دور واضح ومؤثر خلال تلك الدورة البرلمانية كرئيسٍ للكتلة البرلمانية؛ حيث كان من أنشط أعضاء مجلس الشعب، وصاحب أشهر استجوابٍ في مجلس الشعب عن حادث قطار الصعيد وأدان الحكومة وخرجت الصحف الحكومية في اليوم التالي تشيد باستجوابه، وتم اختياره عالميًّا كأفضل برلماني 2000- 2005 من خلال أدائه البرلماني.

* وفي انتخابات لمجلس الشعب 2005 حصل على أعلى الأصوات وبفارقٍ كبيرٍ عن أقرب منافسيه، ولكن تم إجراء جولة إعادة أعلن بعدها فوز منافسه بالتزوير.

* ولعب د. مرسي دورًا كبيرًا في القسم السياسي لجماعة الإخوان المسلمين؛ حيث كان مشرفًا على القسم السياسي الذي شهد تفاعلاً كبيرًا خلال الفترة الأخيرة بدءًا من مبادرة الإصلاح التي أطلقتها الجماعة عام 2004م، ومرورًا بطرح برنامج الحزب “القراءة الأولى “عام 2007م، فيما قاد المطبخ السياسي للانتخابات البرلمانية في 2010م.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: