Hari 01 Pilihanraya Presiden Mesir jadi contoh Dunia Islam

Dari kiri Sayyid, saya, Mustafa dan teman-teman tahun 1990an dulu semasa saya sering ke kampung ulu ini melihat amal Ikhwan. Ahmad A Hafiz (berdiri paling kanan) di tahun 1990an bekerja di Jordan. Hari ini beliau bekerja di Kuwait. Mereka menjaga “pondok panas” berhampiran tempat mengundi di sekolah yang kelihatan di belakang kami. Hanya pondok panas Ikhwan Muslimin sahaja yang ada di sini. 12 orang calon lain tidak mempunyai jentera yang kukuh dan sebenar.

Semalam, hari pertama Pilihanraya Presiden Mesir, saya sekali lagi memilih kampung kedua di hati saya, Mansyiah, untuk membuat pemerhatian dan kenangan. Teruskan membaca

Advertisement

64 tahun Palestin dijajah (15/5/1948-2012)

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak di atas telah berumur 70-an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi hingga sanggup menjual Palestin kepada Kuasa-kuasa Besar samada secara belakang-belakang atau terbuka.

Pada hari ini 15/5/2012, genap 64 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Teruskan membaca

[MSIB 02] Kristianisasi : UMNO vs PAS berlawan di mahkamah

Lina Joy menang kes di mahkamah untuk bebas memilih untuk murtad.

Dua organisasi Melayu Islam terbesar di Malaysia belum dapat duduk bersepakat bermesyuarat berkala untuk beberapa kepentingan bersama agenda Melayu Islam, sebaliknya disaat ini kedua-dua organisasi tersebut berlawan di mahkamah tinggi. Isunya ialah usaha menyelamatkan aqidah umat Melayu Islam Teruskan membaca

Barisan Salafi Mesir menyokong Dr Mursy calon Presiden Mesir

Barisan Salafi mengumumkan sokongan resminya yang menyeluruh untuk Dr Mohd Mursy, calon jemaah Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan dalam Pilihanraya Parlimen 23-24 Mei ini. Teruskan membaca