[MSIB 02] Kristianisasi : UMNO vs PAS berlawan di mahkamah

Lina Joy menang kes di mahkamah untuk bebas memilih untuk murtad.

Dua organisasi Melayu Islam terbesar di Malaysia belum dapat duduk bersepakat bermesyuarat berkala untuk beberapa kepentingan bersama agenda Melayu Islam, sebaliknya disaat ini kedua-dua organisasi tersebut berlawan di mahkamah tinggi. Isunya ialah usaha menyelamatkan aqidah umat Melayu Islam yang cuba dipesong dan dimurtadkan oleh Gereja Methodist Damansara Utama yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Semalam, 11 Mei – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar & berita di bawah) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut. Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.
Gereja Methodist Damansara Utama
Detik-detik serbuan ke atas program penerangan Kristian kepada beberapa orang Melayu Islam di dalam premis gereja. Beberapa kertas di jumpai didalam bakul sampah.
Raja, pewaris pemerintahan Kesultanan Melayu Islam zaman Keagungan Melayu Islam yang lampau. Sebagai ketua agama Islam, kepada siapa dan organisasi-organisasi mana hendak digantung pengharapan di Malaysia untuk menyelamatkan aqidah umat Islam yang semakin terhakis.
Jemaah-jemaah Islam terus tegas berterus terang mengecam usaha-usaha memurtadkan orang-orang melayu Islam di Malaysia. Ia adalah larangan yang jelas terdapat dalam Enekman Undan-undang Islam. Jemaah Islam tidak seharusnya tunduk atau cuba menjaga hati sesiapa dalam hal yang jelas ini.

Jika didalam hal aqidah umat sendiri, iaitu agenda tertinggi umat, kedua-dua organisasi Melayu Islam yang terbesar, UMNO dan PAS tidak boleh bersepakat, maka bagaimana kita hendak mengharapkan mereka dapat bersepakat dalam agenda-agenda lebih ringan seterusnya seperti budaya, pendidikan, ekonomi, bahasa, kesihatan dan sebagainya.

Hari Pilihanraya ke 13 semakin dekat. Parti-parti Cina MCA, GERAKAN, DAP dan PKR telah sepakat dalam menggubal dan mengemukakan kertas Tuntutan Pelajaran dan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina kepada pihak Kerajaan Malaysia sempena PRU13 yang menjelang. Mereka akan terus mengemukakan tuntutan-tuntutan lain selepas ini. Mereka mempunyai agenda dunia mereka yang jelas yang mesti diperjuangkan tanpa mengira perbezaan bendera atau logo.

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah sebenar-benar taqwa. Jangan kamu mati melainkan kamu orang-orang Islam. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, bila dulu kamu bermusuhan, lalu Allah mentautkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara dengan nikmatNya” (Al-Quran).

.

.

.

.

.SHAH ALAM 11 Mei – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin

Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.

“Serbuan dibuat selepas Bahagian R&D membuat pemerhatian dan siasatan selama tujuh bulan bagi mengumpul maklumat yang tepat sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan.

“Berdasarkan laporan, terdapat unsur-unsur serta bukti wujudnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam di gereja itu,” jelas beliau semasa disoal oleh peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO Selangor.

3 Respons

  1. Mudah2an akan bersatu jua kelompok PAS, UMNO dan semua Muslimin, Muslimat di Malaysia. Amin

  2. Orang-orang Cina bijak berpolitik. Malangnya orang Melayu masih suka menjadi pak turut, malas membaca dan berfikir secara kritis. Kurang berdikari dan terlalu bergantung kepada kerajaan. Walaupun zaman serba canggih, mereka masih bergantung kepada sumber sebelah pihak saja dalam membuat penilaian.

  3. seperti ada pihak cuba mengangguk di air keruh, awas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: