Jalan dakwah Dr Ir Mursy : Dari penjara ke istana

Mursy & Ikhwan Muslimin : Dari penjara ke istana.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kerajaan adalah milik Allah. Dia beri kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendakki. Dia cabut kerajaan dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan sesiapa yang Dia kehendakki. Dia hina sesiapa yang Dia kehendakki. PadaMulah kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa keatas tiap sesuatu ..” (Al-Quran). Ia adalah sunnah Allah yang tidap pernah dan tidak akan berubah. Mereka yang mengamati dan menggunakan sunnah tersebut didalam perjuangannya akan berjaya, manakala mereka yang lalai atau berjuang tanpa menggunakan sunnah itu akan rugi dan kecundang.

Ketika Revolusi 25 Januari meledak, Dr Ir Mohd Mursy seperti ramai ikhwahnya yang lain dari jemaah Ikhwan Muslimin berada didalam penjara Presiden Husni Mubarak, residen yang ketika itu berada di istananya di Aberdeen, Kaherah. Hari ini Mursy di Pejabat Presiden, Kaherah manakala Husni berada di Penjara Turrah, dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh hakim dari kumpulannya dan akan dibicarakan semula oleh mahkamah yang baru di fasa presiden yang baru, Mursy. Tidak logik lebih 800 para Syuhadak yang dibunuh disepanjang Revolusi 25 Januari, akan tetapi tiada seorang pembesar didalam negara yang tidak menjalani hukuman Qisas (balas bunuh). Husni Mubarak dan Hasan Adly (Menteri Dalam Negeri) yang menerima hukuman paling berat hanya dihukum penjara seumur hidup yang boleh diampunkan selepas berumur 85 tahun jika ada masalah kesihatan.

Minggu lalu, Mursy merasmikan majlis graduasi mahasiswa Fakulti Tentera Laut dan Darat.

Bukan sahaja para Duat, bahkan ramai dari kalangan masyarakat umum mengetahui bahawa jalan di hadapan masih panjang bagi Dr Ir Mursy, Ikhwan Muslimin, golongan cintakan Islam dan rakyat Mesir sendiri. Disebabkan sistem yang rosak sejak zaman Penjajahan Perancis dan Inggeris, sehingga zaman Presiden Jamal Nasir (dokongan Timur Komunis), Presiden Sadat dan Mubarak (dokongan Barat Amerika dan Eropah) :

  1. Golongan munafikin telah dan masih banyak memenuhi jawatan-jawatan penting didalam negara. Contoh terdekat keputusan hakim dalam membubarkan Parlimen yang dipilih rakyat Dis 2011-Jan 2012 yang lalu, keputusan SPR yang menolak pencalonan Ir Khairat Syatir dan Hazim Solah dalam Pilihanraya Presiden dan seumpamanya. Proses pembersihan jabatan-jabatan kerajaan dari golongan tersebut bukan suatu yang mudah dan tidak mengambil masa dan tenaga yang sedikit.
  2. Kekayaan Mesir yang dibolot oleh hanya 32 keluarga berbanding 85 juta bilangan penduduk Mesir. saya pernah bertanya seorang akauntan yang bekerja di Jabatan Audit Negara (Mesir). Beliau menganggarkan wang tersebut cukup untuk menampung belanjawan negara diseluruh tempoh pemerintahannya yang selama ~30 tahun tersebut. Hari ini usaha untuk mendapatkan wang tersebut dari beliau, anak isterinya dan para kroni nya bukan suatu yang mudah, lebih-lebih lagi wang sebanyak itu seudah tentu diletakkan di Negara-negara Barat dan digunakan oleh Barat untuk memajukan negara dan rakyat mereka.
  3. Rakyat yang menderita yang memerlukan pembelaan segera. Ini juga boleh menjelaskan kenapa ketika saya di Mesir pada tahun-tahun 1989-1997, gaji seorang doktor baru adalah hanya sekitar RM130 sahaja dan ditambah RM20 jika dia telah tamat pengkhususan dan menjadi seorang pakar, sedang harga daging ketika itu adalah sekitar RM10 sekilo. “Polis Pacak”, seorang yang telah tamat pendidikan, yang menjalani “Khidmat Negara” dengan menjaga lalu lintas di seluruh Kaherahmenerima gaji LE20 (RM15) sebulan makan tanggung.Oleh itu ramai dari kalangan rakyat Mesir yang bekerja sendiri. Jika mereka kakitangan kerajaan, mereka mempunyai pekerjaan kedua atau ketiga di luar waktu pejabat.
  4. Rakyat biasa yang alpa dengan kehidupan dunia, tidak mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku, asalkan mereka dapat menyambung hidup dari hari kesehari. Sumber maklumat dan pendirian mereka hanyalah apa yang disiar oleh televisyen dan media massa yang lain. Golongan seperti inilah yang mengundi calon Ahmad Syafiq. Bilangan undi sebanyak 12 juta merupakan bilangan yang banyak, maka usaha menyedar dan mendidik mereka erti kemerdekaan dan keagungan untuk Islam dan umatnya merupakan tugas yang sangat berat dan amat luas ruang lingkupnya.
  5. Rakyat yang kecewa yang tidak keluar mengundi, kira-kira 20-30 juta orang. Sifat negatif mereka memerlukan bimbingan disatu aspek, dan pembuktian oleh pencapaian-pencapai Mursy selama 4 tahun dihadapan ini.
  6. Rakyat yang peka, terutama adari golongan Islamis, cendikiawan dan proaktif, namun mereka ditindas samada dibunuh, dipenjara, ditekan atau ditakut-takutkan. Jika golongan seperti ini yang mengundi Mursy sebagai Presiden, maka undi 13 juta yang diperolehi Mursy merupakan bilangan yang sangat banyak dan boleh merubah Mesir pada akar umbinya.
  7. Musuh-musuh luar dari Barat dan Timur yang tidak mahu Islam bersinar di Mesir dan dari Mesir lalu menggerakkan Dunia Islam yang lain. Ketamakkan mereka terhadap mesir adalah kerana potensi Mesir yang sangat tinggi kerana rakyatnya ramai berpendidikan tinggi, tenteranya yang terkuat didunia, Terusan Suez yang menjadi nadi dan pemangkin terpenting, ekonomi dunia, kedudukan Mesir di tengah-tengah dunia diantara benua Afrika, Eropah dan Asia dan faktor-faktor lain.

Dr Yusuf Qardhawy menyokong calon presiden Dr Abdul Mun’im Abul Futuh, sebelum dan selepas Ikhwan mengumumkan bertanding presiden.

Bila memikirkan kesemua faktor-faktor diatas, harapan dan foktor paling utama adalah kepada sumber manusia yang Mesir ada pada saat yang getir ini. Selain sumber manusia, Mesir mempunyai segala potensi untuk menjadi negara termaju, terkuat dan pemimpin bagi Dunia Islam. Pada saya jemaah Ikhwan Muslimin dan rakyat yang soleh di Mesir, setelah menjalani tarbiyah penjara, bunuh, tekanan dan gertakan, mereka mempunyai asas-asas dan bilangan yang baik yang jika disusun dan digunakan dengan sebaiknya, maka harapan dan matlamat Revolusi 25 Januari ini boleh dicapai, kini dan pada tempoh terdekat akan datang. Kejayaannya bukan sahaja memerlukan segala potensi didalam Mesir, bahkan Negara-negara Islam juga mesti turut membantu sama. Saya percaya musuh-musuh Barat dan Timur sedang mula membuat kepungan keatas Mursy dan kerajaan Islamisnya. Maka Dunia Islam juga mesti bertolong-tolong untuk membangunkan negara-negara seaqidahnya. “Orang-orang kafir saling membantu satu sama lain. Jika kamu tidak berbuat sedemikian, akan terjadi fitnah di mukabumi dan kerosakan yang besar” (Al-Quran).

Saya (kiri sekali) di hari Pilihanraya Presiden Mesir bulan Mei 2012 lalu, mengikutinya dari dekat. Nasihat saya kepada para pelajar luar negara agar sentiasa mengikuti perkembangan politik dan pilihanraya di negara di mana merek abelajar, dan kaitkan dengan kefahaman Politik dan Fikrah Islam berkaitan yang dipelajari secara teori di usrah-usrah.

“Wahai Ikhwan Muslimin ! Sesungghnya jalan kamu telah digariskan langkah-langkahnya dan telah diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan melanggar batas-batas ini yang amat aku yakini bahawa ia adalah jalan paling selamat ke arah mencapai Matlamat. Memang ia mungkin jalan yang panjang akan tetapi tiada jalan yang lain selainnya. Kelelakian seseorang itu terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan kerja yang berterusan. Sesiapa dari kamu yang gopoh hendak segera memetik buah sebelum masaknya atau menyunting bunga sebelum mekarnya, maka aku tidak bersamanya sama sekali. Lebih baik baginya meninggalkan Dakwah ini untuk bersama dengan jemaah-jemaah yang lain. Siapa yang bersabar bersama aku sehingga benih bercambah, pohon tumbuh, buah masak meranum dan sedia dipetik maka pahala untuknya ada disisi Allah. Kita dan dia tidak akan terlepas dari mendapat dua kebaikan, samada kemenangan dan pemerintahan, atau syahid dan kebahgiaan”.

Di Mesir, Nabi Yusuf as pada awalnya dipenjara, setelah itu beliau keluar penjara menjadi pemimpin. Begitulah juga Dr Ir Mursy dan rakan-rakan jemaahnya dan jemaah-jemaah lain di Mesir. Sunnah Allah tetap sama tidak berubah. Yan berubah hanyalah sebahagian para Duat yang kurang memahami Sunnah tersebut, kecewa dengan dugaan-dugaan yang mencabar disepanjang Jalan Dakwah atau gopoh untuk memetik buah sebelum masak. Moha Allah swt membimbing dan memberkati perjalanan kita di Jalan Dakwah ini.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wordpress.com

6 Respons

  1. Salam Ustaz. Saya mengikuti blog Ustaz dan mendapat inspirasi perjuangan. Terimakasih atas perkongsian.

  2. Subhanallah.. maha suci Allah yang menetapkan semua perkara.

  3. Janji Allah Pasti Berlaku!

  4. Allah SWT telah melaksana dan memuliakan permintaan Orang Mukmin di Mesir- SubhanAllah- Maha Suci Allah dalam menilai perjuangan orang-orang Mukmin.

  5. Jangan terlalu giarah menyokong / menentang mana2 pun pemimpin baru. Belum tentu kebolehannya.

    Sesebuah kerajaan akan berjaya atau sebaliknya, bukan sebab personalitinya. Orang2 sekeliling lah yang menentukannya kelak.

    Ingat ‘POWER CORUPTS’

    Dugaan ALLAH S.W.T. kpd kita datang dalam pelbagai bentuk senang dan susah. Yg paling perit mengatasi ialah dugaan melalui harta, kuasa, pangkat dan perempuan cantik. Jdai hati-hati dlm menyokong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: