Selamat datang Ramadan yang diberkati

“Ya ALlah, jadikanlah ibadah Ramadan kami seperti ibadah Rasulullah saw dibulan Ramadan.

Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang beriman. Diwajibkan puasa keatas kamu seperti telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa, pada hari-hari tertentu ….”. FirmanNya lagi dalam ayat selepas itu bermaksud, “Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran didalam bulan tersebut …”.

Raslullah saw bersabda bermaksud, “Wahai manusia ! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat lagi diberkati. Ia bulan diman didalamnya ada satu malam lebih baik dari 1000 bulan. ia bulan dimana jika seseorang mukmin itu ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan kebaikan (sunat), maka baginya pahala seperti pahala mengerjakan fardhu. Jika dia berusaha sedemikian dengan mengerjakan amalan fardhu, pahalanya digandakan sebanyak 70 kali amalan fardhu. Ia adalah bulan sabar. Balasan untuk sabar adalah Syurga.Ia adalah bulan sedekah. Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka untuknya pahala sebanyak orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. Di bulan ini ada 4 ciri. Dua darinya menyebabkan Tuhan kamu redha kepada kamu, iaitu kamu mengucapkan Lailaha illallah dan beristighfar (memohon ampun) kepadaNya. Dua lagi ialah kamu tidak dapat tidak berharap kepadanya iaitu kamu meminta Syurga dariNya dan memohon perlindunganNya dari Neraka …”.

Dari ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang banyak mengenai kelebihan puasa, solat Tarawih, sedekah, melakukan kebajikan, berzikir dan beriktikaf dan sebagainya, dapat kita membuat sedikit rumusan amali yang elok kita laksanakan di sepanjuang bulan Ramadan yang berkat ini. Diantaranya ialah :

1. Mendorong ahli-ahli keluarga berpuasa. Mulakan dengan sedikit latihan dan kata-kata semangat di akhir bulan Syaaban.

2. Menghidupkan solat tarawih.

3. Berkongsi dalam berbuka puasa, moreh dan lain-lain aktiviti berkait Ramadan bersama masyarakat.

4. Menghiasi rumah di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal (bukan Syawal sahaja).

5. Bersedekah. Khususnya kepada badan-badan Dakwah Islam.

6. Mengenalpasti orang-orang miskin yang layak dibantu dalam bulan Ramadan.

7. Membuat jemputan berbuka puasa di rumah dan menyenarai saudara mara dan sahabat handai dengan lebih awal, dari sekarang.

8. Mengkhatam Al-Quran.

9. Menghidupkan suasana Al-Quran di dalam masyarakat. Membacanya di semua tempat samada di rumah, pejabat, ketika menunggu bas atau kawan dll.

10. Membaca buku-buku Islam berkaitan Ramadan.

11. Mendengar kuliah-kuliah mengenai Ramadan

12. Memasang banner ucap selamat.

13. Beriktikaf dan menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan di masjid.

14. Membuat persiapan Raya dengan lebih awal supaya tidak menjadi sibuk di akhir Ramadan yang diperuntukkan untuk ibadat-ibadat khusus.

15. Menyediakan tabung sumbangan mini di setiap rumah untuk melatih diri dan ahli keluarga bersedekah.

16. Berjimat dalam membuat persiapan Hari Raya dan elak dari wang jatuh ketangan bukan-Islam.

17. Berazam untuk berhenti dari tabiat-tabiat negatif lain setelah menjalani latihan rabbani di sepanjang Ramadan. Di antaranya ialah:

  • Berkata dusta dan sia-sia.
  • Mengata-ngata orang lain.
  • Makan minum yang berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • Tidak menepati janji.
  • Tidak bergaul dengan orang ramai.
  • Merokok.
  • Program-program maksiat atau lagha.

18. Berazam untuk memiliki tabiat-tabiat positif setelah menjalani latihan rabbani di sepanjang Ramadan, di antaranya:

  • Mempunyai zikir harian dari Al-Quran dan Al-Hadis.
  • Lebih rapat dengan kitab Al-Quran dan selalu mengambil ayat dan cerita di dalamnya sebagai panduan.
  • Melazimi puasa sunat.
  • Tidur awal setiap malam tanpa membuang masa di televisyen, kenalan atau membuang urusan yang tidak penting.
  • Bangun awal sebelum azan subuh, dapat solat sunat dua rakaat sebelum azan. Muraqabah Allah swt, ingat Akhirat dan bersedia untuknya.
  • Menjaga kesihatan.
  • Berbahasa manis.
  • Sentiasa menghormati tetamu, mengajak orang ke rumah. Baik dalam pergaulan.
  • Halus hati dan budi. Mangasihi orang miskin dan tidak bernasib baik.
  • Banyak membaca.
  • Jaga hak orang. Jangan berlengah. Membayar Zakat Fitrah. Bayar zakat fardhu yang lain tanpa berlengah.
  • Bersedekah kepada badan-badan Islam, sekolah-sekolah rakyat, umat Islam tertindas di Dunia Islam.
  • Berjihad melawan runtunan nafsu, tundukkan pandangan, disiplinkan perasaan.
  • Menghubungkan Silaturrahim dan Ukhuwwah Islamiyah.
  • Meluaskan perkenalan dengan sahabat-sahabat yang saleh, menziarahi dan saling berhubungan dengan mereka.

19. Mengajak masyarakat kepada memiliki sifat-sifat di atas.

20. Berusaha menyebarkan penghayatan Islam kepada kenalan dan saudara mara dengan mendorong mereka menghayati Islam dalam bacaan mereka, perbincangan harian, keperihatinan terhadap pendidikan dan masa depan masyarakat, berhias dengan akhlak mulia dan mendidik anak-anak.

Moga Allah swt memberkati amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita sempena bulan Ramadan yang berkat ini. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Advertisements

Satu Respons

  1. Reblogged this on I come, see & post. and commented:
    Salam Ramadhan Ustaz. Terima kasih atas perkongsian yg penuh bermanfaat ini. Mohon kebenaran utk disharekan. Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: