Amanat Haji Hadi

amanat haji hadi“Amanat Haji Hadi (1981)” adalah isi pidato beliau yang dijadikan bentuk “amanat” oleh orang-orang tertentu.

Seperti salah sebuah posting saya yang lalu, “Diantara Syariat Islam dan hukum Hudud“, apabila isu “Hudud” dan juga isu “Amanat Hadi” dikemukakan kepada masyarakat di Malaysia oleh media massa, ia salah satu penunjuk bahawa gendang Pilihanraya Umum telah mula dipalu oleh pihak Pemerintah. Oleh kerana itu banyak respon dari ahli fikir dan tokoh dalam masyarakat terhadap isu “Amanat Hadi” ini bukan semata-mata atas asas ilmiah dan maslahat umum masyarakat dan negara seperti yang dikehendakki oleh Islam, malah respon dari mereka yang cenderung kepada satu-satu aliran politik akan diwarnai dengan jelas dengan kecenderungan politik masing-masing bahkan hingga ke tahap melupakan asas ilmiah Islam dan kepentingan umum umat Islam itu sendiri.

Setelah mula berjinak dengan usaha-usaha Islam pada tahun 1979 dan 1980 ketika di tingkatan 2 dan 3 di MRSM Kuantan, saya mula terlibat didalam usrah dan amal Islam haraki pada tahun 1981 ketika di tingkatan 4 sehinggalah ke hari ini. Di tahun 1981 yang sama “Amanat Haji Hadi” mula dikemundangkan samada oleh sebahagian ahli dan pimpinan PAS untuk menjaga aqidah umat Islam atau meraih undi dan pendokong disatu pihak. Ia juga dikumandangkan oleh UMNO menerusi media massa samada untuk menjaga keharmonian umat Islam atau memburukkan PAS dengan memalitkannya dengan sikap kafir mengkafir untuk menjauhkan masyarakat dan pengundi darinya.

Sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih mendalam, ada baiknya saya kemukakan satu konsep yang penting didalam fikrah, politik maupun perundangan iaitu konsep Antara Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah. Seperti juga memahami konsep Antara Jiwa dan Sistem, memahaminya dana menggunakannya dalam berfikir dan membuat sesuatu kesimpulan (judgement) adalah sangat penting dan tidak hilang punca. Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah Setiap orang dari kita membawa kedua-dua syakhsiyah (keperibadian atau entiti) ini didalam hidupnya. Contohnya apabila saya melihat atau menilai Ali bin Ahmad, saya melihat beliau membawa kedua-dua syakhsiyah iktibariah dan iktiyadiyah.

  1. Syakhsiyah Iktibariah adalah syakhsiyah atau keperibadian atau identiti persatuan, kabilah, negara dan organisasi seumpamanya yang beliau anggotai.
  2. Syakhsiyah Iktiyadiyah adalah syakhsiyah, keperibadian atau identiti diri seseorang individu itu sendiri tanpa merujuk kepada organisasi yang beliau anggotai.

Contohnya, sesebuah negara itu adalah Negara Islam (syakhsiyah iktibariah) tidak semestinya semua penduduknya (individu-individu iktiyadiyah) beragama Islam. Begitu juga sebaliknya sebuah negara bukan-Islam (syakhsiyah iktibariyah) ada terdapat individu-individu Islam didalamnya. Begitu juga apabila kita contohnya mengatakan bahawa syarikat Shell adalah syarikat kafir (syakhsiyah iktibariah), kita tidak mengatakan semua kakitangan (iktiyadiyah) didalamnya adalah kafir. Sebaliknya apabila kita katakan syarikat Petronas adalah sebuah syarikat Islam, kita tidak mengatakan semua kakitangannya atau Arumugam yang bekerja didalamnya adalah seorang Islam.

Apabila Asy-Syahid Sayyid Qutb mengatakan “Mujtamak Jahili” adalah mujtamak atau masyarakat yang hidup didalam sistem yang tidak berasaskan Syariat Islam, sebaliknya hidup didalam sistem hawa nafsu manusia yang dicedok dari Barat atau Timur, saya melihat dia merujuk kepada syakhsiyah iktibariah dan bukan kepada individu-individu didalam masyarakat tersebut yang terdapat didalamnya orang-orang saleh dan sebaliknya. Ini dengan peringatan bahawa “Jalihi” tidak semestinya kafir dengan dalil “Sesungguhnya didalam engkau ada jahiliyah” (Hadis), sabda Nabi saw kepada seorang sahabat hebat bernama Abu Dzar yang marah lalu mengejek Bilal sebagai anak wanita kulit hitam. Mereka yang tidak faham akan mengatakan Sayyid Qutb mengkafirkan orang-orang Islam yang berada didalam negara-negara yang tidak lagi diperintah dibawah sistem Islam.

Ideologi mengkafirkan umat Islam samada secara individu atau secara borong dengan alasan mereka atau umat “redha berada dibawah sistem atau undang-undang yang bukan Islam” masih lagi dipakai oleh beberapa kumpulan Islam seperti Tanzim Jihad, sebahagian Tanzim Al-Qaedah dan seumpamanya. Oleh itu kedapatan mereka tidak makan lauk ayam dan daging di restoran-restoran awam sebaliknya makan lauk tersebut dari sembelihan sendiri atau sembelihan rakan-rakan seperjuangan. Mereka ke masjid tetapi tidak bersolat bersama imam, bahkan bersolat sendirian di bahagian belakang masjid, atau ramai dikalangan mereka yang tidak ke masjid dan memilih untuk solat di rumah. Ini adalah kerana aqidah penyembelih atau imam solat dipertikaikan oleh mereka. Iktiqad atau kepercayaan seperti ini boleh sampai ke kemuncaknya dengan menghalalkan darah dan pembunuhan seperti yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengebom tempat awam seperti sekolah dan pejabat seperti letupan-letupan di Iraq hari ini, dengan hujah masyarakat redha dengan pemerintahan Penjajah Amerika dan sistem Demokrasi yang diperkenalkan lalu masyarakat menjadi kafir.

Memali_BalingTragedi Memali, Kg. Memali, Baling, Kedah 1985. 

Memali

Al-Marhum Ustaz Ibrahim (bawa dan kiri sekali) bersama 13 sahabatnya ahli PAS ditembak mati oleh polis Malaysia pada tahun 1985 dizaman pemerintahan Dr Mahathir. Ketika itu Anwar Ibrahim baru beberapa tahun meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO.

Adapun terhadap individu-individu (syakhsiyah iktiyadiyah), Imam Hasan Al-Banna menggariskan dengan jelas dan lebih awal beberapa dekad sebelum gejala seperti ini berlaku dengan mengemukakan Usul 20 berbunyi : “Kita tidak mengkafirkan seseorang Islam yang berikrar dengan Dua Kalimah Syahadah, mengamalkan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan amalan-amalan fardhu (hanya) kerana pandangan atau maksiat (yang ditunjukkan olehnya) melainkan sekiranya dia :

  1. Berikrar dengan kalimat Kafir (mengakui kafir), ATAU
  2. Ingkar terhadap sesuatu perkara yang Maklum Minad Deen bid Darurah (diketahui ramai secara melata seperti kewajipan solat 5 waktu), ATAU
  3. Atau mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang jelas, ATAU
  4. Menafsirkan Al-Quran yang lari jauh dari makna Bahasa Arab yang sebenar, ATAU
  5. Melakukan sesuatu amalan yang tidak boleh lagi ditafsirkan selain “Kafir”.

Ungkapan Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 ini menjadi ketara kepentingannya apabila Presiden Jamal Abdul Nasir mengambilalih pemerintahan dan mengumumkan perang terhadap jemaah Ikhwan Muslimin mulai tahun 1954. Ribuan pimpinan dan anggota jemaah tersebut dipenjara dan disiksa. Ramai pimpinan yang dipenjara sehingga 20-25 tahun. Sebilangan mereka dihukum gantung sampai mati seperti Sayyid Qutb dan seangkatan dengannya. Ada seorang yang menyebut nama “Allah” apabila dirotan lalu yang merotan berkata, “dimana tuhan engkau, aku nak rotan dia”. Penderitaan didalam penjara menyebabkan ramai yang berbeza pandangan terhadap status akidah regim yang menindas mereka, adakah masih Islam atau kafir. Mursyid Am, Al-Marhum Mustafa Masyhur menceritakan bahawa perbezaan pandangan mereka didalam penjara sehingga menyebabkan mereka berpecah dan bersolat sebanyak 7 jemaah berlainan imam. Mursyid Am ketika itu, Imam Hasa Al-Hudhaiby menulis buku “Duat la Qudat” (Kita hanyalah Pendakwah-pendakwah dan bukan Hakim-hakim) menguatkan lagi Usul 20 yang digariskan oleh Imam mereka, Imam Hasan Al-Banna. Setelah lebih 20 tahun disiksa didalam penjara, pimpinan dan ahli Ikhwan Muslimin berjaya berpegang teguh dengan fikrah Ikhwan yang digariskan oleh Hasan Al-Banna iaitu tidak sewanang-wenangnya mengkafirkan orang lain tanpa dalil yang kuat. Bahkan Mursyid Am Kedua menegas dan mengajak para Ikhwan agar berpada menjadi pendakwah-pendakwah di jalan Allah, dan bukan menjadi orang-orang yang menghukum aqidah orang lain. Dengan ini Ikhwan Muslimin terus berkembang menuju matlamat dan menjadi penyelamat kepada umat.

AlBanna 01Imam Hasan Al-Banna, penulis Usul 20. 

Mereka yang sezaman dengan saya dalam arus kebangkitan Islam di Malaysia tahun 1980an akan bersetuju bahawa isu kafir mengkafir ini banyak mempengaruhi masyarakat ketika itu lebih-lebih lagi yang berminat kepada gerakan Islam. Ramai pimpinan-pimpinan gerakan Islam hari ini mengenang zaman lampau dimana mereka tidak makan sembelihan orang-orang UMNO. Ketika saya melangsungkan perkahwinan di Australia pada 25.6.1985, saya sangat mengambil berat agar saksi-saksi akad nikah saya nanti bukan orang yang diragui akidahnya. Oleh sebab itu saya segera meminta agar Abdul Mon’iem Al-Hessady, seorang Ikhwan dari Libya yang sedang membuat PhD di universiti yang sama dengan saya agar menjadi salah seorang saksi, takut akad nikah tak sah atau sekurang-kurangnya boleh dipertikaikan jika aqad tersebut bersaksikan sebarangan orang Melayu dari Malaysia !.

Sebagaimana Al-Quran yang mujmal (ringkas) sukar difahami melainkan dengan penjelasan terperinci (mubayin) dari hadis, Seerah dan perjuangan Rasulullah saw, bagitu jugalah saya yakin bahawa fikrah dan perjuangan yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna ini tidak boleh difahami hanya melalui pembacaan tulisan-tulisan beliau, akan tetapi ia difahami dengan melihat sendiri bagaimana fikrah tersebut difahami dan diperjuangkan oleh pimpinan-pimpinan dan generasi-generasi selepas beliau tiada. Fikrah dan perjuangan menjadi lebih jelas apabila saya mengikuti pentarbiyah dan kehidupan sepanjang saya berada selama 8 tahun di Mesir. disamping usrah mingguan, qiyam, rehlah, mukhayyam dan wasail (modul-modul) tarbiyah yang lain, Khutbah Jumaat Ikhwan setiap Jumaat di Masjid Ar-Ridwan, Hayyu Sabiek dan Kuliah Mingguan di Masjid Al-Fatah, Umar Afandi banyak merubah persepsi Dakwah ke dalam diri saya.

Jika di Malaysia dahulu, ceramah-ceramah umum lebih berbau politik, kebencian, kafir dan seumpamanya, akan tetapi khutbah dan ceramah Ikhwan mengingatkan akhirat, tanggungjawab diri, keluarga dan negara, menjauhi maksiat dan penyelewengan dan seumpamanya. Mendengar ceramahnya mendorong hati dan jiwa mencintai semua lapisan masyarakat dan berusaha mentautkan apa yang jauh, memaafkan apa yang tersilap, menyatukan apa yang berpecah, saling menguatkan apa yang lemah. Saya amat percaya, perjalanan tarbiyah dan kehidupan yang dilalui sepanjang Mesir seperti diatas telah banyak mencorak ramai pimpinan dan para murabbi (pendidik) seangkatan dan sezaman dengan saya yang melalui proses yang sama. Kerana itu lahirnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

asd5Ikhwan Muslimin Mesir dizaman sebelum Revolusi 25 Januari 2011 sentiasa ditindas, dipenjaran dan ada dibunuh. Mereka menganggap ia adalah tarbiyah dan sunnah Allah dalam perjuangan demi membersihkan saff perjuangan dan menyedarkan masyarakat. Ceramah mereka hanya berisi cinta kasih sayang terhadap agama, umat dan negara. Ia jauh berbeza dari ceramah-ceramah politik di Malaysia samada dipihak pemerintah maupun kawan. Kesan kepada masyarakat juga berbeza diantara kedua-dua buah negara.

Dewasa ini ramai yang mula sedar perihal pentingnya umat Melayu Islam bersatu dan menjadi kuat semula, jika tidak bersatu pada organisasi, setidak-tidaknya bersatu duduk dan bersepakat dalam beberapa agenda kepentingan bersama. Saya percaya sedikit masa lagi kesedaran tersebut akan lebih melata dan akan melepasi batasan prasangka politik kepartaian, namun begitu mempelopori kesedaran tersebut berhajat kepada sekelompok manusia yang benar-benar telah melalui pentarbiyahan lalu menjiwainya dengan hati dan ruh, bukan mereka yang telah sedar tetapi masih pola pemikiran dan modus operandinya diikat dengan formula percaturan politik kepartaian yang lama dan terbukti gagal. Ia suatu perjalanan yang panjang. Hanya para Duat yang menjiwai dengan sepenuh hati dan ruh sahaja yang mampu melalui jalan yang jauh dengan stamina yang panjang. Adapun selain mereka, hanya mampu bercakap ketika di pangkal jalan tetapi kecundang dipertengahannya dek kerana kesamaran halatuju atau tawaran habuan yang mendatang.

AlBanna 01Kita mahu masyarakat kita memahami bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih kepada jiwa-jiwa kita yang rela menjadi tebusan kerana berkorban demi untuk mencapai keagungan buat mereka, sekiranya tebusan itulah harga yang mesti dibayar. Jiwa ini rela serik membayar harga yang tinggi demi kearah mencapai kemulian untuk mereka. Pendirian seperti ini terhadap mereka tidak lain selain perasaan yaang telah menyelubungi hati-hati kita, telah menguasai perasaan kita, kita menjauhi katil tempat tidur kita berjaga kerana bekerja dan mengalir airmata untuk mereka. Kita benar-benar perit melihat apa yang menimpa masyarakat kita kemudian kita sendiri menyerah diri tunduk kepada kehinaan dan cenderung kepada putus asa. Oleh itu kita bekerja dijalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari untuk diri kita sendiri. Oleh itu kami adalah untuk kamu wahai masyarakat yang kami sayangi, bukan untuk selain kamu. Kami tidak akan akan bekerja yang akan menarik kamu ke belakang walau sekelip mata pun. [Imam Hasan Al-Banna]

Kesimpulan atau pandangan yang dapat saya kemukakan adalah :

  1. “Amanat Hadi (1981)” ada menyumbang kepada kesedaran akidah umum dizaman tersebut dalam beberapa aspek didalam berhadapan dengan golongan Liberal ketika mana fenomena wanita memakai tudung baru bermula lalu dipersindirkan, sebutan ke arah penegakkan “Negara Islam” baru kerkumandang lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan tokoh-tokoh dan mereka yang mempersendakan agama dan perlaksanaan Syariat Islam seperti “melaksanakan Islam negara tak maju atau menjadi huru hara … “, “jika direjam orang yang berzina, maka habislah batu-batu yang nak digunakan buat jalanraya …” dan seumpamanya.
  2. “Amanat Hadi (1981)” yang memerlukan perincian yang lebih mendalam dan teliti, yang sepatutnya didisiplinkan dengan Usul 20 Imam Hasan Al-Banna telah difahami secara ringkas, mudah dan tersasar oleh ramai orang  terutama ahli-ahli tegar PAS lalu terjebak didalam gejala Takfir (kafir mengkafir) atau cenderung kepadanya dengan munculnya fenomena menghukum keIslaman individu seseorang (syakhsiyah iktiyadiyah),  tidak makan sembelihan, solat lain imam sehingga fenomena mengangkat senjata. Ia juga menyebabkan harapan murni kearah mencapai kesepakatan sesama Islam menjadi lebih buntu.
  3. Adalah wajar “Amanat Hadi (1981)” ini ditarik semula oleh beliau supaya (i) kefahaman dan tindakan ahli-ahli PAS yang terjebak atau cenderung kepada “Takfir” dapat dipulihkan atau dibendung, dan (ii) salah satu tembok penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia dapat dirobohkan. Dengan ini panduan ayat Allah swt, “Muhammad adalah rasul Allah. Dan orang-orang yang bersamanya sangat tegas terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka” (Al-Quran). Kita sedia maklum diantara penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia selain dari peta politik kepartaian, adalah doktrin yang tertanam didalam fikiran.
  4. Bertegas terhadap ajaran Syiah atau pengaruh Iran didalam PAS kerana jika Amanat Hadi antara lain bertujuan untuk memelihara aqidah umat seperti dakwaannya, maka dalam isu Syiah atau Iran adalah sepatutnya lebih bertegas lagi.,
  5. Mengajak UMNO kepada perubahan diri dan jatidiri ke arah Islam sejati sebagai strategi utama memenangi undi, dan bukan bergantung hanya semata-mata kepada perpecahan pihak lawan sebagai harapan untuk memenangi Pilihanraya. Ia harus dibuktikan dengan amal dan contoh teladan, bermula pada diri dan keluarga, dan bukan dengan kata-kata dan janji.
  6. Walaupun PRU13 semakin hampir, lalu sebahagian pembaca lebih cenderung membuat tafsiran politik dalam isu “Amanat Hadi”, namun ia harus dilihat lebih jauh dan lebih luas dari itu yang bersangkut asas ilmiah dan kepentingan umat itu sendiri. Usaha memberikan penjelasan tatkala isu ini dihangatkan oleh media, adalah lebih kuat dapat menjernihkan kefahaman sebilangan masyarakat yang telah lama memahami amanat tersebut secara salah atau melampau, tanpa perlu ditakuti akan dibuat tafsiran politik oleh sebilangan pembaca.
  7. Gerakan-gerakan Islam yang membawa Fikrah Islam yang sahih harus berani tampil menyebarkan Islam yang hakiki didalam masyarakat serta memimpin mereka dalam menghadapi cabaran masakini dan hadapan yang getir. Dalam masa yang sama, ia mesti menjadi agen penyatuan dan kekuatan kepada Umat Islam yang terdiri dari berbagai pertubuhan, golongan dan lapisan.

“Ya Allah, tunjukkan kepada kami Kebenaran itu sebagai kebenaran dan Kebatikan itu sebagai kebatilan”. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

.

.

.

.

.

.Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masukBuddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

CCC

Advertisements

14 Respons

  1. Jazakallah ustaz… Sangat mencerahkan…

    “Ya Allah, tunjukkan kepada kami Kebenaran itu sebagai kebenaran dan Kebatikan itu sebagai kebatilan”. amin…

  2. bukan benda yang mudah untuk menyampaikan kefahaman islam yang sahih sedangkan diluar sana kebatilan mengatasi yang hak.. sekurang2nya yang haq sudah bersuara!

  3. terima kasih ustaz….tapi saya sedih la blog ustaz ni menyebarkan link utusan malaysia yang kaki fitnah dan xde maruah tu….kita semua kan sedia maklum yang utusan ini sudah kerap kali disaman.

  4. Amanat Hadi (1981)” yang memerlukan perincian yang lebih mendalam dan teliti, yang sepatutnya didisiplinkan dengan Usul 20 Imam Hasan Al-Banna telah difahami secara ringkas, mudah dan tersasar oleh ramai orang terutama ahli-ahli tegar PAS lalu terjebak didalam gejala Takfir (kafir mengkafir) atau cenderung kepadanya dengan munculnya fenomena menghukum keIslaman individu seseorang (syakhsiyah iktiyadiyah), tidak makan sembelihan, solat lain imam sehingga fenomena mengangkat senjata. Ia juga menyebabkan harapan murni kearah mencapai kesepakatan sesama Islam menjadi lebih buntu.
    ….yg banyak mentakfirkan orang umno ialah, us nor deris, us mail machang, us mustafa taib, us abdullah samah…mrk ni lah yg mengkafirkan org umno, pemimpin2 pas lain tak mengkafirkan org umno

  5. selusuri sejarah, kalau utk memahami hadis kena tahu sebab wurud hadis, tak boleh bergantung semata2 kpd matan hadis, nak faham quran kena tahu sebab nuzul, tak memadai tahu terjemahan http://www.ustream.tv/recorded/28244948#/recorded/28249239

  6. pada pandangan saya, permsalahan disini berlaku salah tafsir sbilangan orang mngenai amant haji tersebut…tp adakah amanat tersebut salah dan trsimpang jauh dr kbenaran?dan relevankah amnat trsebut dtarik balik walaupun hakikatnya ia tidak brcanggah dr kebenaran..saya melihat itu bukanlah jalan terbaik krn pnyelsaian yg trbaik adlh mmberi penjelasan yg sbenar. jikalau seorang mujtahid mengeluarkan satu ijtihad kmudian pengikutnya meletakkan ijtihad tersebut di tempat yg salah adkah kesalahn trsebut kmbali kpd mujtahidnya..dan berapa byk kalam ulama disalah tafsirkan dn dileltakkn pd tmpat yg tdk sptutnya akhrnya dtuju ksalahn trsbut kpd ulama itu td..adakah ijtihad dan kalam ulama itu perlu ditarik balik krn mmbawa salah faham kpd org lain.. sbb itu disini saya melihat dsana prlukan ruang pnjelasan yg cukup bkn sebaliknya terperangkap hasil dr prmainn politik mereka yg tk brtanggungjwb yg akhrnya memberi keuntungan pada mereka..wallahua’lam

  7. masalahnya bila tuan guru Haji Hadi mohon diberi peluang untuk penjelasan atas pentas media, awal2 sudah ditolak. adakah ini sesuatu yg adil sebelum beliau diberi peluang untuk tabayun? Kalian sibuk menjelaskan kafir mengkafir tapi terlebih dahulu berhukum dan berpendapat.

    • Wan dan Naufal,
      Mmg sgt2 digalakkan TGHH buat penjelasan. Tapi kalau media utama tak bagi ruang, banyak lagi media2 lain yang sudi. Kan ke org2 PR tak percaya/ tak nengok media2 utama BN ni. So tak perlu la nak bertelagah jika org tak sudi nak kasi. Bnyk lagi cara lain. Video2 youtube, PAS kan ada media sendiri. Buat dan sebarkan. Nak cakap lebih dari sejam pun takde masalah saya rasa. Saya hormat PAS dan TGHH. Saya sgt sokong kalau PAS sendiri tunjuk usaha menjelaskan kepada semua. Once dah buat, tiada ada peluang lagi org BN nak buat modal time pilihanraya. Once and for all please settle this issue!

  8. persoalannya :-
    1) sekiranya amanat tersebut disalah tafsir, kenapa tidak ada penjelasan atau pembetulan dari tuan guru Haji Hadi sejak dari awal sehingga membiarkan berlakunya kafir mengkafir, solat 2 imam, haram sembelihan, perceraian, perpecahan yg sangat besar implikasinya kepada umat Islam
    2) sekiranya amanat tersebut benar terhadap Perlembagaan Persekutuan pada waktu itu yang dimaksudkan sebagai perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliah…kenapa PAS bersama Pakatan Rakyat bersepakat mengekalkan Perlembagaan Persekutuan sekiranya menang pilihanraya
    3) sekiranya tuan guru Haji Hadi benar2 ingin memberi penjelasan, tidak perlu tunggu utk menjelaskan melalui TV1 dan TV3 yang belum tentu akan mendapat kebenarannya. Buatlah penjelasan terlebih dahulu melalui Harakah, akhbar Pakatan Pakyat, youtube dan mana2 media alternatif kerana ramai rakyat yang keliru

  9. Syukran us halim. Sekurgnya memberi pencerahan terhadap isu yg dimainkan disebalik kenyataan isma oleh us Abdullah zaik. Terutama ikatan siswazah profesionalisme Malaysia…yg mengeluarkan kenyataan baru2 ini.

  10. perhatikan petikan sedutan ucapan tersebut ”KITA tidak perlu masuk Buddha, KITA tidak perlu masuk Hindu, KITA tidak perlu masuk Kristian, Tapi KITA menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

    so di sini nampak x yg beliau tidak mem’specific’kan mana2 individu or mana2 parti..beliau menggunakan kata nama ”KITA”..so sy xnmpk pn ada isu takfir dlm statement tersebut..

    sebagai org yg dah lama terlibat dlm amal islam ‘haraki’ tolonglah adil dlm menilai sesuatu..

    anda menilai sblm mendengar sendiri penjelasan dr TGHH..adilkah ini?

  11. Adilkah? serius dah out of context,

    yg dilawan kesan buruk Amanat tu yg dok menyebabkan org tak rasional dan buyers dan jadi sgt dualisme dlm membuat pilihan.

    YG UMNO akan lagi prejudis terhadap PAS, yg PAS takkan percaya dkt UMNO dan perjuang sampai mati.

    Last2 Islam depa tak kisah pun kesan dia, yg penting ISlam naik bila UMNO Jatuh!

    Mentalitit budak – budak!

  12. lagi satu PAS dah lama harapkan kemenangan dapat dgn menyalahkan UMNO, dalam ceramah semua dan gerak kerja terlalu jelas, ceramah dok salahkan UMNO.

    Masalah dalaman yg berjela-jela sume buat do no je, isu Syiah dlm pAS< isu LIberal, sume syp seribu bahasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: