ISMA hendak tebus maruah Umat ini

Imej

ISMA menghantar calon-calon bertanding dalam PRU13 atas tiket atau menggunakan logo Parti Berjasa.

Alhamdulillah, telah ramai org bertanya tentang ISMA untuk kenalinya lebih dekat.
Diantara mereka ada seorang insan yang sebentar tadi sms saya. Saya kongsikan kurang lebih di sini :

INSAN : Betul ke dengar Ustaz nak bertanding dalam PRU13 ini di Parlimen Seremban ?

SAYA : Ya, ISMA bertanding di Parlimen Seremban (P.128) dan 8 parlimen lain yang majoriti Melayu tetapi calon-calon BN/PR nya bukan-Islam. Mungkin ISMA calonkan saya atau orang lain, terserah kepada pimpinan. Boleh bantu ?

INSAN : Boleh. Nanti saya jumpa Ustaz malam esok waktu Isyak.

SAYA : ISMA bertanding melawan kedua-dua MCA/DAP kerana semua parti-parti bukan-Islam terang-terang tolak syariat Islam sedang parti-parti Melayu/Islam senyap (tidak memberi tindakbalas yang sepatut dan secukupnya). ISMA ingin tebus maruah Umat ini.

INSAN : Baik Ustaz. Saya akan membantu Ustaz. Saya nak bincang sama Ustaz malam esok boleh.

Kesimpulan :

  1. Ramai dikalangan masyarakat kita yang sedar tetapi tersepit dicelah-celah percaturan politik sempit yang hanya merugikan agama dan bangsa yang sepatutnya hebat ini.
  2. Hasil dari penglibatan dalam sebarang PRU bukan semata-mata dilihat pada keputusan menang kalah sesebuah parti politik, akan tetapi ia juga diukur sejauhmana risalah, fikrah atau ideologi sesebuah gerakan itu mampu dikongsi dan didokong oleh masyarakat.
  3. Jemaah mestilah melipat gandakan kesungguhan, keikhlasan dan tenaga untuk sampaikan dakwah ini kepada segenap lapisan masyarakat.
  4. Sebelum PRU dan keputusannya lagi, saya anggap ISMA telah menang kerana berjaya menjadi tempat berpaut dan bernaung mereka yang sedar dan bersemangat seperti beliau. Apa yang dituntut dari kita adalah bekerja dan bekerja diatas manhaj/jalan yang sahih. Keputusan yang baik diakhir nanti adalah bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa. “Bekerjalah kamu. Lalu Allah, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat kerja kamu. Kamu nanti akan dikembalikan ke alam ghaib dan nyata, lalu dimaklumkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Al-Quran).

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Imej

8 Respons

  1. ana setuju pada tuan semoga allah mmuliakan tuan dan shabat dlm isma….yang mperjuan syariat Islam..biarlah allah di dpan bukan pati…snyallah berjuan untuk agama….

  2. Assalamualaikum wrtbh

    Kenyataan ustaz
    ISMA bertanding melawan kedua-dua MCA/DAP kerana semua parti-parti bukan-Islam terang-terang tolak syariat Islam sedang parti-parti Melayu/Islam senyap (tidak memberi tindakbalas yang sepatut dan secukupnya). ISMA ingin tebus maruah Umat ini.

    Persoalan saya ialah sejak bila umat Islam hendak mengharapkan orang bukan Islam terima Islam. Statment Ustaz MCA/DAp tolak Islam tidak menghairankan kerana memang mereka bukan Islam. kalau mereka terima syariat Islam itu pelik. Masalah umat Islam ialah orang Islam yang tolak Islam.

    ISMA ingin tebus maruah Umat Islam. Tahniah dan kita doakan semua umat islam berusaha menebus maruah umat Islam. Cuma pada pandangan saya cabaran umat Islam bukan datang dari orang bukan Islam sebaliknya dari orang Islam sendiri. Kita semua mengakui kita masih lagi gagal untuk memaparkan agar Islam dan umatnya kelihatan cantik sebagaimana di zaman Rasulullah SAW

    Sekian. terima kasih

    • Wsm ww

      MCA/DAP tidak mahu perlaksanaan Islam di Malaysia atau menolak penegakan negara Islam di Malaysia. Ini bermakna parti2 itu menolak perlekasanaan Islam ke atas umat Islam, bukan sahaja ke atas mereka. Mereka pula yang menentukan samada perlaksanaan ibadat Islam ke atas umat Islam, boleh atau tidak. Pengertian ini yang ramai umat Islam tak perasan. Cuba amati semula penjelasan tersebut.

      • assalamualaikum…
        saya pernah pergi umrah bersama dengan ustaz, berdasarkan pengalaman serta perkongsian kita bersama-sama, saya yakin dan doakan ustaz berjaya.

      • Saya setuju dgn Uztaz…Saya dengar bos cina saya kempen dengar kawan dia…’they drop islam”

  3. Saya sokong perjuangan isma demi islam

  4. Kita harus menyokong isma kalau kita berada dalam kawasan tersebut. tetapi ustaz perlu secara sehat bersama dengan pemimpin umno pas dan pkr berpakat mengajak semua orang melayu menyokong mereka. jika ustaz isma bekerja seorang diri, kegagalan akan terjadi juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: