Terima kasih kepada para pengundi PRU13

MengundiSaya dan isteri, di hari pembuangan undi.

PRU13 telah berlalu pada 5 Mei yang lalu dengan kemenangan kepada BN. Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada semua para Pengundi yang telah keluar mengundi sebagai suatu kewajipan syarak demi kemajuan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Alhamdulillah saya sebagai calon Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) diatas tiket Parti Berjasa telah memperolehi sebanyak 6866 undi, suatu yang boleh dibanggakan bagi calon baru dan parti yang baru muncul kembali diarena politik tanahair.

Dari akhbar The Star, seramai 87,359 pengundi yang keluar mengundi dan 43.67% dari mereka adalah Melayu. Oleh itu anggaran pengundi Melayu pada 5 Mei lalu adalah seramai 43.67% (87,359) = 38,150 orang pengundi. Maka peratus pengundi yang mengundi calon Parti Berjasa adalah seramai 6866 / 38,150 % = 18 %. Ia bermakna pada setiap 6 orang Melayu 1 orang mengundi Berjasa.

Kita melihat disudut lain pula, katakan setiap rumah mempunyai 3 orang pengundi terdiri suami isteri dan seorang anak melebihi 21 tahun (yang kecil tidak boleh mengundi dan yang dewasa telah berumahtangga dan tinggal di rumah berasingan), maka pada setiap 2 buah rumah (6 orang), atau selang sebuah rumah di Parlimen Seremban, ada seorang yang mengundi Parti Berjasa. Ini suatu pencapaian yang agak memberansangkan.

Calon DAP, Loke Siew Fook, telah mendapat 45,628 (52.2%) undi, manakala tempat kedua, calon BN, Yeow Chai Thiam, mendapat 33,075 (37.9%) undi. Peratus pengundi mengikut bangsa adalah Melayu 43.67% (38,150 pengundi), Cina 41.08% (35,900 pengundi) dan India 13.69% (12,000 pengundi).

Dari pemerhatian keputusan di atas, serta perbualan dengan masyarakat semasa tempoh kempen, saya merumuskan bahawa :

  1. Calon DAP, juga Ketua DAP NS, Loke Siow Fook, mendapat undi solid dari kaum Cina dan sebahagian besar kaum India serta segelintir Melayu penyokong tegar PAS dan PKR.
  2. Calon BN, juga Ketua MCA NS, Yeow Chai Thiam, mendapat undi terbanyak dari kaum Melayu, dan segelintir kaun Cina dan India, yang masih kuat sentimen terhadap BN.
  3. Calon Berjasa, saya sendiri, mendapat sokongan dari sekitar 20% kaum Melayu sahaja, tanpa dari kaum CIna dan India.
  4. Calon bebas, penyandang Ahli Parlimen Seremban P.128, juga baru beberapa ketika meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP NS, John Fernandez hanya mendapat 221 undi sahaja.

Pencapaian Parti Berjasa yang boleh dibanggakan ini diatas boleh merujuk kepada beberapa perkara seperti :

  1. Mesej yang dibawa oleh Parti Berjasa itu sendiri iaitu “Undilah Calon Muslim Berwibawa”. Ia sangat mudah diterima masyarakat yang ditemui.
  2. Jentera Pilihanraya terdiri dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang bersungguh-sunggu dalam gerak berkempen dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Antara kekangan dan kelemahan yang dihadapi oleh Parti Berjasa adalah :

  1. Kesempitan masa. Adalah tidak sama hasil kempen 4-5 minggu oleh Parti Berjasa jika dibandingkan dengan 4-5 tahun kempen oleh parti-perti yang sedia ada, bahkan telah aktif bergerak sejak ditubuhkan 40-50 tahun yang lalu.
  2. Kurang pengalaman dan ilmu seni berpolitik, berbanding dengan parti-parti gergasi yang lain.
  3. Kekangan kewangan dan sumber.

Sloganatau agenda yang dibawa oleh Parti Berjasa adalah jelas dirangkumi 5 perkara :

  1. Amanah – tidak khianat atau korup.
  2. Akhlak – tiada salahlaku moral atau salahguna kuasa.
  3. Kesetiaan – tidak membawa agenda asing.
  4. Kesejahteraan – keharmonian antara kaum.
  5. Perpaduan – membawa berbagai parti dan badan Melayu-Islam kepada kesepakatan.

Tilawah PRU13

Para pengiring calon Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) / Parti Berjasa di Hari Penamaan Calon sementara menunggu calon membuat urusan pencalonan dengan pihak SPR.

Dari keputusan PRU 13 yang disiarkan kelmarin jelas kesemua slogan itu :

  1. Diterima oleh 20% pengundi yang mengundi Parti Berjasa yang memiliki dan memperjuangkan kelima-lima slogan diatas.
  2. Sepatutnya diterima oleh para pengundi yang mengundi DAP kerana mereka mendakwa hendak menentang korupsi dan salah guna kuasa BN tetapi terpaksa menerima PR yang membawa ideologi liberal, kesamarataan mutlak antara agama dan bangsa dsb yang disanggah oleh Islam.
  3. Sepatutnya diterima oleh mereka yang mengundi BN kerana mereka mendakwa setia kepada perjuangan bangsa dan agama serta memelihara keharmonian kaum, namun terpaksa terjebak menerima korupsi dan salahguna kuasa yang bermaharaja lela yang didakwa oleh PR.
  4. Membuktikan bahawa kesepakatan Melayu-Islam adalah daruri (mesti) dikala kaum Cina terbukti bersatu dalam usaha mendapat segala tuntutan-tuntutan mereka yang sahaja kali ini terhad kepada hak ekonomi dan pendidikan, tetapi juga tuntutan untuk mendapat pula kuasa pemerintahan.

Dengan mesej jelas di atas yang diperjuangkan serta keperibadian calon-calon dan ahli-ahli ISMA sendiri, saya menerima banyak kata-kata perangsang bahawa ISMA/Berjasa boleh pergi lebih jauh lagi di PRU-PRU akan datang berbanding pencapaiannya di PRU13 kali ini. Tidak kurang mereka yang berpengalaman memberikan panduan-panduan kepada kami akan bagaimana untuk menghadapi PRU-PRU akan datang. Kepada mereka, saya tidak lupa di sini untuk mengucapkan terima kasih.

Saya bagi pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Parti Berjasa sekali lagi ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh para Pengundi di Parlimen Seremban khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya diatas undi, sokongan dan doa yang diberikan kepada saya dan calon-calon ISMA/Berjasa yang bertanding.

Terima kasih juga kepada mereka yang telah dan masih mengutus tahniah kepada saya, samda melalui sms, perbualan telefon maupun berjumpa berdepan di berbagai tempat. Moga ia menjadi salah satu pendorong untuk mencapai suatu yang lebih baik di masa akan datang insyaallah.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jentera PRU13 Parti Berjasa terdiri dari ahli-ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan para sukarelawan yserta ahli keluarga saya sendiri yang telah bertungkus lumus menjayakan kempen ini sehingga mencapat keputusan yang boleh dibanggakan.

Ucapan terima kasih juag ditujukan kepada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik A Rahman dan pimpinan ISMA yang lain serta Presiden Parti Berjasa, Ustaz Yusoff Haron dan pimpinan, diatas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sepanjang kempen ini berjalan.

Akhir sekali ucapan syukur dan astaghfirullah kita tujukan kepada ALlah swt, empunyai kerajaan langit dan bumi. Dia yang telah menentukan segala-galanya dan Dialah sebaik-baik yang memberi kemenangan.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

3 Respons

  1. Assalamualaikum …tahniah kepada Ustaz Halim kerana telah telah membuktikan dalam PRU13 perkara berikut :

    1. Bahawa calon ISMA tidak akan menang walaupun semua pengundi
    Melayu yang keluar memberi undi kepada calon Isma kerana
    jumlahnya hanya 43.67% atau 38,150 daripada 87,359 jumlah
    pengundi yang keluar. Untuk menang calon ISMA perlukan
    sekurang-kurangnya 51% undi. Sedangkan calon ISMA hanya
    mendapat 6866 sahaja iaitu sebanyak 18 %.
    2. Terbukti Untuk menang calon ISMA perlu mendapat undi daripada
    kaum Cina yang berjumlah 35,900 pengundi dan India 12,000
    pengundi.
    3. Pengundi Melayu Islam tidak mengundi calon ISMA sebanyak
    31, 284 walaupun membawa slogan “Undilah Calon Muslim
    Berwibawa”. Adakah sepatutnya slogan adalah “Undilah Calon
    MELAYU Muslim Berwibawa”?
    4. Slogan yang dibawa oleh calon ISMA iaitu “Kesejahteraan –
    keharmonian antara kaum” & “Perpaduan – membawa berbagai
    parti dan badan Melayu-Islam kepada kesepakatan”. Adakah
    kerana slogan ini bertentangan antara satu sama lain iaitu
    “Kesejahteraan” fokus kepada semua kaum tetapi “Perpaduan”
    fokus kepada parti dan badan Melayu-Islam sahaja menyebakan
    calon ISMA mendapat 18% undi sahaja. Bukankah di
    Malaysia agama Islam dianuti oleh pelbagai kaum dan bangsa.
    5 .Kekangan dan kelemahan yang dihadapi oleh calon ISMA.
    a. Kesempitan masa. Adalah tidak sama hasil kempen 4-5 minggu
    oleh Parti Berjasa jika dibandingkan dengan 4-5 tahun kempen
    oleh parti-perti yang sedia ada, bahkan telah aktif bergerak sejak
    ditubuhkan 40-50 tahun yang lalu.
    b. Kurang pengalaman dan ilmu
    seni berpolitik, berbanding dengan parti-parti gergasi yang lain.
    c. Kekangan kewangan dan sumber.

    Ulasan :
    1. Menyertai pilihanraya bukan perkara yang mudah. ISMA perlu
    mengorak langkah berkempen sepanjang 5 tahun untuk PRU14.
    2. Ilmu seni politik tidak boleh diperolehi di dalam dewan kuliah, dalam
    usrah dalam tamrin dan dalam seminar. Ianya boleh diperolehi dan
    dihadam apabila “terjun” secara langsung dalam “gelanggang politik
    dan pilihanaya”
    3. Untuk berpolitik bukan sahaja memerlukan pengorbanan tenaga,
    masa tetapi juga kewangan. Cuma mereka yang benar-benar faham
    tujuan berada dalam jemaah dan matlamat berpolitik akan sanggup
    berkorban tenaga, masa dan kewangan untuk memenangkan calon
    dan jemaah.
    4. Tidak dapat tidak calon ISMA perlu mendapat undi orang bukan
    Melayu dan bukan Islam untuk menang dalam p.raya. Itupun jika
    menyertai pilihanraya untuk menang. Untuk itu ISMA perlu lebih
    bersifat “ISLAM ITU RAHMAT KEPADA SEKELIAN ALAM”. Program-
    program yang dipaparkan dalam laman web ISMA melambangkan
    seolah-olah ISLAM itu eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Mana
    mungkin boleh berdakwah pada bangsa lain dan mendapat undi
    mereka.

    TAHNIAH KEPADA ISMA KERANA MENYEMARAKKAN LAGI POLITIK TANAHAIR. SEMOGA KITA BERTEMU LAGI DALAM PRU 14.

    Sahabat politik,

    MUHAMAD SHUKRI B. KAMARUZZAMAN

    • Terima kasih atas ulasan yang membina.

      Walaupun tidak menang, 1 dari 5 orang (18%) Melayu-Islam mengundi ISMA adalah sangat memberansangkan dan membuka mata banyak pihak.
      Memang berkempen 4-5 bulan sangat tidak memadai berbanding berkempen 4-5 tahun.

  2. Aminnn,,, sang pencipta harus bersyukur terus padaNYA..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: