Mesir : Umat lebih kuat dari senjata dan peluru

Sohag

Presiden Mursi menjadi Presiden Mesir pada 30 Jun 2012 tahun lalu melalui pilihanraya bebas dan adil. Genap setahun pemerintahannya, pada 30 Jun 2013 kira-kira sebulan lalu, General As-Sisy melakukan rampasan kuasa tentera dan cuba menggulingkan Presiden Mursi. Setelah berlaku pertemuan demi pertemuan diantara Duta Amerika di Kaherah dengan boneka-bonekanya diMesir, Rampasan tersebut didahului dengan beberapa sandiwara iaitu :

1- Media melapurkan rasa tidak puas hati sebilangan rakyat terhadap setahun pemerintahan Presiden Mursi.

2- Berlaku bekalan minyak dan beberapa kemudahan asas terputus menyebabkan rakyat marah.

3- Seruan kearah mengadakan Demo pada 30 Jun 2013 untuk menunjukkan kepada dunia bahawa bakal Rampasan Kuasa Tentera nanti adalah harapan dan mendapat restu Rakyat.

4- Ketika demo berjalan di Medan Tahrir, bakal boneka Amerika Dr Baradaie, Syeikh Al-Azhar, Ahmad Taib dan Ketua Gereja dilihat bertemu General Sisy untuk menyampaikan kononnya hasrat umat Mesir.

5- Pengumuman Rampasan Kuasa oleh General Sisy di televisyen, penutupan semua saluran tv dan akhbar yang Islamik dan penangkapan tokoh-tokoh Islam dan politik.

Mereka merancang. ALlah juga merancang. Allah adalah perancang yang terbaik. Strategi di atas tidak mengambil kira banyak faktor, diantaranya :

1- Kekuatan gerakan Islam dan jiwa Islam yang telah berakar umbi didalam masyarakat.

2- Peranan media baru melalui internet dalam menyampaikan maklumat kpd masyarakat sekalipun saluran tv dan akhbar ditutup.

3- Mimpi ngeri rakyat terhadap pemerintahan kuku besi tentera disepanjang zaman Jamal Nasir, Sadat dan Mubarak.

4- Kekurangan tokoh di pihak liberal berbanding tokoh-tokoh dari aliran Islam seperti pimpinan Ikhwan Muslimin sendiri, Hazim Solah dan sebagainya.

Berlaku kebangkitan di sana sini dengan disiplin yang telah digariskan oleh pimpinan Ikhwan Muslimin iaitu :

1- Keluar beramai-ramai di medan-medanyang telah ditentukan.

2- Jaga keamanan demonstrasi dan jangan dihala oleh pihak-pihak tertentu ke arah membuat kekacauan dan kerosakan lalu menggagalkan demonstrasi.

Seelah hampir 3 minggu Kebangkitan Rakyat berlaku, General Sisy bertekad untuk menghancur dan menamatkan sinerio kebangkitan yang beliau dan dunia khuatiri akan berpanjangan, merebak dan mengagalkan pelan mereka. Lalu Sisy mengajak rakyat Mesir pro-Tentera untuk berdemonstrasi pada Jumaah 26 Julai 2013 untuk memberi beliau mandat bagi menghancurkan puak demo pro-Mursi.

Sebaliknya pada hari tersebut jutaan manusia keluar dan berarak menuju dan memenuhi medan-medan utama di dalam dan diluar Kaherah.

Satu Respons

  1. Agama adalah tolak ukurnya suatu bangsa,, harus kokoh intinya,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: