Perkataan “ALLAH” di Malaysia untuk Umat Islam sahaja

Md Rasulullah

Asma’ul Husna (99 nama Allah yang baik) dimaklumkan oleh Allah swt dalam KitabNya dan oleh Rasulullah saw dalam Sunnahnya. Nama yang menghimpunkan semua 99 nama (Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus dll.) dan sifat (Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Suci dll.) tersebut adalah nama “ALLAH”. Nama inilah yang kita seru, sebut, sembah dan memohon. Firman Allah bermaksud, “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu” (Al-A’araf). [Dr. Ali Liban, Asas-asas Islam, Jilid 01, Ikatan Muslimin Malaysia, m.s. 152-153].

Dari penerangan diatas, jelas nama “Allah” sama sekali tidak boleh diitlak(pakai)kan kepada tuhan-tuhan lain didalam agama-agama lain seperti Nabi Isa, Maryam ibu Nabi Isa, Holy Spirit yang dijadikan tuhan-tuhan didalam agama Kristian, Uzair didalam agama Yahudi dan lain-lain. Ini adalah kerana sebagai makhluk-makhluk, mereka memiliki sifat-sifat kekurangan dan ini sudah tentunya bertentangan dengan sifat “ALLAH” yang memiliki kesemua 99 nama baik (asmaul husna) dan sifat kesempurnaan tersebut. Begitu juga sembahan-sembahan makhluk lain didalam agama-agama lain di Malaysia seperti Buddha, Hindu dan sebagainya.

Firman Allah swt bermaksud, “Dan apabila Allah berkata kepada Isa bin Maryam adakah engkau berkata kepada manusia “ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain Allah”? Nabi Isa berkata mahasuci Engkau, aku tidak boleh berkata apa yang tidak ada kebenaran padaku. Sekiranya aku berkata sedemikian tentunya Engkau telah mengetahuinya. Engau mengetahui apa yang ada didalam jiwaku dan aku tidak mengetahui apa yang ada didalamMu. Sesungguhnya Engkau sangat mengetahui hal-hal yang ghaib” (Ali Maaidah :116). Dari ayat diatas Allah swt melarang Nabi Isa mengatakan dirinya dan diri ibunya sebagai Allah. Dengan itu penggunaan perkataan “Allah” bagi Nabi Isa, ibunya Maryam dan lain-lain makhluk selainNya adalah mengelirukan dan bercanggah dengan ayat di atas.

Lafaz Allah juga tidak pernah disebut didalam teks bahasa Greek yang merupakan tulisan asal Bible. Perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah “Theos” dan bukannya “Allah”. Kitab Old Testament (buku Perjanjian Lama) pula adalah dalam bahasa Hebrew yang menyebut tuhan dengan nama El, Eloh, Elohim an Yhwh.

Tuhan KristianTuhan penganut Kristian “Jesus Christ”.  Layakkah umat Islam membenarkan permintaan terkini para penganutnya untuk ia diseru secara resmi dengan nama “Allah” ?

Hadi - Anwar - Kit Siang

Pada 8 Januari 2013, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersepakat membenarkan orang-orang kafir menggunakan perkataan “ALLAH” untuk tuhan-tuhan mereka, sekaligus membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 yang mengeluarkan fatwa bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Tuhan Hindu Lord Ganesh

Tuhan penganut Hindu “Ganesh”.  Layakkah umat Islam membenarkan permintaan terkini para penganutnya untuk ia diseru secara resmi dengan nama “Allah” ?

Dengan ini Perkataan suci “Allah” yang telah digunakan oleh umat Islam secara eksklusif di Malaysia, tidak boleh digunakan oleh umat bukan-Islam untuk tuhan-tuhan mereka kerana ia adalah zat yang berbeza sama sekali, mencemar kesucian perkataan tersebut dihadapan umat Islam, mencabar maruah akidah umat Islam dan boleh menimbulkan kekeliruan didalam masyarakat.

Walaupun kalimah “Allah” telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi disesetengah umat di negara-negara tertentu, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk ia boleh dilakukan di Malaysia. Undang-undang berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat berdasarkan realiti setempat. Selepas berhijrah ke Mesir dan berdepan dengan realiti tempat dan masyarakat ang baru, Imam Syafie ra banyak merubah fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan semasa beliau tinggal dan mengajar di Iraq. “Allah” dalam bahasa Arab Kristian bermakna “tuhan” yang merangkumi Nabi Isa, Maryam ibu Nabi Isa, Holy Spirit dsb. sedang “Allah” dalam bahasa Malaysia bermakna “Allah” yang merangkumi segala 99 nama dan sifat kesempurnaan yang disebut didalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Paderi MelayuPaderi-paderi Melayu berusaha gigih memurtadkan seramai mungkin umat Melayu Islam, rumpun tunggak Islam di Nusantara.

buku2_dakyah

Buku-buku dakyah Kristian didalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu hanya menunggu ketetapan dan kesediaan umat untuk digunakan perkataan “ALLAH” untuk nama tuhan-tuhan mereka bagi mengelirukan dan menarik minat golongan umat Islam yang lemah dan jahil tentang agama untuk mengikuti agama mereka.

Damansara Utama Methodist Church

Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara tahun lalu mendapat restu pihak berkuasa agama dan Undang-undang Syariah Selangor, tetapi ditentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Mulai dari itu, Exco Agama Kerajaan Selangor ketika itu, Dr Hasan Ali, setelah melalui beberapa perkembangan di luar dan dalaman PAS, dipecat dari kepimpinan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor.

Realiti Islam di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain. Ada yang Mesir lebih terkedepan berbanding Malaysia seperti sambutan dan suasana bulan Ramadan, ramai yang menghafaz Al-Quran dari kalangan professional dsb, dan ada yang Malaysia lebih terkedepan berbanding Mesir diantaranya sambutan Aidil Fitri lebih meriah, menyumbang wang di majlis perkahwinan dsb. Hasil dari pengaruh dan perjuangan datuk nenek moyang terdahulu di Malaysia, Malaysia dan banyak negara umat Islam adalah lebih terkedepan dari sebilangan negara dimana perkataan “Allah” hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Menggunakan hujjah “jika negara lain boleh, maka di negara Malaysia pun boleh” bukan sahaja tidak menepati perbezaan penggubalan undang-undang sesebuah negara yang sedia diterima masyarakat antarabangsa, malah ia bertentangan dengan Siyasah Syar’iyyah sendiri yang memberi kredit kepada adat resam sesebuah masyarakat boleh diambil pakai (Al-Aadah muhakkamah), menutup pintu-pintu yang boleh membawa mudharat (Sadd Az-Zara’ik) dan kaedah-kaedah Syarak lain seumpamanya.

Nokia_Connecting_People.svg

Dengan contoh lain, kita tidak boleh menggunakan jenama “Nokia” atau “Samsung” bagi handset klon (tiruan) yang kita buat dikilang sendiri di rumah yang boleh mengelirukan para pelanggan dengan jenama aslinya, hanya dengan beralasan di Brazil, Argentina dsb ramai orang berniaga buat macam tu !! Dalam Siyasah Syar’iyyah, suasana realiti yang berbeza boleh mencapai kesimpulan dan hukum yang berbeza, selagi Maqasid Syarak dijaga termasuk menjaga Agama (Hifz Ad-Deen) disamping menjaga nyawa, harta, kehormatan dan keturunan.

Oleh itu membenarkan umat bukan-Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan mereka yang berbeza zatnya dari Allah yang sebenar adalah langkah mengundur kebelakang dan meruntuhkan pencapaian-pencapaian yang telah dihasilkan oleh generasi umat Islam di Malaysia turun temurun yang terdahulu dalam menjaga kesucian nama “Allah”.

Menggunakan dalil firman Allah yang bermaksud, “Katakanlah wahai Ahlul Kitab, marilah kepada satu kalimat yang sama diantara kami dan kamu (iaitu) jangan kita menyembah selain Allah, jangan kita mensyirikkanNya dengan sesuatu, jangan sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain menjadi tuhan-tuhan selain Allah. Maka jika mereka berpaling maka kamu katakanlah (kepada mereka) persaksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam” (Ali Imran : 64) bagi membenarkan penggunaan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan orang-orang bukan-Islam di Malaysia adalah menyalahi kaedah penafsiran Al-Quran itu sendiri. “Kalimat” didalam ayat diatas bermaksud “ajaran wahyu “ yang sama yang diturunkan didalam Taurat, Injil dan Al-Quran kepada kita (umat Islam) dan kepada kamu (Ahlul Kitab) iaitu ajaran-ajaran berupa jangan kita menyembah selain Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu dan jangan mengambil paderi-paderi mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Aat diatas bukan bererti “penggunaan kalimat Allah yang sama” dan sekadar itu. Bahkan hakikatnya ayat tersebut menempelak Ahlul Kitab dan menyatakan kepada mereka bahawa tuhan-tuhan dan ajaran-ajaran mereka telah jauh tersasar dari Kebenaran yang didatangkan Allah didalam Al-Quran, seperti yang dijelaskan leh ayat-ayat Al-Quran yang lain yang ditujukan kepada Ahlul Kitab.

Kursus Haji 2012Umat Islam di Malaysia semakin hari semakin hilang kepimpinan dikalangan umat mereka, kesan dari ketidakjelasan fikrah perjuangan dan lemah semangat juang mencontohi Rasulullah saw lalu samada menjadi korup, liberal maupun pragmatik (mengikut arus atau tekanan). Namun Allah swt akan tetap memelihara umat ini dari kerosakan. “Jika kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Mereka tidak akan seperti kamu” (Al-Quran). “Sesungguhnya Allah akan melahirkan dari kalangan umat ini pada setiap awal kurun orang yang akan memperbaharui (menjernihkan kembali aqidah dan memperbaharui ruh perjuangan) bagi mereka urusan agama mereka” [Hadis]

Dakyah Kristian di Ampangan

Berita yang pernah menggemparkan negara apabila seorang ibu tunggal bersama anak-anak kecilnya dibiaya kehiduan dan persekolahan mereka oleh Gereja Kristian Ampangan, Seremban sekian lama dan menghadiri gereja dari masa ke semasa. Akhirnya mereka dapat diselamatkan.

Dengan penjelasan sangat ringkas di atas, kita bersetuju dengan keputusan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5-7 Mei 2008 di Alor Setar, Kedah mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah seperti berikut (diringkaskan) :

  1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan-Islam yang lain.
  2. Wajib keatas umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  3. Kalimah Allah (lafaz Al-Jalalah) adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan ertinya berbeza dengan erti Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. Juga, kalimah Allah yang dugunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis (Trinity – 3 in 1), sedang pada Islam ia bersifat Tauhid.
  4. Sikap membenarkan siapa sahajamenggunakan kalimat tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama (ajaran Pluralisme).

Walaupun masyarakat bukan-Islam di Malaysia terdiri dari berbagai parti politik yang berbeza, namun mereka mempunyai agenda-agenda yang disepakati bersama seperti Pendidikan di Sekolah-sekolah Cina, dan disusun bersama dan bersepakat didalam forum atau majlis yang sama seperti di Chinese Chamber of Commerce (CCC) dll. Ini adalah kerana kepentingan paling uama mereka adalah kepentingan ekonomi.

Bagi umat Islam di Malaysia pula dimana kepentingan akidah dan agama adalah yang teratas, walaupun mereka terdiri dari berbagai parti dan pertubuhan, mereka mestilah diikat dan disepakatkan melalui sesuatu forum atau majlis ulamak kebangsaan yang non-partisan seperti Institusi Yang Dipertuan Agong, Majlis Fatwa Kebangsaan dan seumpamanya. Adapun berbincang sesama ahli-ahli politik semata-mata, termasuk dengan orang bukan Islam pula dengan membelakangkan majlis-majlis ulamak kebangsaan seperti diatas adalah langkah yang tidak tepat dalam etika berijtihad serta boleh mengelirukan pemikiran dan tindakan masyarakat.

AlBanna 01“99 nama tersebut adalah satu nama yang diletakkan untuk Zat yang Maha Suci iaitu lafaz jalalah “ALLAH”. Selain dari nama tersebut adalah memberi makna sifat-sifat (Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Perkasa … dll.). adakah nama “ALLAH” itu nama terbitan atau bukan nama terbitan ? Itu adalah masalah khilaf ulamak Islam. Ia tidak membawa kepada kesan yang praktikal pun. Cukuplah kita bahawa nama Zat itu adalah nama yang Satu (Esa) sedang nama-nama lain adalah terpancar darinya berupa sifat-sifat. [Imam Hasan Al-Banna, kitab Majmu’ah Rasail]

Kita mengajak seluruh lapisan masyarakat Islam dari pelbagai pertubuhan, tokoh-tokoh dan individu untuk bangkit menyuarakan bantahan terhadap pendirian yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari 2013 yang disepakati bersama oleh Presiden PAS, Penasihat DAP dan Ketua Umum PKR bahawa penggunaan perkataan “Allah” boleh digunakan oleh penganut Kristian “dengan syarat ia tidak disalahgunakan”. Bantahan ini juga lahir dengan tulus dari maqasid Siyasah Syar’iyyah itu sendiri demi kepentingan aqidah Umat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, dan bukan dari percaturan dan percakaran politik kepartaian seperti yang dilihat sebahagian pemerhati sempena demam musim Pilihanraya yang hampir tiba.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

Advertisements

2 Respons

  1. Isu ni timbul bila konsep Trinity dengan frasa “The Father, The Son and The Holy Spirit” diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.. Penganut2 Kristian beranggapan Father = Allah, Son = Nabi Isa, Holy Spirit = Roh Kudus.. Secara teknikalnya, penganut2 Kristian percaya bahawa Allah adalah Tuhan Sekalian Alam, tetapi juga menganggap bahawa Nabi Isa adalah sebahagian daripada zatNya, walhal Nabi Isa hanyalah utusan Allah je..

    Berdasarkan apa yg saya baca, god = tuhan = al-Illah manakala The God = Allah.. Tiada perkataan dalam Bahasa Melayu.. Walaupun dalam Surah al-Ikhlas Allah telah berfirman bahawa, “Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan..” Tetapi dalam Surah Al-Kafirun, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad, “Untukmu agamamu, untukku agamaku..”

    Oleh itu, bagaimana saya nak beritahu kpd kawan2 Kristian drpd Sarawak bahawa perkara ini ialah salah tetapi dalam masa yg sama menghormati hak kepercayaan mereka?

    p.s. Personally, saya rasa dgn kepercayaan sebegini lg senang nk dakwah kpd penganut2 Kristian memandangkan mereka dh percaya Allah ialah Tuhan Sekalian Alam.. Tinggal nak khabarkan bahawa Nabi Isa hanyalah utusan Allah sahaja, bukan sebahagian daripada zatNya..

    • Pada dasarnya yang menyebabkan kristian menjadi kafir, adalah kerana mereka mengatakan Nabi Isa as (Jesus) adalah Tuhan, bukan sekadar anak Tuhan. Ini disebut oleh Allah dalam Al-Quran.

      “Wahai Isa adakah kamu ajar manusia ambillah aku dan ibuku sebagai Tuhan selain Allah ? (Jawab Nabi Isa as) Mahasuci Engkau, tidak layak bagi menjadi seorang yg tiada kebenaran …” (Al-Quran).

      Cuma menjadi kemelut Kristian apabila Isa dikatakan sebagai “Tuhan” sedang sejarahnya baru bermula, dan telah ada manusia sebelumnya, maka tidak wajar “Tuhan” dating selepas manusia diciptakan. Lalu dianggap pula ada “Tuhan Bapa”, sedang Nabi Isa as adalah anak “Tuhan”.

      Kini Nabi Isa asdah jadi kedua-dua “Tuhan” dan “Anak Tuhan”. Tidak betul aqidah mereka Nabi Isa as hanya anak kpd “Tuhan”. Penerangan ni dah agak melata yang mengelirukan ramai Umat Islam di Malaysia, dicipta pelampau Kristian untuk cuba mendekatkan Melayu Islam di Malaysia kepada Kristian.

      Ucapan Pope Francis (ketua dunia Kristian yg baru ditabal) baru baru ini jelas mengatakan juga Jesus adalah “Tuhan”, dan ini disiarkankan oleh akhbar The Herald (Malaysia) online. Pope Francis menyebut :

      ” … “Every spirit that acknowledges Jesus Christ come in the flesh belongs to God, and every spirit that does not acknowledge Jesus does not belong to God,” the Pope noted, “this is the spirit of the antichrist.”

      To fully recognize that “that the Word is come in the flesh,” Pope Francis explained, means to recognize “the path of Jesus Christ” and that Jesus, “being God, He emptied Himself, He humbled Himself” even to “death on the Cross.”

      Rujuk : http://www.heraldmalaysia.com/news/The-path-of-humiliation-leads-us-to-Jesus-Pope-Francis-18166-26-1.html

      Maka jika Umat Islam di Malaysia membenarkan The Herald menterjemah “God” menjadi “Allah” maka jelas, perkataan Pope Francis akan mengatakan :

      “.. and that Jesus, being God, He emptied Himself, He humbled Himself … “even to death on the cross”
      yang jika diterjemah dengan menggunakan Jesus adalah Allah, ia akan menjadi :
      ” …dan Nabi Isa as, dengan Dia adalah Allah, Dia mengosongkan diriNya, Dia merendahkan diriNya hinggakan ketahap mati di kayu salib”.

      Dalam penerbitan Herald di atas, adakah patut jika ia mengatakan :
      Allah adalah Nabi Isa as ?
      Allah merendahkan dirinya hingga ke tahap mati di kayu salib ?

      Mahasuci Allah dari apa yang mereka syirikkan.

      Siapa sahaja yang membaca teks dari agama Kristian akan mendapati “God” itu adakalanya Jesus, adakalanya The Father God dan adakalanya The Holy Spirit. Akan terasa ada tiga tuhan. Tetapi dengan segera cuba di esa (satu unit) kan tuhan-tuhan itu menjadi satu tuhan. Ini menjadikan segelintir Umat Islam terasa ia dekat dengan aqidah keesaan Tuhan.

      Namun, apabila terasa seperti ada satu tuhan, tiba dikali yang berikutnya seseorang akan mendapati dalam bacaan atau ceramah bahawa Jesus itu tuhan, The Father itu tuhan dan begitulah seterusnya yang bukan esa, tetapi berbilang. Ini yang dinamakan Trinity, iaitu Tiga Dalam Satu, dan Satu Dalam Tiga. Bukan sahaja kita sukar memahami konsep sebegini, malah para penganut Kristian sendiri sukar memahaminya, lalu mengambil pendekatan mengikut sahaja tanpa banyak soal.

      Oleh kerana itu Allah SWT bertegas dengan mengatakan ”
      “Dan jangan kamu kata Tiga (Trinity). Hentikan … ” (Al-Quran).

      FirmanNya lagi, “Qul huwa Allahu ahad …” bermaksud :
      “Katakanlah Allah itu tunggal. Allah tempat bergantung. Dia tidak beranak dantidak diperanakkan. Dia tidak menyerupai sesuatu” (Al-Ikhlas).
      Dari ayat ini, jelas Allah mengasingkan sejelas-jelasnya aqidah orang-orang beriman berbanding pegangan penganut Kristian yang jauh tersimpang. Allah menyatakan :
      1- Allah adalahtunggal, dan bukan tiga dalam satu, atau satu dalam tiga.
      2- Allah tempat pergantungan dan sembahan, dan bukannya Jesus.
      3- Allah tidak beranak. Allah bukan The Father God. Allah tidak “mengutuskan Anak TunggalNya (Jesus) ke dunia”.
      4- Allah tidak diperanakkan. Allah bukan Jesus. Allah bukan baru, tetapi Dai qadim.
      5- Allah tidak serupa dan sekufu dengan apa sahaja makhluk -manusia, malaikat, benda dan sebagainya.

      Oleh itu sekelian orang-orang beriman digesa mengambil petunjuk ilahi dari firman Allah swt tersebut dalam membuat sikap, pendirian dan ketetapan bahawa Allah SWT, tuhan sekelian alam yang kita sembah, adalah sama sekali bukan “tuhan-tuhan” yang disembah oleh penganut Kristian. Kita boleh membuat pendekatan Dakwah dengan mereka, tetapi bukan pendekatan “tuhan” setelahmana datan Aurah Al-Ikhlas yang jelas, terang dan nyata.

      Sikap terlajak melakukan pendekatan “tuhan”, dan bukan terhad kepada pendekatan Dakwah semata-mata boleh menjerat seseorang untuk mengambil pendirian tuhan kita adalah sama dengan tuhan mereka, atau hampir kepada yang sedemikian. Contohnya seperti kata-kata :
      “Tuhan sama tetapi cara atau agama berbeza”
      “Dua cahaya tetapi datang dari satu pelita yang sama”
      “Selama ini kita sebenarnya menyembah tuhan yang sama”

      Lalu Allah SWT mengatakan bermaksud :
      “Katakan wahai orang-orang kafir,
      aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
      dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
      dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah,
      dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
      Kamu dengan agama kamu. Kami dengan agama kami.

      Ini bermakna tidak ada sembahan yang hakiki kepada Tuhan dan tidak ada sembahan yang hakiki kepada Allah melainkan seseorang itu telah masuk Islam dan beriman dengan Aqidah Tauhid. Adapun jika seseorang itu berada diluar Islam, sebagai orang-orang kafir, maka tuhan mereka bukan Allah, dan sembahan mereka adalah bukan Allah, tetapi tuhan atau god yang lain.

      Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: