529 pimpinan & anggota Ikhwan dihukum mati

asd7

Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Sungguh kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Kelmarin sebuah mahkamah jenayah di bawah Pemerintah Tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 pimpinan dan penyokong jemaah Ikhwan Muslimin. Pada zahir kejadian ia nampak seolah Pemerintah Tentera akan mencabut nyawa 529 yang dituduh tersebut. Akan tetapi pada hakikatnya, Allah SWT telah lama membeli nyawa dan harta mereka dengan bayaran yang sangat tinggi harganya iaitu Syurga. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh Allah telah membeli diri dan harta mereka (iaitu) dari orang-orang beriman dengan (bayaran) bagi mereka (adalah) Syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu membunuh dan terbunuh. (Itu adalah) janji yang benar ke atas Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih memenuhi janjinya selain Allah. Maka bergembira dengan jualan kamu yang telah kamu lakukan dengannya. Itu adalah kemenangan yang sangat besar” (At-Taubah : 111).

Disebabkan tiada lagi wahyu yang turun selepas kewafatan Rasulullah saw, tiada siapa yang mengetahui dengan siapa Allah swt berjual beli sehinggalah kita medapati seseorang menafqahkan hartanya di jalan Allah dengan penuh berharap mendapat ganjaran dariNya, maka di ketika dan setelah itu kita mengetahui bahawa Allah swt telah berjual beli dengan beliau, diberinya hartanya, dan Allah membayarnya dengan bayaran SyurgaNya.

Obama, Mideast Leaders Deliver Statements On Peace Process

Begitu juga tiada siapa yang mengetahui dengan siapa Allah swt berjual beli sehinggalah kita medapati seseorang rela dibunuh atau dicabut nyawanya di jalan Allah dengan penuh berharap mendapat ganjaran dariNya, maka di ketika dan setelah itu kita mengetahui bahawa Allah swt telah berjual beli dengan beliau, diberinya hartanya, dan Allah membayarnya dengan bayaran SyurgaNya.

Mursy & tentera

Ketua Turus Angkatan Tentera, Presiden Mursi dan disebelah kanannya Menteri Pertahanan, Field Marshal Tantawi.

Selepas Kurun ke 16, perang Salib di antara Islam dan Kristian tidak lagi sekadar di medan pertempuran semata-mata.Ia kita kenali sebagai perang bersenjata atau perang konvensional. Akan tetapi perang selepas itu, hari ini dan hingga ke Hari Kiamat adalah kedua-dua Perang Senjata dan Perang Jiwa dan berusaha membunuh kedua-dua aspek jasad dan keperibadian yang dimiliki oleh setiap peribadi Muslim.

Kristian dan Zionist Barat dan Timur merancang kedua-dua aspek Perang Senjata dan Perang Jiwa ke atas Umat Islam, dan golongan munafiqin di dalam negara-negara umat Islam melaksanakannya melalui Tentera diaspek perang senjata, dan Media Massa dan Pendidikan diaspek Perang Jiwa. Mereka mulakan serangan ke atas jiwa sebagai asas penting yang merubah jiwa seorang Muslim dari jiwa Islam kepada jiwa yang jauh dari Islam. Maka jadilah orang yang malang seperti beliau memakai nama dan pakaian Islam, tetapi tidak memahami ajaran dan risalah Islam sebenar, lalu beliau menjadi sekadar penambah angka kepada bilangan penduduk Islam yang telah pun ramai di dunia hari ini, namunseperti buih-buih di lautan, cinta dunia dantakut mati, tanpa digeruni sedikitpun oleh musuh-musuh ALlah yang sebenar, yang membuat perancangan jahat terhadap Umat Islam.

mesir

Pemandangan biasa di dalam bas-bas awam di Mesir. Kesedaran dan didikan yang disampaikan oleh Ikhwan Muslimin kepada rakyat Mesir adalah diluar jangkauan sebuah organisasi yang tugasan tersebut sepatutnya dipikul oleh sebuah Negara yang memiliki kehebatan institusi, media dan wang ringgit.

Namun disebalik perancangan jahat Musuh-musuh Allah swt di atas, Allah swt sentiasa mengadakan para Duat di JalanNya, iaitu para Pendakwah yang siang malam bekerja keras mengajak manusia kembali kepada ajaran dan risalah Islam yang sebenar. Menerangkan bahawa Islam hakiki yang diturunkan Allah melalui Rasulullah saw, adalah bukan “islam” yang mereka fahami hasil dari Perang Jiwa yang dikenakan terhadap mereka oleh golongan Barat di luar negara dan golongan Munafiqin di dalam negara mereka. Bahkan Islam sebenar adalah Islam yang membina Individu Islam, Keluarga Islam, Masyarakat Islam, Kerajaan Islam, Khilafah Islam, Empayar Islam dan Dunia Islam. Islam yang beraqidah jelas dan memiliki Kekuatan dan Keagungan berbanding umat dan negara kafir lain di dunia ini. Keagungan yang pernah dibuktikan oleh generasi Islam terdahulu di zaman Khulafak Rasyidin, Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah.

Dari seruan para Pendakwah di Jalan Allah di atas, Umat Islam yang ramainya leka sebelum ini, kembali sedar dan bangkit dari lamunan yang panjang, terjaga dari kesan bius terhadap jiwa yang disuntik oleh golongan Barat dan Munafiqin, lalu berusaha merubah diri mereka dan merubah masyarakat sekelilingnya. Masyarakat Islam yang peka memilih Kerajaan Islam demi memimpin mereka seterusnya ke arah menyempurnakan risalah sejagat dengan membina Khilafah Islam dan Empayar Islam kembali ke arah menyempurnakan tugas Rasulullah saw membina Dunia Islam.

SohagKekuatan terakhir Islam pada manusia adalah jiwa manusia itu sendiri. Peluru boleh menembusi jasad tetapi ia samasekali tidak boleh menembusi jiwa, semangat dan ruh. Hukuman mati beramai-ramai yang dijatuhkan ke atas 529 pimpinan Ikhwan samasekali tidak akan melemahkan organisasi tersebut tetapi ia bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir agar mereka berhenti dari menunjuk perasaan dan memboikot Pemerintah Tentera yang telahpun menggoncang dan memusnahkan kestabilan pemerintah pada bila-bila masa.

Dari kesedaran Umat seperti ini, Musuh-musuh Islam di luar dan dalam negara terpaksa menggunakan Perang Senjata, apabila mendapati Perang Jiwa mereka telah kalah, bius jiwa mereka tidak lagi berkesan dan masyarakat Islam yang di dalam lamunan kini sebaliknya telah terjaga, sedar apa yang diperlakukan terhadap diri mereka dengan diperbodohkan selama ini dan kali ini mula bertekad untuk bergerak dan menyedarkan orang lain. Kerana itu berlakunya Tragedi Rabaah 14 Ogos 2013 di tengah-tengah Kaherah yang pernah menjadi ibukota Khilafah Islam suatu ketika dahulu dimana 2,600 muslim dan muslimat ditembak mati seperti ayam-ayam di tengah jalanraya. Kerana itu berlakunya Perang Serbia ke atas Bosnia 1992-1995 dimana 300,000 umat Islam dibunuh di tengah-tengah benua Eropah yang didakwa benua bertamaddun dan moden. Firman Allah swt bermaksud, “Mereka akan terus menerus memerangi kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kamu dari Agama kamu jika mereka mampu” (Al-Baqarah : 217).

Apa yang menggembirakan kita adalah pertarungan ini merupakan pertarungan Pasti Menang kepada Umat Islam. Firman Allah swt sebanyak 3 kali di dalam Al-Quran bermaksud, “Dialah Tuhan yang mengutuskan RasulNya dengan Kebenaran, supaya Dia memenangkan AgamaNya mengalahkan agama-agama yang lain, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai” (At-Taubah : 33, Al-Fath : 28, As-Saff : 9).

Praya Parlimen

Umat Islam Mesir sempat mengecapi Kebebasan dan Kemuliaan hanya selama 2 tahun setengah, dari kejayaan Revolusi 25/1/2011 hingga Rampasan Kuasa Tentera 3/7/2013. Namun mereka telah berjaya mencatat sejarah buat anak cucu mereka dan membuktikan bahawa jika Rakyat bersatu menuntut Kebebasan dan Kemuliaan Diri, ia suatu yang tidak mustahil walau berdepan dengan senjata dan peluru. Isu nya adalah untuk mengulanginya kembali, tetapi dalam keadaan yang lebih jelas diantara hak dan batil. (Foto : Pilihanraya bebas pertama dalam sejarah Mesir sejak zaman Firaun hingga ke zaman ini).

Maka selepas 3 ayat di atas, isunya bukan lagi isu samada Umat Islam akan menang atau kalah dalam pertarungan mereka berhadapan golongan kuffar dan munafiquun, kerana Allah telah pun menjanjikan kemenangan buat mereka, cepat atau kemudian. Akan tetapi isunya adalah adakah kita mehu tergolong di dalam golongan mereka yang berjualbeli dengan Allah dengan bayaran SyurgaNya, atau sebaliknya tergolong dalam golongan yang rugi di dunia dan Akhirat. “Jika kamu berpaling (tidak berjuang), kelak Allah menggantikan dengan kaum selain kamu (untuk memikul tugas mulia ini), kemudian mereka tidak serupa dengan kamu (yang berpaling, lepak dan tidak berjuang” (Muhammad : 38).

Moga Allah swt menerima segala amalan dan perjuangan kita, menanam kesabaran kepada mereka yang dijatuhkan hukuman mati dan kepada ahli keluarga mereka, memberikan sebaik-baik jalan kesudahan kepada para pejuang di jalanNya. Dia Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.

 

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: