Diantara “Melayu Sepakat” atau “Muslim Sepakat”

Kg Sg DuaBangsa Melayu di Malaysia

Dalam menghadapi isu semasa, kita mendengar slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” yang mengundang berbagai reaksi dari kalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Diantara reaksi dari sebilangan orang adalah lahir ungkapan “Muslim Sepakat Islam Berdaulat”, yang boleh memberi gambaran atau dakwaan bahawa ungkapan ini lebih tepat, lebih jelas dan lebih islamik. 

Sebagai muqaddimah, mari kita melihat erti ungkapan-ungkapan tersebut.

“Sepakat” dalam bahasa Arab bererti “اتفاق” atau “توافق” bererti sekata, muafakat, persetujuan bersama, kerjasama atau seumpamanya, yang boleh membawa kepada berpadu, perpaduan dan kesatuan. Dalam hal-hal kebaikan dalam Agama atau kebaikan, sepakat atau kesatuan adalah perkara yang dipuji bukan sahaja terhadap manusia, bahkan kesepakatan dikalangan haiwan dan tumbuhan. Kita melihat dalam youtube dimana sekumpulan beberapa puluh kerbau yang bersepakat dapat menyelamatkan seekor anak kerbau yang sedang dalam gengaman beberapa ekor harimau.

Firman Allah swt yang memuji kesepakatan dan kesatuan dalam Agama berbunyi ” وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان ” bermaksud “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa. Jangan bertolong-tolong dala dosa dan permusuhan”.

“Berdaulat” diambil dari perkataan “Daulah  الدولة ” dalam Bahasa Arab, bererti kekuasaan, authority, mampu memaksa kehendak dan kekuatan untuk menguatkuasakan perintah. Firman Allaah swt, “ ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا ” bermaksud “Allah tidak menjadikan (atau tidak redha) orang-orang kafir di atas (memerintah) orang-orang beriman“. Orang-orang beriman hendaklah berdakwah dan berjihad sehingga mereka yang memerintah dan bukan diperintah sehingga ” وجعل كلمة الدين كفرزا السفلى وكلمة الله هى العليا ” (bermaksud) kalimah (arahan) orang-orang kafir di bawah, dan kalimah (arahan) Allah adalah di atas“.

Jelas kepada kita bahagian kedua dari slogan di atas iaitu “Islam Berdaulat” bermakna Islam berkuasa, memiliki authority, mampu menguatkuasakan, boleh memaksa kehendak dan seumpamanya adalah jelas, sahih dan tidak dipertikaikan.

Slogan “Muslim Sepakat” bermakna “Orang-orang Islam berkerjasama, bersatu, tolong menolong dan seumpamanya. Ia adalah suatu yang mulia, bahkan diwajibkan oleh Allah swt keatas Umat Islam, seperti didalam firman Allah swt di atas. Jika di Malaysia, ia merangkumi orang-orang Islam dari kalangan yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Melayu Sepakat”

Yang menjadi perbezaan pandangan sesetengah orang adalah ungkapan “Melayu Sepakat” didalam slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” kerana perkataan “Melayu” adalah merujuk kepada bangsa dan bukan merujuk kepada aqidah Islam berbanding dengan perkataan “Muslim” yang lebih jelas, kata sebilangan pengkritik.

Sebenarnya slogan “Melayu Sepakat” bertitik tolak dari 2 aspek :

Pertama : Dari hadis sahih Nabi saw riwayat Al-Bukhary berbunyi ” الأئمة من قريش ” bermaksud “Pemimpin (mestilah) dari bangsa Quraisy”.

Kedua : Realiti perpecahan dan percakaran diantara parti-parti politik seterusnya masyarakat Melayu-Islam khususnya diantara pengikut UMNO dan pengikut PAS dengan berkisar pada kalimat seperti melayu, bangsa, kebangsaan, asobiyah, nasionalis, sekular dan sebagainya yang mencerminkan fenomena jauh dari Islam yang hakiki.

Hakikat Ruh dan Jasad

Islam sebagai agama yang waqie (real world) sentiasa deal dengan apa sahaja perkara dan situasi secara keseluruhan mencakupi (1) ruh dan (2) jasad, terhadap (1) individu, maupun (2) masyarakat dan negara. Saya melihat manaa-mana para ilmuan atau pendakwah yang tidak memahami hakikat ini, mereka sukar memahami risalah Islam itu sendiri.

Sebagai contoh dalam isu Kalimah Allah, apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Gereja tidak boleh mencetak perkataan “ALLAH” mengambil tempat perkataan “GOD”, ada pihak yang membangkang dengan berhujjah menggunakan firman Allah swt لا اكراه فى الدين  bermaksud, “Tiada paksaan dalam Agama” dan mendakwa sepatutnya digunakan pendekatan dialog dengan Gereja, bukan dengan bentuk kekuatan dan penguatkuasaan.

Sebenarnya, golongan seperti ini sering menggunakan firman Allah swt لا اكراه فى الدين untuk dakwaan mereka dalam agama tak boleh paksa-paksa, sedang mereka sepatutnya melihat firman-firman Allah swt yag lain yang memaksa dalam Agama seperti firman Allah swt  وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله (Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi huru hara, dan jadilah agama ini semuanya untuk Allah (Islam)”. Ringkasnya, sebenarnya kita tidak boleh paksa seseorang untuk masuk aqidah Islam kerana aqidah terletak di dalam jiwa dan ruh. Tetapi Islam boleh memaksa jasad manusia yang berada di luar jiwa untuk tunduk dibawah peraturan, undang-undang dan kekuasaan Islam. Itu maksud kedua-dua ayat di atas.

Kita tidak boleh paksa anak kita menyayangi Cikgu Rosnah dan subjek yang diajarinya di sekolah kerana cinta, kasih dan sayang itu terletak di dalam jiwa, tetapi kita boleh memaksa anak kita agar masuk kelas Cikgu Rosnah dan membuat kerja rumah subjek berkenaan kerana jasadnya boleh dikenakan peraturan atau digunakan kekuatan untuk mencapai apa yang difikirkan baik, lebih-lebih lagi yang dituntut Syarak.

Kita tidak boleh memaksa Ah Chong memeluk aqidah Islam kerana pegangan agama letaknya didalam hati dan jiwa. Akan tetapi kita boleh mencegah Ah Chong dari mendirikan pusat pelacuran yang ditegah oleh undang-undang Islam walaupun Ah Chong tidak menganggap zina itu haram.

Begitulah di dalam kita membawa risalah Islam,

(1) Di satu aspek apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan jiwa, ruh dan hati iaitu menanam keyakinan kepada ajaran Islam, meningkatkan keimanan, mengeratkan Kesatuan melalui asas Ukhuwwah, Rasulullah saw membuat pendekatan Dakwah. Ayaat-ayat Al-Quran juga lebih kepada uslub ayat-ayat Makkiyah. Di sini ruh ruh kepada Umat iaitu aqidah memainkan peranan penting termasuk slogan “Muslim Sepakat”.

(2) Di aspek yang lain, apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan “fizikal” (luaran) seperti kenegaraan, keselamatan, perlindungan, kekuatan, berhadapan dengan ancaman musuh luar dan seumpamanya, maka disamping kekuatan ruh dan Aqidah itu penting, kekuatan fizikal, bangsa, kabilah, ajeer dan sebagainya adalah realiti yang tidak boleh dikesampingkan. Islam tidak melihat hanya kepada kekuatan ruh Islam, tetapi kepada kekuatan dan pengaruh luaran yang boleh memenangkan Islam.

Sayyidina Uthman bin Affan ra memahami hakikat ini dengan berkata kata-kata yang masyhur ” ان الله يزع بالساطان ما لا يزع بالقران “ (Allah menyelesaikan urusannya dengan Sultan (kekuasaan) apa yang tidak dapat diselesaikan dengan Al-Quran (tarbiyah jiwa, ruh, hati, aqidah dll.).

Kata-kata Hukamak yang masyhur ” ان الحق لابد من قوة تحميه(Sesungguhnya Kebenaran itu mesti ada Kekuatan yang melindunginya). Dalam menjalankan risalah Islam yang benar, mesti ada Kekuatan yang melindunginya). Arab di zaman Nabi saw berkumpul membentuk kekuatan dibawah Quraisy dalam sejarah yang panjang, termasuk di zaman Nabi saw. Tanpa Quraisy, mereka adalah kabilah yang berpecah-pecah. Sehingga dalam menentang Nabi saw, Arab bersatu dalam Perang Ahzab (puak-puak yang bersatu) dibawah Quraisy. Apabila Quraisy tidak dapat perang kerana mengikat Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6H, Arab berpecah, dan mudah Nabi saw mengalahkan Kabilah Bani Ghatfan yang besar dan membuat pukulan terakhir terhadap Yahudi di benteng terakhir mereka di Khaibar pada tahun 7H yang membawa kepada Pembukaan Mekah pada tahun 8H.

Apabila Quraisy masuk Islam beramai-ramai, kabilah-kabilah Arab rela berada dibawah pimpinan Quraisy seperti zaman sebelumnya. Kerana itu Nabi saw berpesan dengan mengatakan ” الأئمة من قريش ” (Kepimpinan adalah dari bangsa Quraisy). Jika bangsa Quraisy adalah Bangsa Tunggak kepada kekuatan “fizikal” Islam, demi melindungi dan menyebarkan “ruh” dakwah Islam, maka Islam mengiktirafnya.

Dalam Perang Badar, Tahun 2 Hijrah, tentera Islam dibahagi mengikut kabilah, bukan sekadar mengikut aqidah. Bendera Muhajirin Mekah dikibar oleh Ali bin Abi Talib. Bendera Ansar Madinah dikibar oleh Saad bin Muaz.

Dalam Perang Uhud, Tahun 3 Hijrah, bendera Muhajirin dikibar oleh Mus’ab bin Umair. Bendera Ansar dari kabilah Al-Aus dikibar oleh Usaid bin Hudair. Bendera Ansar dari kabilah Al-Khazraj dipegang dan dikibar oleh Al-Khabbab bin Al-Munzir.

Realiti Bangsa Melayu di Malaysia

Bangsa Arab adalah bangsa tunggak bagi kekuatan “fizikal” Umat Islam di Timur Tengah. Para hukamak mengatakan ” ادا دل العرب دل الاسلام “(dgn zal, bukan dal) (Jika Arab hina – lemah, berpecah, ketinggalan, jahil dll. – lemahlah Islam).

Begitu juga bangsa Melayu adalah bangsa tunggak dan kekuatan Umat Islam di Nusantara. Bangsa Melayu berperanan penting bahkan tidak keterlaluan kita katakan mereka telah berperanan tunggal dalam mempertahankan Islam di rantau ini sejak ratusan tahun lalu menghadapi serangan-serangan luar terutama dari Tentera Salib dari Eropah.

Sehingga ke hari ini bangsa Melayu masih merupakan tunggak kekuatan Umat Islam di Malaysia. Ia realiti yang kita tidak boleh nafi atau sembunyikan di dalam percakapan maupun di dalam hati kita. Pergilah ke solat Jumaat mingguan, kita akan dapat di semua bandar atau kampung, hampir kesemuanya adalah Melayu. Buatlah program ceramah Islam sempena heri kebesaran Islam dan jemputlah dengan ungkapan “Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir” dan bukannya “Semua Melayu (sahaja) Dijemput Hadir”, nanti kita akan dapati hadirin dan hadirat yang hadir adalah hampir kesemuanya Melayu. Hampir kesemua para Ulamak, pemimpin rakyat, professional dan tentera di Malaysia adalah bangsa Melayu.

Jika muslim bangsa Cina atau India muslim berpecah, atau dihinggapi penyakit jahil, dadah atau kemiskinan, Islam di Malaysia masih boleh kuat lagi, akan tetapi sekiranya bangsa Melayu di Malaysia berpecah, jahil atau didalam kemiskinan yang melata, Islam dan Umat Islam di Malaysia akan menjadi lemah. Apabila Umat Islam menjadi lemah, pintu-pintu penyakit ruh, hati, ideologi dan akidah akan terdedah dan mudah serangan-serangan penyakit seterusnya dilakukan oleh pihak musuh dari dalam dan luar negara lebih-lebih lagi musuh tradisi umat Islam dari golongan Ahlil Kitab. Dengan ini hakikat “Jika lemah Melayu, lemahlah Islam di Malaysia” adalah ungkapan yang benar dan diterima Syarak dan tidak boleh dinafikan.

Kesan dari kempen kedua-dua jenama “Melayu” dan “Islam” yang dipelori oleh parti-parti politik khususnya sejak beberapa dekad lalu mengakibatkan lahirnya ramai dari kalangan generasi hari ini yang tidak dapat menghubungkan ikatan erat diantara Melayu dan Islam seperti yang dikehendakki oleh Islam berdasarkan nas yang telah kita bincangkan. Lebih dari itu ramai dikalangan masyarakat yang lebih terikat kepada formula Politik berbanding Kaedah Syarak sehingga terdapat pemimpin dan pengikut Melayu-Islam tidak turun menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri dari kem “Bangsa” dalam mempertahan isu Kalimat Allah melawan puak Kristian swt sedang apa yang diperjuangkan itu adalah jelas perjuangan agama, dan bukannya “bangsa” yang tercela seperti dakwaan segelintir manusia.

Dengan sedar atau tidak sedar, pihak berjemana “Islam” ada memperjuangkan “Tanah Rezab Melayu” yang merupakan hak “bangsa” yang mereka dakwa ada diselewengkan dan dalam masa yang lain pula pihak berjenama “Bangsa” melalui KDN keluar masuk mahkamah memperjuangkan kesucian kalimat Allah, yang merupakan hak “Agama” yang tidak diperjuang oleh pimpinan tertinggi kem “Agama”.

Video Hina Nabi

“Melayu Sepakat Islam Berdaulat”

  1. Ia adalah slogan yang diperakui Syarak, namun ia ungkapan yang pengertiannya tidak straight forward dan memerlukan penjelasan yang baik dengan nas dan kaedah Syarak kepada masyarakat awam apatah lagi nas pentingnya seperti الأئمة من قريش adalah nas yang tidak diketahui oleh ramai masyarakat awam.
  2. Ia adalah slogan yang berperanan serampang dua mata. Di satu aspek mengajak Umat Islam di Malaysia bersepakat, berpadu dan menjadi kuat. di satu aspek yang lain ia adalah slogan yang menghubungkan antara Muslim dan Melayu di Malaysia guna menghilangkan salahfaham pihak yang cuba meletakkan dinding tebal diantara 2 perkataan tersebut sedang isinya adalah sama. Oleh itu slogan itu bersifat mengajak dan mengubat dalam masa yang sama.
  3. Kewujudan sebilangan muslim di Malaysia dari bangsa Cina, India dan lain-lain tidak menghalang kebenaran slogan ini kerana jika berlaku perpecahan dan kelemahan dikalangan muslim Cina atau muslim India, kesannya terhadap kekuatan Islam di Malaysia tidak lah seketara dibandingkan sekiranya berlaku perpecahan dan kelemahan dikalangan muslim Melayu. Sebaliknya jika kesepakatan berjaya dicapai walau tidak sepenuhnya seperti kesepakatan dalam isu-isu tertentu seperti Hudud pada hari ini, maka salakan kaum minoriti kafir di Malaysia dalam menentang perlaksanaan Syariat Islam dari pimpinan DAP, MCA dan lain-lain tidak mempunyai kesan yang ketara.

“Muslim Sepakat Islam Berdaulat”

  1. Ia adalah ungkapan yang benar lagi jelas tanpa memerlukan penjelasan lanjut kerana firman Allah swt adalah banyak didalam Al-Quran mengajak kaum Muslimin ke arah kesepakatan dan kesatuan. Firmannya  واعيصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا bermaksud (Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah) dan firmanNya lagi  ولا تنازعوا فتفشلوا وتدهب ريحكم  bermaksud (Jangan kamu bertelagah lalu kamu rosak dan hilang kekuatan kamu),
  2. Namun ia adalah ungkapan yang tidak merawat persepsi golongan yang berkerja atas jenama “Islam” yang memandang salah terhadap orang yang bekerja atas jenama “Melayu”, “Kebangsaan” atau seumpamanya, lalu dengan persepsi ini, kesepakatan tidak mungkin berlaku dan ungkapan hanya tinggal ungkapan yang dipenuhi persepsi yang tidak tepat.
  3. Lebih negatif lagi jika sekiranya ungkapan “Muslim Sepakat Islam Berdaulat” dilahirkan atas tindakbalas wujudnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” lalu bukan sahaja ia tidak membantu merawat kemelut masyarakat Melayu-Muslim di Malaysia, bahkan ia cuba untuk menjauhkan masyarakat dari kebenaran dan ojektif slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” yang lahir dari kefahaman terhadap nas dan kaedah Syarak seperti yang telah dibentangkan di atas.

mesirOrang-orang Mesir adalah berbangsa Arab berdasarkan bahasa mereka dan bukan keturunan atau darah Semenanjung Arab zaman dahulu kala. Setiap bangsa atau negara membuat takrifan sendiri terhadap bangsa sendiri, mengikut maslahah masing-masing.

Takrif perkataan “Bangsa” dan perkataan “Bangsa Melayu”

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, elok juga kita melihat sekitar takrif perkataan “Bangsa” dan takrif perkataan “Bangsa Melayu”.

Perkataan “Bangsa” tidak mempunyai takrif praktikal yang seragam. Masing-masing di dunia mempunyai takrifannya yang tersendiri.

“Bangsa Yahudi” adalah bangsa yang berdasarkan darah dan keturunan. Kebanyakan manusia di dunia hari ini termasuk di Malaysia menganggap ia adalah istilah bangsa yang sebenar. Mereka tersilap.

“Bangsa Arab” adalah bangsa yang berdasarkan bahasa percakapan. Oleh kerana itu orang Mesir yang asalnya bangsa dan berbahasa Qibti, juga orang Algeria, Tunis dan Maghribi yang berbangsa dan berbahasa Barbari pada hari ini mereka menganggap dan digolong ke dalam bangsa Arab kerana bertutur dalam Bahasa Arab. Yang lebih mirip kepada pembahagian mengikut darah dan keturunan dikalangan Arab adalah “kabilah” dan bukan bangsa.

“Bangsa Melayu” di Malaysia telah diputuskan takrifnya oleh generasi kita yang terdahulu sebagai bangsa agama, bahasa dan budaya. Oleh kerana itu sesiapa sahaja di Malaysia yang beragama Islam, bercakap dalam Bahasa Melayu dan berbudaya Melayu, maka dia seorang Melayu. Kawan saya sendiri yang berbangsa “Melayu” sedang ayahnya berbangsa India (Muslim) dan ibunya berbangsa Cina (Muslim). Ia adalah suatu yang realiti bahkan diwartakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sendiri hasil hikmah generasi kita yang terdahulu.

Setiap umat mentakrifkan “bangsa” mengiut kehendak masing-masing tanpa perlu diseragamkan takrifnya secara global oleh sesiapa dari pihak asing. Oleh itu orang yang menganggap “bangsa” hanya bererti keturunan darah harus menyemak kembali pemahaman yang ada pada dirinya, lebih-lebih lagi erti “Bangsa Melayu” kerana ان تصيب قوما بجهالة فتصبحوا على مل فعلتم نادمين  dikhuatiri kita mengambil sikap atau tindakan terhadap sesuatu pihak lain sedang kita dalam kejahilan lalu kita nanti menyesal terhadap apa yang kita lakukan (Al-Hujurat).

Kita memohon kepada Allah swt agar Dia membaiki hal keadaan Umat Islam, meninggikan Ukhuwwah dan kasih sayang diantara mereka lalgi menyatukan mereka untuk membentuk kekuatan yang mampu menghadapi serangan golongan kuffar yang semakin meningkat dan sengit di akhir zaman ini. Dia Maha Berkuasa di atas tiap sesuatu. Ameen.

 

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: