Seruan “Tangguh Hudud” Yang Keliru

image

Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Syariat Islam yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka, Majallah Ahkam Johor, Hukum Kanun Pahang yang mentadbir negeri-negeri tersebut dan sekitarnya digantikan dengan Common Law yang terpakai di England dan Tanah Jajahan India ketika itu.

Setelah Malaysia merdeka dalam tahun 1957, dalam perjuangan berbagai gerakan Islam di sini dan di Dunia Islam amnya untuk mengembalikan penegakkan Syariat Islam, diantaranya hukum Hudud, terdapat kekeliruan pada sebilangan orang bahawa Hudud hendaklah ditangguhkan kerana masih terdapat kekeliruan dalam masyarakat sedang Nabi saw bersabda ادرء الحدود بالشبهات bermaksud, “Jangan laksanakan hukuman Hudud kerana (jika terdapat) kekeliruan”.

Contohnya, apabila ADUN PAS dan ADUN UMNO di DUN Kelantan sebulat suara mewakili rakyat masing-masing mengundi menyokong Enakmen Jenayah Syariah II, ada pihak berpendapat, langkah itu belum sesuai kerana masih terdapat syubhat (kekeliruan) dalam masyarakat, isu ekonomi hendaklah didahulukan, orang-orang kafir masih keliru tentang Hudud dan alasan-alasan yang lain.

Untuk menjelaskan kekeliruan ini, kita kena bezakan diantara :

1- Mendaulatkan Syariat Islam (diantaranya adalah hukum Hudud), dengan mengkanunkannya di dalam Dewan-dewan Perundangan, berbanding

2- Melaksanakan hukuman Hudud, yang semestinya melalui proses Mahkamah Syariah dengan disiplin dan peraturannya yang ketat dan menyeluruh, merangkumi penyiasatan, keterangan, saksi, perbicaraan, keputusan, rayuan dan sebagainya. Diaspek perincian ini, jika dikenalpasti terdapat di sana kekeliruan atau syubhat, maka hukuman Hudud ke atas tertuduh boleh dibekukan atau diganti dengan Takzir.

Sebenarnya, pengundian wakil-wakil rakyat untuk mendaulat dan mengkanunkan Syariat Islam, sepenuh atau sebahagiannya dahulu, adalah merupakan salah satu kemuncak kejayaan Perjuangan Islam oleh Duat, bahkan oleh Rakyat.

Ini dicapai melalui pewartaan undang-undang Syariat melalui undian majoriti (51%) atau lebih-lebih lagi melalui pindaan Perlembagaan mendaulatkan Syariat Islam melalui undian 2/3 (67%) anggota Dewan.

Apa yang diputuskan di dalam Dewan-dewan Perundangan adalah merangkumi kesemua Rakyat, samada yang mencuri itu seorang miskin atau kaya, samada yang membunuh itu seorang yang sengaja atau tidak, samada seorang yang berzina atau penuduh itu dalam keadaan sedar atau keliru dan seumpamanya.

Adapun difasa perlaksanaan Syariat Islam, iaitu proses mahkamah dan keterangan, maka hadis ادرء الحدود بالشبهات itu diambilkira. Di mahkamah, hasil penyiasatan terperinci, hujjah keterangan didengari dan sebarang kekeliruan dikenalpasti. Dari proses itu, hakim memutuskan hukuman yang adil, dengan mengambilkira kekeliruan jika ada terhadap tertuduh.

Bukan tugas utama Wakil-wakil Rakyat untuk mengenalpasti kekeliruan pada seseorang yang tertuduh seorang demi seorang. Proses terperinci tersebut hanya dilakukan, bahkan hanya boleh dilakukan di kamar Mahkamah, bukan di Dewan Perundangan (Parlimen dan DUN).

Tugas Wakil-wakil Rakyat adalah mendaulatkan Syariat Islam dengan meminda Undang-undang Sivil di Parlimen dan DUN-DUN sehingga ia selari atau compliance dengan Syariat Islam, tanpa lengah, terutama undang-undang yang membina atau mencegah seperti pengharaman riba, kelucahan, penindasan, eksploitasi, korupsi dan seumpamanya dan bukan sekadar undang-undang yang menghukum seperti Hudud sahaja.

Tidakkah Nabi saw, apabila mengeluarkan hadis di atas, Syariat Islam dan Hudud telahpun berdaulat di Madinah ? Tidakkah Al-Quran merupakan Perlembagaan tertinggi ketika itu, yang mengandungi berbagai Undang-undang Islam dan Hukum Hudud ?

Dalam perlaksanaan, Nabi saw cuba mengenalpasti syubahat (kekeliruan) dalam setiap kes. Apabila seorang wanita hamil datang dan mengaku berzina, Nabi saw cuba mengenalpasti terlebih dahulu jika ada kekeliruan dalam kes tersebut. Ini dalam keadaan Syariat Islam telah berdaulat di Madinah.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan

oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia adalah fasik”.

Moga Syariat Islam kembali berdaulat di Malaysia, Dunia Islam dan seluruh dunia amnya. “Pada hari itu orang-orang beriman akan bergembira dengan kemenangan dari Allah. Dia memenangkan siapa yang dikehendakkiNya” (Al-Quran).

Us. Abdul Halim Abdullah
7 Jun 2015
image

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: