Isu Pengikut Kucup Kaki Pemimpin

Dr Jahid ada memberikan pandangan beliau (Lampiran disertakan di bawah) dalam isu yang hangat disebut dalam masyarakat hari ini mengenai perbuaran pengikut sesuatu tarikat mencium kaki pemimpin tarikat.

Di sini saya berkongsi komentar saya terhadap sebahagian dari pandangan beliau :

1- Kesalahan dalam aspek Aqidah sememangnya boleh membawa kepada kufur. Namun kesalahan pada Syariat, walaupun tidak membawa seseorang kepada kufur, namun ia membawa kepada dosa dan maksiat terhadap Allah swt. Kedua-dua kesalahan wajib kita jauhi.

Dalam menjalankan tugas sebagai Ulamak, Pendakwah atau penyelamat Umat, perlu ditekankan kepada orang ramai bahawa melakukan kesalahan di segi Syariat juga mesti dihindari.

2- Ungkapan “tentunya disebabkan si murid tadi jahil dan emosional sangat lalu segera mencium kaki …” telah memberi alasan dari jauh sebelum dibuat kajian terperinci, bertanya untuk dapatkan info sebenar untuk diputuskm sesuatu hukum.

Tanpa kajian dilakukan secara terperinci, sebaiknya perbahasan atau pandangam dikemukakan hanya dalam bentuk umum dan dikemukakan hukum umum juga, bukan secara terus menganggap si dia sebagai jahil.

Bagaimana sekiranya dia tidak jahil ?

Bahkan sekiranya seseorang benar-benar jahil dalam melakukan sesuatu kesalahan, adakah boleh masyarakat dan Syariat membenarkan perbuatannya ?

Menuntut ilmu adalah wajib. Syariat hanya memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang seseorang kerana lupa, tidak sengaja atau yang dipaksa ke atasnya.

3- Zikir secara berjemaah tiada masalah dan diharuskan. Ini termasuk berselawat secara jemaah.

4- “Tatabuk” atau “Tajassus” iaitu mencari-cari kesalahan org lain adalah dilarang Allah swt.

Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip-intip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (Surah Al-Hujurat)

Cuma, takrif Tatabuk dalam Syarak hendaklah kita jelas dan sepakat.

Pada bahasa تتابع bererti mengikut-ikut. Pada istilah ia bermakna mencari-cari kesalahan orang lain.

Tatabuk bermaksud dalam pergaulan biasa, tiada apa apa isu pada zahir, tetapi seseorang cuba mencari-cari kesalahan orang, jiran, isteri, sedara mara dll. Atau dalam bahasa Melayu yang lebih jelas ia bermaksud mengkorek-korek kesalahan orang lain.

Tapi dalam isu “mencium kaki” yang sedang diperbincangkan, ia bukan termasuk dalam bab Tatabuk, kerana ia adalah perbuatan yang dilakukan oleh si pelaku di dalam majlis ramai, telah tersiar di seluruh dunia, dalam Youtube, Facebook dll. Kesannya masyarakat tertanya-tanya mengenai keharusan perbuatan sedemikian, maka suatu penjelasan mesti dikeluarkan oleh sesuatu pihak atau badan ulamak resmi agar persoalan masyarakat terjawab, terpimpin, terbimbing dan kembali tenang.

Ketidakjelasan takrif seperti ini juga menyebabkan ada seorang tokoh agamawan pernah menyelar pihak berkuasa agama yang menyerbu pasangan berkhalwat atas hujjah yg sama, iaitu kononnya melakukan Tatabuk atau Tajassus yang dilarang agama.

Sebenarnya serbuan tersebut juga tidak termasuk dalam bab mengkorek-korek kesalahan orang lain, akan tetapi ia hasil aduan orang ramai, pihak hotel, pihak suami kepada sipelaku, masyarakat ke taman perumahan atau lain-lain saksi maka suatu tindakan yang Syariyy wajib dilakukan ke atas pasangan tersebut mengikut bab mencegah kemunkaran dengan tangan (kuasa), lidah (lapur, nasihat) atau hati (tapi ia adalah selemah-lemah iman – kerana tidak mahu mencegah, melapur atau menasihat).

5- Kita dituntut memberi tumpuan kepada kedua-dua aspek Aqidah dan Syariat, bukan sekadar Aqidah sahaja. Melanggar Aqidah membawa kufur, kekal di dalam Neraka. Namun melanggar Syariat juga membawa kpd dosa dan siksa.

Pandangan saya ini bukan menghukum si pencium kaki. Seperti yg saya kemukakan di atas, hukum ke atas seseorang mesti melalui proses bertanya, dapatkan maklumat mengenai perbuatannya, perbahasan Syarak dan dikeluarkan hukum sebenar, lebih-lebih lagi jika ia aspek yang berkait dengan Aqidah, kerana ia berkait dengan hati, niat dan maksud.

Tulisan ini lebih kepada memberi pandangan terhadap pandangan Dr Jahid yg saya hormati, moga perkongsian ini berguna kepada semua pembaca dan mengkayakan idea. Jika ada kebenaran di dalamnya, maka ia dari Allah swt.

Us. Abdul Halim Abdullah
12 Jun 2015

PANDANGAN DR JAHID MENGENAI ISU AMALAN PENGIKUT MENCIUM KAKI PEMIMPIN

Berikut adalah ulasan Tuan Guru Dr Hj Jahid berkait isu zikir menari & isu sheikh Nazim. Pndekatan ini lebih selamat berbanding mmbuat tuduhan melulu tentang sesuatu yg d luar ilmu n kemahiran kita.
………………………………………..

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM.

Berzikir yang melibatkan pergerakan, sekiranya ianya salah, hanyalah dari segi syariat bukan melibatkan aqidah.

Gerakan dalam zikir memang wujud di zaman nabi s.a.w. lagi, ashabus suffah di zaman nabi diriwayatkan berzikir bergerak seperti pokok ditiup angin yang kuat.

Bagi orang yang tidak pernah berzikir, mereka merasa pelik, tetapi bagi ahli zikir ianya biasa dan pergerakan adalah secara semulajadi.

Bagaimana pun pergerakan zikir mestilah menjaga adab supaya tidak dipandang buruk dari segi syariat. Akan tetapi prgerakan ini tidaklah sekali2 merosakkan aqidah. Kesesatan hanyalah melibatkan perkara yang berkaitan aqidah.

Mengenai masalah murid Syeikh Nazim yang mencium kaki beliau, ia bukanlah mmbawa kpd syirik. Takkanlah si murid anggap beliau sebagai tuhan. Tentunya disebabkan si murid tadi jahil dan emosional sangat lalu segera mencium kaki. Di zaman nabi s.a.w. ada seorang yahudi yang baru memeluk Islam mencium kaki nabi s.a.w., dan sebagaimana keadaan jahil yahudi itu tidak mnyebabkn syirik, maka begitulah murid yg jahil tersebut. Tambahan pula hanya seorang dua sahaja yg mencium kaki, itu pun disebabkan kejahilan, dibandingkan ribuan yang lain.

Orang yang mengatakan syirik itu lebih syirik lagi kerana beritiqad dengan Allah di Langit (sedangkan Allahu Samad), Allah bersemayam di atas kerusi, sedangkan Allah tidak berkehendak tempat dan makhluk.

Zikir ramai-ramai pun tak sesat, ramai-ramai berselawat ke atas nabi untuk keberkatan tiada salahnya. Rasanya yang komen ini iri hati, kerana suara mereka tak sedap, ini kes dengki dan  kes iri hati.

Golongan habib memuji Allah dan tambahan pula selawat dituntut. Ada juga org wahabi yang dulu mengeji sekarang ikut sama berselawat.

Mudah-mudahan orang yang komen boleh jadi ketua selawat di padang merdeka satu hari nanti.

Buatlah kerja lain bukan kerja memfitnah teruk-teruk. Bayangkan orang yang berzina dah bertaubat, tapi yang menuduh orang lain sesat tak bertaubat sampai mati.

Dalam Islam sangat pantang tatabuk sikap mencari salah, tak mahu mencari kebaikan. Tatabuk digunakan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sampai mati.

Kalau gerak dalam zikir sesat, tarian lagi sesat, tarian M. Daud Kilau lagi sesat, zapin lagi sesat, tak de pulak ulama’ yg menyesatkan, kalau salah pun dari segi syariat sahaja, mungkin makruh kerana dikeji dari segi syariat. Kerana tiada hadith yg mengharamkannya.

Ustaz belajarlah dulu ilmu zikir, kat Mesir pun ada, balik nanti dah pandai zikir baru cakap.

Pembuka Kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad al-Fateh adalah merupakan Ahli Zikir dan sebaik-baik sultan, gurunya juga Sheikh Shamsuddin seorang ahli zikir. Beliau juga guru kepada Sultan Murad II yang merupakan ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Yang menuduh pergilah ke Turki. Kalau tiada Tarekat Naqshabandiyah Khalidiyyah di Turki, Islam mungkin tidak dapat bertahan, Ia adalah tonggak Islam di sana hingga ke Uzbekistan, kazasytan dan di negeri China sekalipun.

Akhir sekali, orang yg jahil biasanya menjadi musuh kpd perkara yg dijahilkan. Ini semua kawan ustaz yg mengatakan Tasawuf lebih busuk drp ayaq acaq. Ingat semua batu kerikil dan daun berzikir mengutuk org yg hina zikir tak tentu pasal.
Orang Anti zikir bersifat tatabuk, segala kebaikan zikir tidak disebut. Dalam tasawuuf sifat tatabuk bighairi ittibak sengaja mencari kesalahan, dosanya lebih besar daripada zikir bergerak.

Gajah depan mata tak nampak, kuman sebarang laut nampak.

Orang yang menuduh sepatutnya menumpukan masalah aqidah, Sepatutnya masalah aqidah lebih dahsyat seperti pegangan aqidah Allah di langit, Allah duduk atas kursi, Allah bertangan dan Allah bermata ini aqidah yang lebih teruk.

Perbuatan ini adalah fitnah ulama akhir zaman.

(إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ)

………………………………………..
Oleh Dr Hj Jahid Sidek
Ahli Panel Jalsah Turuq Sufiyyah (Majlis Tarekat2 Sufi) yg d wujudkan d bawah Enakmen Tarekat Tasauf Negeri Sembilan 2005 utk menapis ajaran2 tareqat d negeri Sembilan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: