Politik itu dari Ilmu & Iman

Ideologi pluralisma adalah menyeleweng kerana ia menganggap semua agama adalah sama taraf, bahkan sesetengah mereka lebih melampau dengan mengatakan semua agama adalah benar.

Ideologi ini timbul dikalangan sebahagian orang Melayu hari ini kerana kejahilan mereka tentang Islam atau mereka menjadi alat musuh untuk mendapat habuan keduniaan, samada sedar atau di luar sedar.

Kerana itu Allah swt mengarahkan “Iqrak” (bacalah – dapatkan ilmu) sebagai ayat pertama diwahyukan kepada Nabi saw, kerana tanpa ilmu, aspek aqidah, ibadah, akhlak, sosial dan politik seseorang akan celaru, walaupun dia mendakwa seorang muslim dan memakai nama muslim.

Titik tolak politik Islam adalah dari 2 prinsip :

Prinsip 01- Hanya aqidah atau agama Islam sahaja yang benar di dunia ini.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Prinsip 02- Syariat Islam yang adil mesti mentadbir seluruh negara dan manusia.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat undang-undang yang lebih baik selain Allah”.

Kelmarin, apabila Mahkamah Agung Amerika memutuskan kahwin gay dan lesbian dibenarkan di seluruh negara, ia salah satu kemuncak bukti bahawa orang bukan-Islam yang mentadbir dengan sistem selain-Islam adalah boleh menyeleweng ke tahap haiwan, walaupun mereka ditahap teknologi, kekuatan dan kekayaan yang tiada tolok bandingnya.

Ini belum lagi pencerobohan, penindasan, peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang sistematik yang dilakukan oleh Barat, Timur dan kuncu-kuncunya terhadap umat Islam dan manusia di serata dunia.

Oleh itu, aktiviti politik tidak sekadar memperjuangankan semangat “keadilan sosial”, “kepimpinan rakyat untuk rakyat”, “negara milik bersama” dan seumpamanya tanpa asas dan dasar dari dua prinsip di atas, iaitu :
1- prinsip Aqidah yang benar dan
2- prinsip Syariat mesti didaulatkan.

Akhirnya, orang-orang Melayu harus sedar bahawa tiada “keadilan sosial” hakiki di luar kerangka Syariat Islam. Mereka juga harus tahu bahawa kepimpinan orang-orang beriman yang hakiki sahaja yang boleh menjamin hak-hak semua manusia.

Sebarang aktiviti dan cita-cita politik yang didasari selain 2 prinsip di atas, adalah sia-sia disisi Allah swt, telah dan akan membuang banyak masa, tenaga dan harta diri dan umat, malah sering diperkuda oleh pihak-pihak lain yang mempunyai agenda tersembunyi lagi merbahaya kepada Umat Islam dan manusia sejagat.

Us. Abdul Halim Abdullah
30 Julai 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: