RIMAS YANG SALAH

image

Fenomena sebahagian wanita Malaysia kini mula meminati fesyen jubah adalah suatu perkembangan positif dan menepati Syariat Islam. Namun pendirian pengarang Malaysian Insider, Amin Iskandar yang saya nampak rimas dan adakalanya aggresif terhadap perkembangan ini adalah menghairankan.

Dalam berdepan dengan serangan budaya dedah dan berpakaian ketat dari Barat, saya adalah seorang pejuang pakaian baju kurung. Sejak belasan tahun saya sering berkempen didalam ceramah dan pengajian saya, betapa perlunya wanita di Malaysia memperkasakan kembali pemakaian baju kurung di tempat awam dan memastikan anak-anak perempuan mereka juga sedemikian.

Namun begitu saya dapati pendirian Sdr Amin Iskandar adalah ke tahap hilang pertimbangan sehingga menganggap fenomena “jubah wanita” yang positif dan mulia itu sebagai “parah”. Beliau ke tahap cuba mengaitkan “jubah wanita” dengan Neo-Talibanisme, sedang pakaian orang Afghanistan dan Pakistan, lelaki dan perempuan, rata-rata adalah shelwar dan qamis berupa seperti baju melayu panjang ke lutut dan seluar besar selonggar kain pelikat. Jelas pakaian mereka bukan jubah.

Beliau pergi lebih jauh sehingga cuba mengaitkan trend berfesyen “jubah wanita” dengan 2 kes terpencil di sekolah di bulan Ramadan, dimana murid bukan-Islam disuruh makan dalam tandas atau kes guru sarankan murid minum air kencing sendiri kerana kantin sekolah tutup di bulan Ramadan. Kes tersebut telah lama diurus dan selesai, namun kenapa pahat masih berbunyi ? Apa motif beliau sebenarnya ?

Kenapa fenomena penggunaan perkataan “solat”, “dua” dan “iftar” juga turut merimaskan beliau ? Sebenarnya perkataan-perkataan itu adalah dari kalam Allah swt sendiri di dalam Al-Quran, terlebih dahulu, sebelum ianya adalah “bahasa Arab” yang didakwanya sedang “menjajah Bahasa Melayu”.

Jangan nanti perasaan seperti itu pergi lebih jauh kepada sikap agar Azan dilaungkan dalam bahasa Melayu seperti yang pernah berlaku di Turki beberapa dekad. Jika ia berlaku, tidak mustahil pula nanti pula perlakuan solat dibaca dalam bahasa tempatan seperti berlaku di Amerika. Sebenarnya itu lahir dari idea-idea, tetapi ia tidak didasar ilmu dan asas Agama yang kukuh.

Islam menerima segala budaya baik lagi positif dari mana sekalipun ia datang, baik berupa teknologi, budaya, bahasa Al-Quran maupun pakaian yang selari dengan Syarak. Islam menganggap kesemua perkara luar dan baru yang baik dan selari dengan Syarak sebagai “Hikmah”.

Sabda Nabi saw : الحكمة ضالة المؤمن انا وجدها فهو احق الناس بها bermaksud, “Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang beriman. Di mana sahaja dia menjumpainya (tak kira dari mana ia datang), maka dia adalah orang yang paling berhak mengambilnya (mempelajari atau menggunakannya)”.

Sepatutnya Saudara Amin Iskandar memberi tumpuan pemikiran, masa dan kariernya kepada berdepan dengan budaya Barat yang sangat banyak bertentangan dengan Islam. Ia budaya yang telah dan sedang menjajah ramai Umat Islam hari ini seperti pakaian dedah yang menjolok mata, arak, pergaulan bebas tanpa batasan, zina, pornografi, lesbian gay bisexual dan transgender (LGBT). Budaya inilah sebenarnya telah banyak meruntuhkan budaya baju kurung dan bukannya “jubah wanita”, “Arabisasi” atau “Neo-Talibanisme” yang boleh menyebabkan “kebudayaan Melayu runtuh” seperti dakwaan beliau.

Moga penjelasan ringkas di atas dapat menyedarkan beliau lalu membaiki cara beliau yang salah dalam menghubungkan fenomena “jubah” dan “bahasa Arab” dengan “Arabisasi”, “Neo-Talibanisme”, “makan dalam tandas”, “minum air kencing”, “pemimpin tidak sedar” dan lain-lain dakwaan.

Saya tidak perlu mengulas panjang dakwaan beliau tentang apa yang didengarinya dari orang bahawa sekarang baju kurung sukar dijumpai di pasaran. Ini mungkin kerana beliau seorang lelaki atau beliau jarang turun ke pasaraya atau pasar Ramadan.

Us. Abdul Halim Abdullah
6 Julai 2015

RUJUKAN ARTIKEL :

Apabila budaya Melayu ‘ditelan’ budaya Arab – The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/amin-iskandar/article/apabila-budaya-melayu-ditelan-budaya-arab1

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: