ZIARAH KUBUR DI PAGI RAYA

image

Ziarah kubur merupakan suatu sunnah berdasarkan hadis Nabi saw :

كنت نهيتكم عن زيارة القبور الا فزوروها
“Dulu aku pernah menegah kamu dari menziarahi perkuburan. Adapun sekarang maka kamu bolehlah menziarahinya” (Hadis).

Sunnah adalah perbuatan, perkataan atau persetujuan Nabi saw. Maka dari hadis di atas, ziarah kubur adalah sunnah dari perkataan Nabi saw. Bahkan diriwayatkan Nabi saw sering ke Tanah Perkuburan Al-Baqiek di sebelah Masjid Nabawi dan mendoakan untuk mereka.

Disegi bahasa Arab, “bid’ah” bermakna innovasi atau mencipta yang baru, samada cipta yang baik atau buruk.

Cipta buruk seperti “bid’ah” yang biasa disebut masyarakat seperti doa meminta hajat dari ahli kubur, bukan dari Allah dan sebagainya.

Cipta baik seperti Allah, Pencipta alam semesta. FirmanNya :
بديع السماوات والارض
bermaksud, “Allah bid’ah langit dan bumi” bermaksud “Allah pencipta langit dan bumi”. Bahkan salah satu nama Allah adalah Al-Badi’ (البديع) bermakna “Maha Pencipta” dan ramai Arab bernama Abdul Badiek.

Oleh kerana disegi bahasa arab “Bid’ah” boleh bermakna “cipta yang baik” atau “cipta yang buruk”, maka keluarlah 2 istilah Syarak iaitu “Bid’ah Hasanah” (Bid’ah yang baik) dan “Bid’ah Dolalah” (Bid’ah yang sesat).

Salah satu bid’ah yang harus adalah Bid’ah Iltizamiah.

BID’AH ILTIZAMIAH

Contoh nya Nabi saw menyatakan bahawa orang yang membaca surah Al-Ikhlas (قل هو الله احد . الله الصمد . لم يلد ولم يولد . ولم يكل له كفوا احد) dapat pahala menyamai membaca seluruh Al-Quran. Walaupun membaca Surah “Qulhuwallah” ini sebanyak 3x tidak mengambil masa lebih 30 saat, namun kebanyakan manusia alpa merebut ganjaran ini setiap hari.

Maka, jika seseorang takut alpa seperti kebanyak manusia lain, lalu dia mengiltizamkan dirinya membaca 3x “Qulhuwallahu ahad …” tiap hari sebelum memulakan sarapan pagi, menghidupkan enjin keretanya untuk ke pejabat atau sempena-sempena yang lain, lalu dengan taktik dan teknik seperti itu dia menjadi insan yang iltizam mendapat ganjaran dan taqarrub kepada Allah, maka ia adalah suatu yang dibolehkan. Ia adalah ciptaan baru (bid’ah) diaspek teknik dan taktik, tetapi asli dan syar’iyy diaspek isi dan content.

ZIARAH KUBUR DI PAGI RAYA

Setelah memahami dengan ringkas mengenai istilah “Bid’ah Iltizamiah” di atas, maka lebih mudah di sini untuk menyatakan bahawa ziarah kubur ibu bapa, saudara mara atau sahabat handai di pagi Raya adalah termasuk dalam Bid’ah Iltizamiah yang diharuskan.

Ia sama hukumnya dengan beriltizam membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat, membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu yang tetap setiap kali selepas solat-solat fardhu.

Ia samasekali bukan “Bid’ah” yang bermaksud “Bid’ah Dolalah” (bid’ah yang sesat) yang disabdakan oleh Nabi saw وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة فى النار bermaksud “Setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka”.

SYARAT-SYARAT ILTIZAMIAH

Dari penjelasan di atas, dapat dirumuskan syarat-syarat Bid’ah Iltizamiah diharuskan Syarak adalah ada 3 iaitu :

1⃣ Isi atau content ibadat tersebut memang terdapat anjuran dari Al-Quran atau As-Sunnah yang sahih, tanpa ditokok tambah.

2⃣ Teknik atau strategi baru pada waktu atau cara perlaksanaannya tidak mengubah content atau isi ibadat tersebut.

3⃣ Iltizam yang dipakai pada dirinya tidak dipaksa kepada orang lain atau menyalahkan orang lain yang tidak melakukan seperti strategi yang dia atur untuk dirinya.

BUDAYA

Setiap kaum mempunyai budaya tersendiri dan berbeza ke arah melaksanakan tuntutan beragama demi menuju keredhaan Allah swt. Islam mengalu-alukan budaya yang positif sesuatu kaum.

Ziarah kubur di pagi Raya di Malaysia mempunyai kelebihan berbanding ziarah kubur di waktu-waktu yang lain kerana :

1⃣ Ketika itu peluang untuk ziarah kerana sedang berada di kampung, terutama anak-anak yang tempat bekerja dan tinggalnya jauh di perantauan.

2⃣ Lebih mudah ingatkan diri dan punya masa untuk ziarah kubur di kampung berbanding waktu-waktu lain seperti waktu bekerja atau bertugas.

3⃣ Ketika itu anak- anak dan cucu-cucu berkumpul bersama. Dengan menziarahi kubur bersama-sama generasi terkemudian dapat dikenalkan dan diceritakan pengajaran-pengajaran dari generasi terdahulu dilokasi yang lebih memberi impak kepada jiwa dan fikiran.

PERHATIAN

Agar ziarah kubur di pagi Raya selari dengan Syarak,  beroleh keberkatan dan pengajaran, beberapa perkara perlu diraikan :

1⃣ Tidak beriktikad bahawa ziarah kubur di pagi Raya sebagai acara wajib atau rukun sambutan Hari Raya.

2⃣ Memastikan content atau isi ziarah tersebut selari dengan Syarak diantaranya :
🔻memberi salam kepada penduduk tanah perkuburan seperti :

السلام عليكم اهل الديار من المسلمين
“Salam sejahtera wahai penduduk tempat ini dari kalangan orang-orang Islam” atau seumpamanya.

🔻mendoa untuk kesejahteraan si mati dengan meminta dari Allah swt, bukan dari sesiapa yang hidup apatah lagi dari sesiapa yang telah mati. Hanya Allah swt yang memberi menfaat kepada seseorang.

🔻sebolehnya berdoa menghadap Kiblat, bukan menghadap kubur.

🔻memberi tazkirah tentang Mati sebagai pengajaran.

🔻mengambil kesempatan menceritakan perihal kebaikan dan kehebatan Al-Marhum/ah kepada anak cucu yang hadir untuk dijadikan pengajaran generasi seterusnya.

🔻menjelaskan hubungkait persaudaraan diantara satu kubur dengan satu kubur yang lain, untuk anak cucu memahami susur galur saudara mara agar mereka lebih kuat azam untuk menjadi agen pengerat silaturrahim antara saudara mara yang masih hidup, melalui ziarah, takaful tolong menolong, e-group dan sebagainya.

3- Menjaga suasana ketika ziarah perkuburan agar terkawal, tidak berlaku pergaulan bebas, hingar bingar, anak-anak kecil berkeliaran membuat bising dan seumpamanya.

Semoga dengan sedikit penjelasan ringkas ini dapat merungkai persoalan serta memberi panduan kepada orang ramai mengenai ibadah dan budaya ziarah kubur di pagi Raya masyarakat kita di Malaysia.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan bimbinganNya ke arah jalan yang lurus. Ameen.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu” (Surah Al-Hasyr : ayat 10)

Al-Faqir ila Rabbihi,

Us. Abdul Halim Abdullah
27 Ramadan 1436H/2015M
14/7/2015

LAMPIRAN A

ZIARAH PERKUBURAN ADALAH SUNAT
Memilih ziarah kubur di Hari Raya adalah harus.

– “لا نعلم بين أهل العلم خلافا في إباحة زيارة الرجال القبور وقال علي بن سعيد سألت أحمد : عن زيارة القبور تركها أفضل عندك أو زيارتها ؟ قال : زيارتها وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : [ كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها فانها تذكركم الموت ] رواه مسلم و الترمذي بلفظ : فانها تذكر الآخرة.”

وينبغي للزائر الاشتغال بالدعاء والتضرع والاعتبار بالموتى و روى مسلم عن بريدة قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم اذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا ان شاء الله بكم للاحقون نسأل الله لنا ولكم العافية وفي حديث عائشة : [ ويرحم الله المستقدمين منا والمستأخرين ] وفي حديث آخر : [ اللهم لا تحرمنا أجرهم ولا تفتنا بعدهم ] وان أراد قال : اللهم اغفر لنا ولهم….

Tidak diketahui adanya percanggahan para Ulamak betapa harusnya menziarahi kubur oleh kaum lelaki. (Kaum wanita diharuskan juga jika tidak mendatangkan fitnah).

Sabda Nabi saw bermaksud, “Dulu aku pernah menegah kamu dari menziarahi kubur. Adapun sekarang, maka ziarahilah tanah perkuburan. Sesungguhnya ziarah itu mengingatkan Kematian” (Hadis sahih riwayat Muslim. Dalam riwayat Tarmizi “mengingatkan Akhirat”).

Apabila Nabi saw menziarahi perkuburan, Baginda saw akan mendoakan dgn doa-doa (di atas) ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: