PEMIMPIN KE SYURGA ATAU KE NERAKA

image
Pilihanraya Presiden bebas tahun 2012 di Mesir yang pertama. Presiden Mursi menang. Ia juga terakhir setakat ini apabila Regim Tentera merampas kuasa tahun 2013.

Menjadi pemimpin samada berada di kedudukan mulia atau sebaliknya menjadi sebab kesengsaraan di dunia dan Akhirat. Mereka mulia apabila berlaku adil dan amanah. Mereka sengsara apabila menipu, khianat amanah dan berlaku zalim terhadap rakyat dibawahnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه

“Tujuh golongan yang dinaungi Allah di hari tiada naungan selain naunganNya (iaitu) pemimpin yang adil, pemuda/i membesar dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat pada masjid-masjid, dua lelaki yang berukhuwwah dalam perjuangan Islam, mereka bertemu dan bersurai kerana Allah, lelaki yang digoda oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan tetapi dia berkata “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dan merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disumbabgkan oleh tangan kanannya, seorang bersendirian berzikir kepada Allah lalu mengalir air matanya” (Hadis disepakati kesahihannya).

Sebaliknya jika seseorang pemimpin, setelah mana diberi amanah memimpin dan mendidik rakyat, mengurus kewangan negara dan menyebarkan Dakwah Islam, tetapi sebaliknya dia mengkhianati amanah tersebut, menipu atau menzalimi rakyatnya, maka dia mendapat kemurkaan, kesengsaraan dan azab di Neraka serta tidak mencium bau Syurga..

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” من ولي من أمر المسلمين شيئاً ، فغشهم فهو في النار ” [ رواه الطبراني في الأوسط والصغير وصححه الألباني رحمه الله تعالى ] .

“Sesiapa yang memimpin sesuatu urusan umat Islam, lalu dia menipu mereka, maka dia di dalam neraka”.

(Al-Albani mengatakan hadis ini sahih).

وعن عبد الله بن مغفل المزني رضي الله عنه قال : أشهد لسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ” ما من إمام ، ولا وال ، بات ليلة سوداء غاشاً لرعيته ، إلا حرم الله عليه الجنة ” [ رواه الطبراني بإسناد حسن ، وقال الألباني رحمه الله : حسن صحيح ] .

“Tidaklah mana-mana ketua negara, atau pemimpin negeri, berlalu satu malam dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan Syurga untuknya”.

(Al-Albani mengatakan ia hadis berstatus hasan sahih).

وفي الصحيحين أيضاً عن معقل بن يسار رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ما من عبدٍ يسترعيه الله رعية، يموت يوم يموت، وهو غاش لرعيته إلا حرّم الله عليه الجنة))

“Tidaklah seorang hamba Allah yang Allah menjadikan dia memimpin sesuatu rakyat meninggal dunia, di hari dia meninggal dunia itu, dia menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan Syurga untuknya”.

(Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab-kitan sahih kedua-dua mereka).

PEMILIH TANGGUNG PAHALA ATAU DOSA

Sesetengah negara, pemimpin dilantik melalui proses Pewarisan seperti sistem beraja seperti di Brunei dsb. atau melalui proses Paksaan seperti sistem diktator di banyak negara-negara Arab.

Di sesetengah negara lain, termasuk di Madinah sebaik Rasulullah saw wafat, di Malaysia dan banyak negara lain, pemimpin dipilih melalui proses Pemilihan.

Disebabkan begitu pentingnya kedudukan dan pembalasan ke atas seseorang pemimpin, maka ahli mesyuarat, para perwakilan dalam mesyuarat agung parti atau ngo, Parlimen atau rakyat jelata yang memilih pimpinan juga bakal menerima balasan yang besar, baik atau buruk bergantung kepada pemilihan dan mereka lakukan.  Sabda Rasulullah saw :

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ» هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإسْنَادِ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ ”

bermaksud, “Siapa yang memilih seseorang dari sekumpulan manusia (calon-calon), sedang didalam kumpulan itu ada orang yang lebih (layak pada pandangannya yang) diredhai Allah, maka sungguh dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang beriman”.

Dengan demikian, di dunia lagi, rakyat, ahli atau kakitangan yang memilih pemimpin bakal menanggung di dunia dan akhirat, akibat dari pemilihan yang mereka sendiri lakukan.

Jika pemilih berfikir panjang, mengutamakan kepentingan umum dan Islam, berusaha membandinkan calon-calon dengan tugasan besar yang bakal pemimpin pikul, lalu memilih calon terbaik pada hematnya, pemilih itu akan mendapat 2 pahala jika betul pemilihannya atau mendapat 1 pahala jika salah pilihannya.

Sebaliknya jika pemilih tidak bersungguh, acuh tak acuh dalam membuat pilihan, mengutamakan kroni, berkepentingan peribadi atau kelompok maka dia mendapat dosa bukan sahaja ke atas pemilihan yang dilakukannya, bahkan ke atas setiap kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang dipilih dan dimenangkannya.

Pemilihan oleh seseorang pula bergantung kepada kualiti yang ada pada diri seseorang. Jika rakyat bertaqwa, tahu risalah dan tugasan Islam di dunia, peka perkembangan sekitar, maka mereka akan tahu siapakah pemimpin dan ciri-cirinya yang paling layak untuk mereka pilih.

Sebaliknya rakyat atau ahli organisasi yang fasik, mata duitan lagi materialistik, jahil tentang risalah Islam dan tugas mereka di muka bumi, ditambah dengan mereka diperbodohkan oleh media dan tokoh-tokoh, maka neraca pemilihan yang mereka lakukan lari jauh dari yang sepatutnya dan akan terpilih pemimpin yang salah.

Moga Allah swt mengurniakan kita pemimpin dari orang yang terbaik dari kalangan kita.

اللهم ولى امورنا خيارنا ولا تولى امورنا شرارنا

“Ya Allah naikkan pemimpin dari orang yang terbaik dari kalangan kami. Jangan Engkau naikkan pemimpin yang terburuk dari kalangan kami”. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
4 Ogos 2015

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: