Mina tanah Iman dan Tajarrud

image

Saat ini para jemaah Haji sedang berada di bumi Mina pada hari kedua. Esok sebahagian jemaah Haji akan selesai manasik mereka di Mina lalu pulang ke Mekah (Nafar Awal). Manakala sebahagian jemaah Haji pula akan terus berada di Mina sehingga lusa (Nafar Thani).

Allah swt menguji iman Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Hajar dengan ujian yang amat berat. Ia ujian ke atas Iman yang tidak mampu ditanggung selain golongan As-Siddiqin iaitu yang benar-benar jujur terhadap Iman dan perjuangannya. Si penyembelih bertekad bulat untuk menyembelih anaknya lantaran patuh kepada arahan Tuhannya. Si anak rela diletakan lehernya di atas pelantar menunggu saat pisau merobek lehernya sehingga maut. Manakala si ibu rela melihat suaminya menyembelih anak kesayangannya yang diasuh sejak kecil di tengah padang pasir tanpa ayah, tanpa sedikit keraguan, asal ia merupakan arahan Allah swt.

Sebarang perjuangan Islam memerlukan para Duat yang memiliki Iman sekental Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Hajar ra. Sepeninggalan Nabi Ibrahim di perantauan dan perjuangan, tiada harta besar yang dimiliki Hajar selain anaknya, Ismail.

Kesibukan Nabi Ibrahim as merantau di Iraq, Palestin, Mekah dan merata tempat menyahut arahan Allah swt untuk dia berdakwah di sana sini menyebabkan dia sendiri tidak berkesempatan mengumpul harta dunia.

Kedua-dua dugaan asasi ke atas para Duat, iaitu harta dan anak pinak, dilalui oleh Nabi Ibrahim as dan Hajar as dengan tabah dan berjaya.  المال والبنون زينة الحياة الدنيا ..  (Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup keduniaan. Yang kekal lagi baik disisi Tuhan adalah pahala dan amalan yang baik). Ia semestinya menjadi pengajaran dan aspirasi kepada kita hari ini yang hidup di dunia yang serba menggoda jiwa dan memaling fokus, sibuk berbincang cara menambah harta atau memiliki anak pinak yang berharta.

Kesan darinya banyak media sosial perniagaan lebih rancak berjalan berbanding media perbincangan amal dakwah yang amali lagi produktif. Rasa hormat terhadap tokoh koporat melebihi hormat kepada tokoh agama. Diaspek yang lain, sifat cemburu terhadap kejayaan perniagaan atau status ekonomi duat lain boleh yang mewarnai perasaan dan sikap sesama Duat.

Bumi Mina pada hari ini dengan pengajaran kisah Nabi Ibrahim sekeluarga di situ, melenyapkan segala hal dan nilai keduniaan dan kebendaan dari jiwa dan hati para Duat.

Bahkan Allah swt telah mensyaratkan faktor Tajarrud (bulat niat, fikrah, tekad dan amal) sebagai salah satu faktor utama kemenangan bagi mana mana jemaah Islam melawan musuh-musuhnya yang sentiasa lebih kuat kelengkapan dan bilangannya mengatasi kekuatan zahir jemaah Islam.

Demi kerana perjuangan Hajar merelakan suaminya meninggalkannya dan Ismail hanya berdua di bumi Mekah yang kering kontang sebelum penemuan Zamzam. Dia yakin bahawa aqidah dan fikrah yang diperjuangkan suaminya adalah fikrah yang paling tinggi dan mahal.

Kerana itu Imam Al-Banna mensyaratkan Tajarrud bagi mereka yang ingin bersamanya memperjuangkan Islam. Yang beliau mahu dengan Tajarrud adalah demi kerana Perjuangan ini, seseorang Daie mesti berlepas diri dari sebarang prinsip dan orang/tokoh selain dari Fikrah Islam yang beliau bawa. Kerana ia adalah fikrah tertinggi dan termahal. Ia adalah ibarat celupan Allah kerana ianya adalah bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukan dari hawa nafsu yang melahirkan ideologi atheis, liberal, kapitalis, asabiah, sosialis dan seumpamanya.

Moga kisah dan pengajaran bumi Mina terus dijiwai oleh para Duat khususnya dan Umat Islam amnya.

Us. Abdul Halim Abdullah,
Khemah Mina, Mekah.
11 Zulhijjah 1436H / 25 Sept 2015M

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: