Mina bumi Jihad menuju Keagungan

image

Masjid Bai’ah, di pinggir bumi Mina (tanda sempadan Mina di atas bukit). Tempat termeterinya Bai’ah Aqabah antara Nabi saw dan para Sahabat ra dari Madinah (Al-Ansar).

Malam ke 13 Zulhijjah ini malam terakhir di bermabit di Mina. Esok pula hari terakhir bersiang dan melontar Jamrah. Selepas itu Mina yang meriah selama 4 hari 3 malam akan melabuhkan tirainya di tahun ini. Setahun nanti Mina akan kembali menyambut para tetamu Allah swt dari seluruh pelusuk dunia, sepertimana ia pernah menerima jemaah Haji dari berbagai kabilah di zaman Nabi saw.

Apabila tekanan Quraisy memuncak, bumi Mekah menjadi sempit untuk Islam berkembang dan penduduk Taif menolak dakwah Nabi saw, Baginda saw mencari pilihan kabilah dan bumi lain untuk Islam. Satu demi satu khemah dimasuki Nabi saw dengan menawarkan Islam dan hijrah ke bumi mereka. Akhirnya 6 orang Madinah memeluk Islam dan menjadi bibit negara, khilafah dan tamaddun Islam untuk dunia ini.

Musim Haji berikutnya 12 orang Sahabat ra bertemu Nabi saw di bumi Mina, berbai’ah (janji setia) Bai’ah Aqabah 01 untuk beraqidah dan berakhlak Islam yang luhur. Mereka pulang ke Madinah bersama Menteri Pendidikan pertama lantikan Nabi saw, Mus’ab bin Umair. Ribuan penduduk Madinah masuk Islam.

Musim Haji berikutnya 71 sahabat lelaki dan 2 sahabiat wanita, Nusaibah bt Kaab dan Asmak bt Amru bertemu Nabi saw di Mina, berbai’ah Bai’ah Aqabah 02 untuk berjihad melawan semua Kuasa-kuasa Besar Dunia demi mempertahankan Islam dan Nabi saw. Tertubuhlah Kementerian Pertahanan yang jitu dengan jiwa dan raga yang kental.

Hari ini belum ada mana-mana negara Islam yang mendakwa canggih dengan pencakar langit dan teknologi tinggi yang berani melakukan perjanjian seperti Bai’ah Aqabah 02 di bumi Mina yang gersang tanpa infra dan teknologi canggih. Belum ada negara Islam yang bertekad untuk memerangi Kuasa-kuasa Besar Dunia seperti tekad Nusaibah bt Kaab dan Asmak bt Amru, belum lagi tekad Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab ra.

Ia adalah isu keluhuran aqidah, kekentalan jiwa, kemurnian wafak (setia) serta ketinggian cita-cita dan harapan agar Islam mengalahkan agama-agama lain didunia lalu memerintah dan membimbing umat manusia sejagat. Ia isu memahami, mengimani dan menjayakan firman Allah swt : هو الذى ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون bermaksud, “Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan Petunjuk dan Agama yang benar, supaya Agama itu mengatasi semua agama yang lain, walau orang-orang musyrik tidak menyukainya”.

Menulis di dalam khemah Mina di saat ini, perihal jiwa umat Islam zaman ini berbanding jiwa para Sahabat ra di zaman Nabi saw boleh mengalirkan air mata. Namun, penyelesaian hakiki adalah wajib kita bangun dan bekerja mendidik dan mencetak lelaki dan wanita dalam masyarakat hari ini ke arah memiliki kualiti para Sahabat ra. Dari Al-Quran menjadi buku di rak-rak kepada Al-Quran menjadi ruh dan akhlak. Benarlah kata-kata Imam Hasan Al-Hudhaiby, “Tegakkan Islam dalam diri-diri kamu, nescaya ia akan tertegak di bumi kamu”.

Moga umat Islam kembali menghayati Agama mereka dengan cara sebenarnya lalu sistem dan undang-undang Islam tertegak di negara mereka.

Us. Abdul Halim Abdullah,
Khemah Mina,
Mekah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: