Mina bumi Wafak (setia)

image

Masjid Bai’ah. Nabi saw berjanji untuk terus menetap bersama orang Madinah di Madinah, walau jika Mekah nanti jatuh ke tangan Islam.

Saat ini 13hb malam 14hb Zulhijjah, Jemaah Haji telah tamat manasik di Mina dan telah tiba di Mekah. Sementara menunggu musim Haji tahun hadapan, tinggallah bumi Mina dengan penuh kisah pengajaran buat pejuang Islam hingga ke akhir zaman.

Salah satu dari kisah pengajaran tersebut adalah sifat Wafak.

Wafak adalah kesetiaan pada janji, kasih sayang atau budi seseorang. Ia adalah sifat agung lagi terpuji, dimiliki oleh insan yang berjiwa besar lagi merdeka. Sebaliknya jiwa yang kosong atau lemah dari memiliki sifat Wafak terdedah kepada ego, berkepentingan diri dan sombong. Ia boleh sampai ketahap khianat atau munafik.

Bai’ah (Perjanjian) Aqabah 02 termeteri sudah dimana Umat Islam Madinah mengajak Nabi saw berhijrah ke Madinah dan mereka akan mempertahankan Baginda saw habis-habisan dengan darah dan nyawa mereka. Sebagai imbuhan, Nabi saw menjanjikan mereka Syurga.

Sebelum majlis bersurai, mereka ingin kepastian adakah nanti jika mereka membantu Nabi saw berjihad melawan Quraisy, Rom, Parsi dan segala musuh-musuh Allah, apabila Nabi saw menang, Nabi saw akan meninggalkan Madinah dan mereka untuk pulang semula ke Mekah ?

Dengan kata lain, adakah Nabi saw, apabila telah maju, akan menjadi kacang lupakan kulit, melupakan Sahabat Al-Ansar dari Madinah, hanya menjadikan mereka batu loncatan politik semata-mata ?

Jawab Nabi saw بل الدم الدم والهدم الهدم bermaksud, “Bahkan darah adalah darah dan binasa adalah binasa”, bermaksud Nabi saw akan bersama orang-orang Madinah, perang sama berperang, binasa sama binasa”.

Selepas Hijrah, berterusanlah Nabi saw memenuhi janjinya tinggal bersama orang-orang Madinah, berperang dan berdarah bersama mereka mempertahankan Agama.

Lapan tahun berikutnya, Mekah jatuh ke tangan Nabi saw. Ramai penduduknya termasuk kenalan-kenalan Nabi saw sendiri masuk Islam. Walaupun Mekah adalah tanah tumpah darahnya dan bumi yang dicintainya, namun Nabi saw tetap terus menetap di Madinah.

Sebaik menang dalam Perang Hunain, 2 tahun sebelum wafat, Nabi saw membahagikan harta rampasan perang berupa ribuan unta, lembu dan kambing kepada tentera Islam dari Mekah dan lain-lain kabilah selain para Sahabat Al-Ansar dari Madinah. Mereka langsung tidak mendapat apa-apa harta rampasan lalu ada yang bersungut. Sungutan mereka sampai kepada Nabi saw lalu bersabda antara lainnya, “…tidakkah kamu suka mereka membawa pulang unta, lembu atau kambing ke kampung-kampung mereka, sedang kamu wahai orang-orang Ansar pulang ke Madinah membawa aku (Rasulullah saw)?”.

Terharu dengan sifat Wafak pada diri Rasulullah saw, orang-orang Ansar menangis kerana walau Mekah telah berada dalam genggaman Nabi saw, namun Baginda saw tetap setia dengan janjinya di Bai’ah Aqabah 8 tahun sebelumnya, untuk terus bersama mereka di Madinah sehingga wafat والهدم الهدم .

Sifat Wafak pada janji, budi pertolongan, kasih sayang dan perkenalan adalah rahsia kebenaran dan kekuatan yang membawa kemenangan Islam di zaman Nabi saw. Sifat Wafak seperti ini jugalah, jika ia subur di dalam jiwa para Duat, akan membawa kepada perkembangan Dakwah dari satu fasa ke satu fasa sehingga menang.

Para Duat mesti menanam sifat ini didalam jiwa mereka dari sejak awal sehinggalah ia berpanjangan setiap masa. Jika mereka terpilih menjadi pimpinan, sifat dan kualiti Wafak ini yang memberi kekuatan ruh besar kepada ahli-ahli untuk terus berjuang dan menyumbang.

Us. Abdul Halim Abdullah
Mina, Mekah.
13 Zulhijjah 1436H
27 Sept 2015M

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: