Leka dan angkuh mengheret ke belakang

image

Jenama Nokia pernah menjuarai pasaran telefon bimbit beberapa tahun. Ketika itu saya lihat hampir kesemua orang Arab memilih Nokia. Namun di  kemuncak populariti dan keuntungan, pimpinan Nokia leka.

Dengan mengamati touch-screen di laptop, Steve Job dari Apple mencipta smartphone i-Phone seakan touch-screen di laptop tapi bersaiz kecil. Dengan berbagai fungsi yang boleh dimainkan, i-Phone naik mendadak lalu mengalahkan Nokia yang leka dengan handset-nya, bukan smartphone.

Di kemuncak populariti dan keuntungannya, i-Phone leka bahkan angkuh. Steve Job berkeras menetapkan saiz i-Phone hanyalah 4″, sedangkan pengguna-pengguna inginkan saiz-saiz tersendiri 4″, 5″, 6″ dll. sesuai dengan citarasa masing-masing.

Lalu dari awal, Samsung mencipta segala saiz yang diinginkan para pengguna serata dunia, 4″, 4.7″, 5″, 5.5″, 6″ lalu walau dengan perisian ketika itu tidak setangkas i-Phone, namun berjaya mengatasi i-Phone di serata dunia sehingga ke hari ini.

Di dalam salah satu aspek, Allah swt menyifatkan Dakwah sebagai perniagaan. Ia bukan sahaja perniagaan hambaNya menjual diri dan harta untuk membeli SyurgaNya, malah turun naik Dakwah itu sendiri bergantung kepada sejauh mana kepekaan pimpinan dan ahli sesuatu jemaah dalam bersaing dan melemahkan musuh-musuh Allah swt, bahkan dalam bersaing sesama organisasi Islam lain dalam mendapat dokongan dan kader-kader yang baru.

Innovasi (tinggi dayacipta produk dan strategi), kompeten (tinggi dayasaing), transparen (pertanggungjawaban) dan berbagai kualiti perjalanan negara dan organisasi, adalah buah kepada tarbiyah dan syura, 2 elemen pembangun yang disebut dalam Al-Quran.

Tarbiyah adalah mendidik Umat atau ahli jemaah sehingga mereka tahu matlamat, arahtuju, berakhlak, cabaran dan cara mengatasinya.

Syura pula bertujuan memilih pemandu (pemimpin) Umat terbaik, berbincang mendapatkan strategi dan perlaksanaan terbaik ke arah mencapai matlamat Islam menguasai dan mentadbir negara dan dunia.

Sistem Syura lebih dekat kepada sistem Demokrasi berbanding sistem Otokrasi (Diktator). Kerana itu negara yang mengamalkan Demokrasi hakiki lebih mesra dan beri menfaat kepada Rakyat seperti negara-negara Barat berbanding negara Otokrasi seperti negara-negara Arab dan Afrika. Hijrah manusia dari negara-negara Otokrasi ke negara-negara Barat kerana kemiskinan, penindasan, malapetaka, perang dll. adalah bukti amali di depan seluruh manusia moden hari ini.

Begitu juga organisasi Demokrasi seperti Ikhwan di Mesir lebih maju dari organisasi Otokrasi seperti tarikat-tarikat sufi disegi pendekatan Dakwah, teknologi, strategi, cara-cara tarbiyah dan sebagainya.

Melalui sistem Demokrasi yang lebih hampir kepada sistem Syura, Ikhwan memilih pimpinan baru setiap 3-4 tahun di setiap peringkat, mempersoalkan tiap sen wang yang dibelanja, kesilapan dan kelembapan strategi dan perlaksanaan. AGM memimpin Majlis Syura, Majlis Syura memimpin Jawatankuasa Pusat, JKP memimpin pimpinan negeri dan cawangan.

Kejahilan memahami Matlamat, menyediakan keperluan dan cara menghadapi cabaran akan melenyapkan tujuan organisasi itu ditubuhkan. Kelekaan ahli dan pimpinan dalam merangka strategi dan perlaksanaan demi mencapai Matlamat mengakibatkan nasib organisasi menjadi nasib Nokia dan Apple yang ditinggal jauh oleh Samsung.

Analogi Nokia, Apple dan Samsung tidak mungkin sama 100% dengan negara dan organisasi. Namun ia memudahlah kita terutama para belia untuk memahami bahaya nya sifat Leka dan Otokrasi ke atas negara Arab berbanding Barat, dan organisasi tarikat sufi berbanding Ikhwan.

Lawan kepada 2 sifat tersebut adalah Peka dan Penyertaan Positif oleh ahli dan pimpinan dalam sesebuah negara atau organisasi.

Peka adalah yang dimaksudkan dengan kata-kata Umar Al-Khattab : لا خير فيكم ان لم تقولوها ولا خير فينا ان لم نسمعها منكم (Tiada kebaikan pada kami (pemimpin) jika kami tidak mendengar pandangan kamu. Tiada kebaikan pada kamu jika kamu tidak mengutarakannya). Dan hadis Nabi saw : الدين النصيحة (Agama itu adalah nasihat – untuk Allah, RasulNya, umat Islam dan pimpinan mereka).

Penyertaan positif adalah Syura dengan sistem Mulzim dan Muklimnya dan pimpinan القوى الامين (yang kuat, cekap, mahir lagi amanah dan bertaqwa).

Masa belum terlewat bagi Umat Islam kembali mencontohi Nabi saw dan para Sahabat ra dalam mengemudikan perjalanan mereka, ke arah mencapai Matlamat yang digariskan Islam. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ahli Majlis Syura ISMA
Mekah
5 Oktober 2015

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: