HUTANG BUDI DIBAWA MATI

Suatu hari seorg wakil British datang ke Ibu Pejabat (Markaz Am) Ikhwan Muslimin utk bertemu Hasan Al Banna.

Ketika pertemuan, ikhwah Ikhwan turut hadir.

Wakil British tersebut meletakkan £10,000 (nilai skrg mungkin £1juta = RM6.2juta) di atas meja Imam Hasan Al Banna dan berkata, “Pihak British ingin menyumbang wang ini kpd pertubuhan tuan. Disamping ia juga beri sumbangan kpd pertubuhan2 lain”.

Hasan Al Banna menolak tawaran tersebut dan berkata, “Negara kamu di saat ini sedang terlibat dalam perperangan dunia. Ia memerlukan wang sebegini”. Lalu wakil tersebut pulang bersama wang tersebut tanpa diambil oleh Imam Al-Banna.

Sidang Ikhwan Muslimin yang hadir di situ kehairanan lalu berkata kpd Imam Hasan Al-Banna ra, “Kenapa kita tidak ambil sahaja wang tersebut, lalu kita gunakannya untuk sebarkan Dakwah melalui berbagai aktiviti dan akhirnya mengalahkan mereka juga yang sedang menjajah kita. Bukanlah wang tersebut adalah juga wang rakyat Mesir kerana mereka menjajah kita dan mengaut hasil di negara kita”.

Hasan Al-Banna menjawab, “Tangan yang menadah, tidak akan mampu menampar”.

PENGAJARAN

1- Wang termasuk yang berbentuk sumbangan merupakan fitnah atau dugaan yang berat. Ia boleh mempengaruhi hati, jiwa, perasaan dan akhirnya tindakan dan keputusan seseorang, maupun pertubuhan. Maka hendaklah dipastikan sumber sumbangan tersebut.

2- Hendaklah kita sentiasa menjaga jiwa dan perasaan kita dari cenderung, bersimpati atau langsung menyokong pihak yang zalim, samada melalui ilmu dan kefahaman tentang Islam dan perjuangannya, maupun melalui sikap dan pendirian tegas tidak menerima apa jua bentuk sumbangan bermotif dari mereka.

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

3- Banyak sumbangan berbentuk wang atau harta pada zaman ini adalah mempunyai motif-motif tertentu. Maka hendaklah para Duat dan Jamaah bertajarrud dan mengelak dari menerimanya agar tidak terpesong jiwa dan perasaannya, lalu terpesong perjuangannya. Melainkan sumbangan yang ikhlas, tersembunyi yang tidak memberi kesan kepada diri, jamaah dan anggotanya atau masyarakat.

Moga Allah swt sentiasa memelihara kita dari dugaan harta benda dan godaan manusia, hawa nafsu dan syaitan. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Mekah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: